Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Samad Pemain Gitar Lefthanded Meninggal Dunia Secara Mengejut



Budiey dan pembaca Sensasi Selebriti ingin mengucapkan salam takziah buat famili Allahyarham Samad Lefthanded.

Budiey BlogBekas gitaris kumpulan Lefthanded, Abdul Samad Mian 45, beliau yang lebih dikenali sebagai Samad meninggal dunia kira-kira jam 12:45 tengah hari semalam. Difahamkan Allahyarham terjatuh di pejabat abangnya dan selepas itu beliau dikejarkan ke Hospital Ampang.

Beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang selepas terjatuh di pejabat abangnya, di Taman Cahaya, Ampang ketika sedang berbual-bual dengan salah seorang pekerja di situ. Bagaimanapun ketika tiba di hospital berkenaan, pihak hospital mengesahkan Allahyarham sudah meninggal dunia.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Norliza Suhairi, 41 dan empat orang anak yang berusia antara 18 dan enam tahun dan balunya  tidak mahu memberikan sebarang kenyataan mengenai kematian suaminya kerana masih berada dalam keadaan terkejut. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Kelang, Selangor patang ini.

Allayarham bersama kumpulan legenda rock terkenal sejak awal penubuhannya pada tahun 1985 lagi.

Samad pernah menghasilkan alabum solonya berjudul Kenangan Bersamamu pada tahun 1994. Menurut Nash, walaupun mereka ada seliseh faham tapi semua itu sudah dilupakan mereka berdua.

Sejak tidak aktif bermain muzik bersama Lefthanded, Samad lebih banyak menumpukan masanya sebagai pemuzik undangan selain menjalankan perniagaannya sendiri.

Pada masa yang sama, anak kelahiran Johor Bahru ini juga mengisi kerjayanya sebagai pensyarah sambilan dalam bidang petikan gitar moden di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak empat tahun lalu. Samad pernah melahirkan kekecewaannya dengan industri hiburan tempatan yang lebih menonjolkan penyanyi berbanding ahli-ahli muzik dalam sesebuah kumpulan.

Menurut Allahyarham, sikap pilih kasih ini jelas dapat dilihat di kebanyakan stesen televisyen (TV), radio, media cetak yang kurang memberi pendedahan serta publisiti kepada para pemuzik tempatan. Allahyarham menyuarakan agar para pemuzik diberi peluang memperlihatkan kemahiran mereka bermain alat-alat muzik.

Gitaris lagenda yang mula bersama Lefthanded sejak tahun 1985 dan mempunyai kemahiran bermain gitar selama 25 tahun itu, menitipkan album petikan gitarnya yang terkahir itu bagi membantu para peminat yang ingin mempertingkatkan lagi kemahiran mereka bermain gitar.

Menerusi album terakhirnya itu. Para peminat boleh memetik gitar menerusi lima buah lagu iaitu Rozana (Search), Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan), Kisah Kau Dan Aku (Alleycats), Kenangan Bersamamu (Lefthanded) dan Memburu Rindu (Hattan).

Sepanjang beliau menjadi anak seni, Samad yang pernah menjadi pemuzik undangan filem Rozana Cinta 87 itu pernah memenangi Album Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1995. Setelah kehilangan gitaris handal M.Shariff beberapa tahun yang lalu, industri kita kehilangan seorang lagi gitaris hebat, Abdul Samad Mian. Semoga rohnya dicucuri rahmat. AlFatihah. Amin.

Sumber dari Mstar Online.

Allahyarham Samad (belakang) bersama ahli kumpulan Lefthanded. Dari kiri Nash, Tom, Man Kidal dan Arab.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Man Kidal Jemput Komposer Sumbang Lagu Untuk Aristokrat 360
  • Tan Sri Abdul Samad Ismail Meninggal Dunia
  • Gitaris Rock Terkenal Kaki Lalok Ditahan
  • Shamrin Fotograf Meninggal Dunia
  • Pelakon Tony Kassim Meninggal Dunia
  • Rakaman Konsert 3 Gegaran May, Lefthanded & XPDC Malam Ini
  • Isteri Sabri Yunus Meninggal Dunia
  • Profile NB Formerly Known As New Boyz
  • Komposer Zubir Ali Meninggal Dunia
  • Ayah Achik Spin Meninggal Dunia



  • 11 Komen untuk entri “Samad Pemain Gitar Lefthanded Meninggal Dunia Secara Mengejut”

    1. obefiend kata:

      RIP

      a legend dead..

    2. june kata:

      takziah buat keluarganya…

    3. abby kata:

      takziah,

    4. ok what 606 kata:

      al fatihah ….

    5. Qaseh kata:

      takziah….

    6. zalinah kata:

      al fatihah…..
      Semoga rohnya dicucuri rahmat
      Amin

    7. fania elyana kata:

      al -fatihah.. semoga roh beliau dicucuri rahmat.

    8. E46 kata:

      al fatihah…

    9. sham kata:

      takziah buat keluarga abg samad…dari peminat petikan gitar abg samad..alfatihah

    10. Invaders Crew kata:

      Al Fatihah..ALLAH Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Semoga Rohnya di
      cucuri Rahmat.. “Life Is Too Short” (Scorpions)

    11. naiba kata:

      assalamualaikum…

      saya sedang membuat penyelidikan tentang punca-punca kematian ramai selebriti malaysia dan sejauhmana penggunaan produk tembakau seperti rokok boleh mempengaruhi kesihatan.

      jadi, saye ingin bertanye jika ade dri kwn2 yang mengenali arwah dengan rapat. sebagai org yang pernah mengenali arwah dgn rapat, sye ingin bertanye dari pihak kwn2, adakah arwah dahulu mengamalkan amalan menghisap rokok dalam kehidupan sehariannya. jika benar, berapakah kuantiti rokok yang arwah ambil dala sehari.

      besarlah harapan saya jika pihat saudara boleh berkongsi maklumat-maklumat yang berkaitan seperti yang dinyatakan di atas untuk tujuan kajian saya.
      saudara boleh hubungi sye di alamat emel naiba_cat@yahoo.com.

      Segala kerjasama dari pihak saudara sye dahului dgn ucapan jutaan terima kasih

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK