in ,

Sam Adnan Dilantik Jadi Duta Felda Wellness

Dunia selebriti tidak terhad kepada karier nyanyian dan lakonan semata-mata. Di zaman yang serba canggih ini, terma selebriti sebenarnya dah jadi luas. Kalau kita lihat, di zaman kebangkitan sosial media ini, ada individu yang muncul dan popular secara mendadak di Twitter, Instagram dan Facebook. Budiey pun hairan, bagaimana mereka mendapat bilangan followers yang cukup ramai sehingga kadang-kadang mengalahkan pengikut artis.

Namun, apa yang Budiey ingin ceritakan di entry ini, bukan tentang selebriti Twitter atau Instagram, tapi tentang seorang jurulatih selebriti atau lebih dikenali sebagai Celebrity Coach. Atau dalam bahasa yang mudah, jurulatih atau trainer yang dikenali ramai.

Tanggal 20 Mei yang lalu, Budiey sempat bertemu dan berkenalan dengan seorang jurulatih selebriti yang kini semakin melonjak popularitinya. Mungkin anda jarang melihat wajahnya di kaca TV tapi percayalah selepas ini anda pasti melihat wajahnya di kaca TV.

Beliau dikenali dengan nama Sam Adnan. Nama penuhnya Samhan Adnan, kini berusia 33 tahun, berasal dari Kuala Lumpur, sudah pun mendirikan rumah tangga dengan isteri bernama Intan Nur Mastura dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

sam-adnan

Dari Personal Trainer Ke Jurulatih Selebriti

[dropcap]K[/dropcap]ini Sam Adnan bekerja sepenuh masa di Felda Wellness. Selain itu, beliau begitu aktif dalam memberi ceramah dan mengendalikan bengkel berbentuk kesihatan, nutrisi dan jasmani. Ternyata minat yang begitu mendalam dalam bidang pendidikan dan penjagaan jasmani, membuatkan Sam Adnan membuka dua buah cawangan pusat gymnasium FixMe yang terletak di Taman Tun Dr Ismail dan Setiawangsa. Sam kini bernaung di bawah talent agency Fipro.

Jika anda masih ingat, Sam Adnan pernah memenangi tempat pertama dalam sebuah program realiti, Big Dream kelolaan IM4U yang disiarkan di TV3 pada tahun lalu. Kemudian dari situ, nama beliau makin dikenali ramai dan seterusnya dilantik sebagai duta IM4U. Tahniah!

Pada pertemuan Selasa lalu, Budiey asyik juga mendengar cerita dari Sam. Beliau ada bercerita dari awal penglibatan sehinggalah sekarang. Memulakan karier di syarikat nutrisi selama setahun setengah, kemudian beliau berkecimpung dalam jurulatih personal di Fitness First, Leisure Mall, Cheras sehingga tahun 2006 beliau menjalani bisnes sendiiri. Pada tahun 2010, beliau kembali bekerja sebagai jurulatih personal sehingga 2012 dan beliau berjaya mencapai peringkat paling tinggi iaitu Master Trainer.

Dalam sukan bina badan pula, beliau pernah menjadi jurulatih bina badan untuk Majlis Sukan Wilayah Persekutuan di mana beliau melatih peserta di bawah 21 tahun di SUKMA. Sam Adnan juga pernah menyertai Pertandingan Bina Badan Mr KL menjadi juara pada tahun 2004, 2006, 2007, 2010 dan 2011. Terbaru, dengan ilmu dan pengetahuannya dalam bidang penjagaan kesihatan amalan pemakanan yang sihat, Sam Adnan ditawarkan untuk menyampaikan tips berbuka puasa yang akan disiarkan di saluran Astro sebelum azan berbuka.

Optimis Menang Program Realiti

[dropcap]S[/dropcap]ekarang ini, beliau masih menjalani pengambaran sebuah program realiti Juara Joran yang bakal disiarkan di Astro Mustika pada bulan Jun nanti. Budiey dapat khabar, hadiah untuk pemenang Juara Joran cukup lumayan. Dalam program ini, menampilkan selebriti dan artis berpasangan dengan peserta yang dipilih daripada orang ramai. Dalam Juara Joran, penonton dapat melihat peserta mengharungi pelbagai cabaran termasuklah cabaran fitrness, Amazing Race, memancing dan memasak ala masterchef. Ternyata, Sam Adnan cukup optimis dan teruja untuk memenangi program realiti ini.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, beliau sanggup bekerja keras untuk melaksanakan setiap tugasan. Berpasangan dengan pemancing dari Sabah, Sam Adnan mempunyai kelebihan tersendiri kerana beliau percaya bakat memasak yang ada pada beliau dapat membawa ke pusingan akhir seterus mencapai kejayaan sebagai juara. Beliau yakin dengan bakat dan kebolehan memasak di mana beliau pernah mengambil pengajian dalam Jurusan Seni Kulinari di UiTM Shah Alam.

Antara selebriti lain yang menyertai program ini ialah pelawak Ajak Shiro, Syuk Balas, R2, Alex Yan dan ramai lagi. Juara Joran menampilkan juri seperti Dato’ Dr Fazley Yaakob dan dihoskan oleh Yana Shamsudin diterbitkan oleh Line Clear Productions.

Berbual di petang itu, Budiey melihat Sam begitu optimis untuk menang dalam program realiti Juara Joran. Andai kata beliau menang, beliau pastinya memecah satu rekod di mana beliau menjadi menang juara dalam program realiti dua tahun berturut-turut.

Sam Adnan juga dilantik sebagai duta Felda Wellness di mana beliau berperanan penting dari segi pemasaran produk dan juga memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kesihatan dan penjagaan diri.

Sebelum menutup bicara pada petang itu, Budiey sempat meminta tiga tips yang utama dalam amalan pemakanan yang sihat.

1. Mengambil hidangan sarapan itu penting. Makan sarapan pagi itu wajib. Sarapan pagi biar heavy, kuantiti yang banyak dan kurangkan pengambilan kuantiti hidangan di makan tenghari dan malam.

2. Makan biar kerap tapi jangan sampai rasa kenyang dan setiap hidangan mesti rendah lemah dan rendah karbohidrat.

3. Senaman yang kerap perlu dilakukan 45 minit sehari dan sekurangnya 3 kali seminggu.

Boleh follow Sam Adnan di Instagram: @samtitan

Sam Titan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tegar Akui Pernah Ditipu Pengurus Sendiri

Ada Sebab Hafiz Suip Tayang Gambar Kekasih di Instagram