Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Saluran Muzik Aktif Rtm Di Astro



SALURAN MUZIK AKTIF RTM DI ASTRO PADA 16 MAC 2009

Malaysia kini dalam persediaan ke arah penyiaran digital dan mensasarkan penggunaannya menjelang 2012. Sehubungan itu, sebagai salah satu persediaan, kerajaan kini bercadang mewujudkan pelbagai saluran khusus yang memberikan siaran mengikut keperluan masyarakat tertentu seperti saluran khusus untuk berita, hiburan, sukan, kanak-kanak dan lain-lain.

Maka sebagai langkah awal, saluran baharu RTM iaitu Muzik Aktif telah diperkenalkan dalam peringkat percubaan pada 1 Jun 2006 dalam Projek Perintis Pendigitalan RTM. 

Muzik Aktif merupakan satu saluran khusus yang menyiarkan program-program muzik dan berkaitan muzikal sepanjang masa. Program-program yang disiarkan ialah klip video para penyanyi tempatan yang meliputi pelbagai genre, bahasa, budaya dan etnik di Malaysia serta program-program hiburan terbitan tempatan dan RTM. Sasaran penonton adalah umum untuk semua peringkat umur. Saluran ini akan bersiaran 24 jam sehari.

Perancangan awal pelaksanaan operasi siaran saluran Muzik Aktif adalah pada 12 Mac 2009 seperti mana yang diumumkan oleh YB Menteri Penerangan dalam Sidang Akhbar Persidangan Industri Kreatif 2009 pada 6 Mac 2009. Bagaimanapun pelaksanaan siaran ditunda hingga pada 16 Mac 2009. 

RTM menggunakan platform ASTRO dalam merealisasikan hasrat ini mulai jam 12.01 tengah malam pada 16 Mac 2009. Siaran akan ke udara di saluran 180 ASTRO. Pelancaran saluran Muzik Aktif di ASTRO akan disempurnakan pada 16 Mac 2009 secara langsung jam 9.00 malam dari Auditorium Perdana, Angkasapuri dan disiarkan melalui TV2.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • RTM Rancang Empat Saluran Baru
  • Ana Raffali di Konti Aktif FM Muzikfm
  • Program TV Aidilfitri di Saluran Muzik Aktif
  • Video Muzik Artis Terkenal di Program Popular@Muzik Aktif
  • Planet Seni Hiburan Lasak di Muzik Aktif
  • Muzik Aktif RTM
  • Suatu Ketika Papar Kisah Sejarah
  • Program Khas Aidil Adha di Saluran Muzik Aktif RTM
  • Maya Karin dan Awal Ashaari @ Konsert Evolusi Damai
  • Program Candawara Aktif 5



  • 3 Komen untuk entri “Saluran Muzik Aktif Rtm Di Astro”

    1. yusmi Hariff kata:

      Hi budiey thanx wat story pasal muzik aktif coolz : ) sama-sama lar kita support our local music industry ni yeh..thanx sekali lagi..

    2. MYSARRA&ARIL kata:

      hi sumey. pe kber. mari kitesumey support muzikaktif.di harp krew muzikaktif dapat putarkan lagu yang best2 tau. we all akan support muzik aktif. ingat tau. meh cih.

    3. mnusop kata:

      Assalamuailaikum,
      Program Muzikaktif J/V Astro memang bagus.
      Saya nak cadang untuk menambah dan mempelbagaikan lagi
      lagu2 nostalgia iaitu 60an.
      Saya harap sangat agar pihak RTM tayangkan semua program2
      seperti iaitu Pertandingan Muzik2, Juara Kugiran semasa 70an,
      Rakaman semua Penyanyi2 60an diStadium Merdeka. Dan banyak lagi
      Penyanyi2 Indonesia seperti ErnieDjohan, Titiek Puspa,Marini, Tanti Josepha, dan lain2.
      Sekian, Muzik kita masih banyak terperap didalam khazanah RTM.
      keluarkan kesemuanya, sekurangnya2 terhibur juga bagi mereka yang seangkatan. Saya jamin golongan pemuda mesti beri sambutan memuaskan.
      Wassalam

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK