in , ,

Salma Mentor Kini Hamil Anak Pertama

Tahniah diucapkan kepada bekas pelajar Akademi Fantasia, Azri yang bakal bergelar bapa apabila isterinya, Salma Mentor telah disahkan hamil anak pertama mereka. Waah, korang bunting pelamin la ya? Berita gembita ini disampaikan Azri menerusi akaun Instagramnya dengan status:

“Boy ke gurl neee..!!! Ehem ehem @salmaasis.. Alhamdulilah rezeki dari Allah.”

Untuk rekod, Azri dan Salma selamat bergelar suami isteri dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada 31 Januari lalu. Majlis tersebut telah diadakan di Masjid Al Kautsar, Tawau, Sabah.

Tahniah sekali lagi. Semoga anak yang dikandung Salma tu sihat sejahtera hendaknya. Insyaallah. Amin. Sama-sama kita doakan.

salma hamil

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Muzik Video RINDU Shae & Nukilan

Prudential Astro Masters 2015 Lebih Meriah Lebih Gempak