in ,

Salma Lancar Muzik Video Terbaru Seruan Jiwa

[dropcap]L[/dropcap]ama betul Budiey tak dengar berita pasal Salma. Setelah lama menyepikan diri tanpa sebarang single kini juara program realiti Mentor musim ke 5, Salma melancarkan single terbarunya yang berjudul Seruan Jiwa hasil ciptaan sepenuhnya Manusia Putih.

[pullquote align=”right”]Lagu Seruan Jiwa adalah sebuah lagu tentang rintihan seorang kekasih yang merindui kekasihnya. [/pullquote]

Kelahiran single terbaru ini diharap dapat mengukuhkan lagi nama Salma di persada muzik tanahair, ditambah dengan penghijrahan Salma yang kini berhijab sepenuhnya. Budiey menyokong penghijrahan Salma yang bertudung. Alhamdulilah, semakin ramai selebriti wanita kita dah berhijrah dan bagi mereka bertudung tidak sedikit pun menutup pintu rezeki, malah rezeki semakin mencurah-curah datang. Betul tu, rezeki ada di mana-mana.

Dalam muzik video ini, Salma tampil tanpa bertudung kerana pengambaran video muzik ini dikatakan dijalankan beberapa bulan lalu sebelum Salma bertudung. Nak tak nak, muzik video ini terpaksa digunakan juga berikutan segalanya sudah pun dah dibuat.

Facebook Fanpages: Salma Mentor Official
Twitter : @SalmaMentor5

Lirik Lagu Seruan Jiwa – Salma

Saat malam datang menjelma
Kau hadir di dalam bayangan
Angin menyapu mata berlinang mengenangmu sayang

Seandainya bisaku terbang
Membawamu dalam pelukan
Ku dendang lagu seruan jiwaku yang rindukanmu

Dalam setiap bait syair hidupku
Ku hadirkan dirimu
Ku coretkan penaku di sini
Ku serukan namamu kau yang aku rindu
Kau yang aku cinta
Kau lah nafasku, kaulah darahku dalam hidupku

Saat malam datang menjelma
Kau hadir di dalam bayangan
Angin menyapu mata berlinang mengenangmu sayang

Kau cahaya..
Cinta disebali engkaulah punca
Gunung rinduku hujung jalanku

Kau yang aku rindu
Kau yang aku cinta
Kau lah nafasku, kaulah darahku dalam hidupku

Gambar Salma Yang Kini Tapil Dengan Imej Bertudung

Salma Bertudung

Salma Bertudung

Salma Bertudung

NAR Records Sdn Bhd
NAR Records Sdn Bhd adalah satu-satunya syarikat rakaman bumiputra yang telah melahirkan ramai artis seperti Exists, Siti Sarah, Farah Dhiya, Jin Bara, Deja Moss dan ramai lagi. Pada tahun 2010 NAR Records mengorak langkah dengan memcari artis-artis baru untuk bernaung di bawah syarikat ini.Antara muka baru yang telah bernaung di bawah NAR ialah Mimie Haris, Kumpulan FBO dan Najwa Latif.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yasmin Hani Trauma Diragut Kali Kedua

Jazeman Jaafar Memandu Kereta F1 di PETRONAS Motorsports Demo Run 2013