Salma Dapat Pujian Melambung di Konsert Mentor 5
4Konsert pertama Mentor 5 telah pun berlangsung pada jam 9 malam tadi. Kesemua 6 orang protege telah menunjukkan persembahan pengenalan mereka di khalayak ramai. Ya, Tunjuk Ajarku Sifu! Tagline yang dilaungkan dalam bait lagu tema Mentor mengakhiri Konsert Pengenalan di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Siapakah pilihan anda? Budiey baca di twitter dan di facebook, fuh ramai sekali yang suka dengan vokal kepada protege Erra Fazira yang bernama Salma tu. Pujian melambung diberikan kepada Salma. Orang Sabah memang la vokal power. Walaupun wajah Salma biasa-biasa, tapi vokal dan keupayaan bakat nyanyiannya dipertaruhkan untuk memberi warna dalam Mentor 5 kali ini.
Apa-apa pun, masih terlalu awal untuk buat perkiraan siapa yang akan jadi juara Mentor 5. Mungkin ada yang akan menonjol setelah mendapat petua dan tips dari mentor mereka. Siapa tahu kan? Yang penting kesemua protege musim ini, Aiman (Rahim Maarof), Iqa (Edry Abd Halim), Salma (Erra Fazira), Ratnah (Afdlin Shauki), Ayish (Noh Hujan) dan Shiha (Datuk Sharifah Aini) sudah pun diketahui.
Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan dan akan mengadakan persembahan sebanyak empat kali pada konsert mingguan secara berselang-seli antara Kumpulan A dan B untuk mengumpul markah.
Masih mengekalkan format pemarkahan, 50 peratus juri profesional, 30 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20 peratus juri awam melibatkan pelajar muzik, wartawan dan golongan semi-profesional dalam industri seni tanah air.
Dalam pada itu, ramai yang mengatakan wajah Ally Iskandar makin tembam. Maklumla, senang hati kot selepas bertunang ni. Hehehe. Oh ya, Ally masih lagi kekal sebagai pengacara, jurnal Mentor dan jurnal Protege.
Teruja nak tonton konsert Mentor 5 minggu depan?
Ramai yang terpegun dengan vokal mantap dari Salma
Erra Fazira sedang menjawab soalan dari media semasa sidang media
Kak Pah yang punya jiwa yang sangat sensitif dan sering mengalirkan air mata, dengan murah hatinya telah menghadiahkan pakej umrah kepada pilihan keduanya.
Protege Sharifah Aini
Ayish ni mirip Faizal Tahir, tapi Ayish yakin, dia mahu menjadi diri sendiri, bukan klon mana-mana penyanyi yang sedia ada.
Ya, saya tinggi tapi saya bukan Alif Aziz
Memerah vokal



















budiey!nak tanya ni..well,lepas ni, konsert bila pulak ea??masuk percuma jugak ke??i knew nothing and can’t find it on tv3′s website..:(
wow!!!! best giler suara salmah dlm mentor aritu…!!!hebat sgt! meremang bulu roma dengar suara dia….
Biarpun baru sekali mendengar Salma menyanyi dalam konsert pengenalan, namun pada aku Salma adalah juara Mentor kali ini…kita tunggu dan lihat saja…aku yakin 100%…berdasarkan kepada kemantapan vokal Salma…aku yakin dia adalah bakal juara. Jujur aku katakan…suara dan vokal Salma lagi sedap dan mantap dari Jac dan mana2 penyanyi yg sedia ada dalam negara…
As’slm sy nk ucapkn tahniah wt salma setinggi tinggi tahniah mmg patut pn dia mmg tapi igt lps ni salma jgn lupa diri igt family dan anak k good lucky to u…….ly kelate