Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Salam Takziah! Lagenda Chrisye Meninggal Dunia



Foto di atas dikirim oleh seorang pembaca. Gambar: Allahyarham Chrisye bersama DJ Mikey (kanan) daripada Belanda.

Pergi tak kembali. Begitulah hakikat hidup kita sebagai manusia yang menetap di muka bumi ini.

Pagi tadi, saya dikejutkan dengan berita kematian komposer dan penyanyi terkenal dari Indonesia, Chrisye. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4.08 pagi (waktu Indonesia) dalam keadaan tenang dikelilingi oleh anak dan isterinya.

Apabila saya beritahu rakan-rakan di sini, ramai dari kita orang Malaysia tidak mengenali beliau. Padahal Chrisye sangat popular di serantau nusantara dengan lagu-lagunya yang punya jiwa dan penuh makna.

Khabarnya, perginya Chrisye ke Rahmatullah dalam usia 56 tahun, akibat menderita diserang kanser paru-paru. Jasadnya disembayangkan di rumah duka Jl. Asem II No 80, Cipete, Jakarta Selatan. Chrisye dikatakan pernah bermimpi untuk meninggal pada hari Jumaat. Malah, dia pernah berpesan untuk disembahyangkan mayatnya di Masjid Karomah.

Pada saya, kehilangan ini adalah kehilangan yang amat besar bukan sahaja kepada industri seni di Indonesia malah akan diratapi oleh pengemar muzik di seluruh rumpun Asia. Maka tinggallah lagu-lagu ciptaan dan nyanyian beliau yang pastinya dikenang oleh jutaan peminatnya.

Salam takziah buat seluruh keluarga allahyarham dan semua peminat beliau serantau. Seninya, bakat dan sumbangannya akan dikenang sepanjang hayat.

Semoga ruh diberkati oleh Yang Maha Esa. Kepada-Nya kita datang, dan kepada-Nya jugalah kita kembali.

Nota Budiey:
Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama
penyanyi mati meninggalkan lagu
Blogger mati meninggalkan apa?
.
.
.
.
Dah tentu… blogger mati meninggalkan blognya!

Baca berita lain:

  1. Detik Hot
  2. Chrisye, Legenda yang Terus Berkarya
  3. Selamat Jalan Chrisye

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Isteri Sabri Yunus Meninggal Dunia
  • M Rajoli Meninggal Dunia
  • Komposer Zubir Ali Meninggal Dunia
  • Ayah Achik Spin Meninggal Dunia
  • Pelakon Tony Kassim Meninggal Dunia
  • Nasir Anak P Ramlee Meninggal Dunia Petang Tadi
  • Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia
  • Penulis Lirik Loloq Meninggal Dunia
  • Ibu Ifa Raziah Meninggal Dunia
  • Bekas Presiden Indonesia Suharto Meninggal Dunia



  • Satu Komen untuk entri “Salam Takziah! Lagenda Chrisye Meninggal Dunia”

    1. Jay adalah Yulian kata:

      Selamat Jalan Chrisye…

      Chrisye, nama beken dari Chrismansyah Rahadi kini telah meninggalkan kita semua tadi pagi pukul 4, Jumat 30 Maret 2007, di rumahnya Jl. Asem 2 no. 80 Cipete, Jakarta. Puluhan lirik sederhana namun sarat makna telah ia senandungkan ke berbagai generasi….

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK