Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Perarakan Merdeka 31 Ogos di Dataran Merdeka



Salam Merdeka buat semua pembaca. Ya, hari ini bukan sahaja kita menyambut hari kemerdekaan, malah Jubli Emas Kemerdekaan Negara atau ulangtahun kemerdekaan yang ke-50 tahun. Ada 3 acara penting diadakan iaitu Perayaan Ambang Merdeka jam 8 malam di Dataran Merdeka, Perarakan Merdeka di Dataran Merdeka pada pagi 31 Ogos dan Perayaan Raksasa Merdeka di Stadium Merdeka jam 8 malam. Harapannya tidak ada yang menyambut merdeka ini dengan perkara-perkara yang tidak elok dan tidak sihat. Berpesta arak dan aktiviti pesta seks beramai-ramai bukan mencermin kemerdekaan yang sebenar.

Sebagai warga Malaysia, kita harus menghayati dan menjunjung semangat patriotisme dan kenegaraan supaya dapat melahirkan jiwa dan nilai yang tinggi. Bagi Budiey, ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia memberikan nafas baru dalam menghargai erti kemerdekaan sebenar. Mengimbas kembali sejarah pejuang bangsa yang sangat berjasa kepada Negara. Memartabatkan wira-wira negara yang terkorban mempertahankan bangsa. Jadi, sebagai tanda memperingati segala jasa dan perjuangan pemimpim ulung negara, saya tampilkan entri ini dengan potret-potret mereka.

blogApa erti kemerdekaan pada artis kita? Kalau ditanya soalan ini kepada Jaclyn Victor yang akan mengadakan showcase di Planet Hollywood pada Ahad ini, kata Jac, “Saya amat suka dengan kepelbagaian budaya kita, dan juga makanan kita. Tidak ada apa-apa yang harus ditukar, tetapi apa yang ada kena diperbaiki.”

Apa erti kemerdekaan bagi anda? Apa program anda di cuti merdeka ini? blogSaya sempat ke Dataran Merdeka pada pagi 1 Ogos untuk melihat secara langsung Perarakan Merdeka. Orang tak usah nak cakap, memang ramai. Puluhan ribu manusia yang datang dari serata ceruk membanjiri sekitar Dataran Merdeka dan melimpah sehingga ke Jalan Raja Laut. Bagi saya, lagi ramai yang datang, lagi meriah pesta perarakan.

Yang datang pun, tidak kira bangsa, tidak kira warna kulit, dari setiap peringkat umur dari setiap golongan masyarakat. Ini jelas menunjukkan pada kita bahawa masyarakat kita sebenarnya begitu bersemangat untuk merayakan kemerdekaan ini dengan jiwa muhibbah dan perpaduan. blogPerarakan yang disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah, dan pemimpin-pemimpin lain ini cukup simbolik dengan menggambarkan 5 era pembangunan Malaysia. Ianya signifikan pada kemajuan, kepimpinan, keamanan, pemodenan dan kecemerlangan yang ditelusuri oleh kerjasama rakyat dan pejuang bangsa sepanjang jalan kemerdekaan.

Malaysiaku Gemilang, tema untuk sambutan kemerdekaan kali ini amat sesuai dan selaras dengan apa yang dicita-citakan oleh Perdana Menteri yang ke-5 ini dengan teras pembangunan insan iaitu Gemilang, Cemerlang dan Terbilang. blogSebanyak 25 ribu peserta yang terdiri dari semua kaum dan bangsa Malaysia dan dari sektor awam dan swasta yang menggabungkan 100 kontinjen iaitu 12, 570 pejalan kaki, 14 kereta berhias dan 25 aset tentera juga tidak ketinggalan 52 pesawat. Memang meriah dan saya kira perarakan kali ini berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang kejadian yang tidak diingin berlaku. blogPemimpin negara luar yang turut sama menyaksikan perarakan ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Duke of York Putera Andrew, Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo, Putera Mahkota Thailand Maha Vajiralongkorn dan Gabenor General Australia Major General Michael Jeffery.

Pemimpin Asean yang hadir ialah Perdana Menteri Thailand Surayud Chulanont, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, Perdana Menteri Laos Bouasone Bouphavanh, Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung dan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla, selain duta-duta asing.

Sebaik tiba, Yang di-Pertuan Agong mengambil tabik hormat sebelum lagu Negaraku dimainkan dan sebelum itu kelihatan lima helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat lintas hormat dengan membawa Jalur Gemilang dan bendera Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Seri Paduka kemudian memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Satu Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diiringi Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja.

Acara diteruskan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang serentak dengan nyanyian lagu Negaraku dan tembakan meriam 14 das sebelum bergema lagu Jalur Gemilang, lagu Gemilang, Cemerlang, Terbilang, dan lagu tema sambutan, Malaysiaku Gemilang.

Ketika Negaraku dimainkan Dataran Merdeka berubah wajah dengan kebanyakan pengunjung termasuk jurufoto berdiri tegak bagi menghormati lagu kebangsaan dan menghayati erti kebebasan yang dinikmati sejak 50 tahun lalu.

Ia disusuli bacaan ikrar oleh 50 pelajar termasuk pelajar sekolah pendidikan khas yang diketuai Syed Nur Khairin Al-Safi sebelum melaungkan Merdeka sebanyak tujuh kali.

Dataran Merdeka kemudian bertukar lebih meriah dan penuh warna-warni apabila segmen persembahan padang dijayakan 10,000 peserta pertunjukan padang, koir, pasukan pergendangan dan komponen rakyat bersepadu (KRB), bermula.

Persembahan padang itu menyajikan formasi yang menunjukkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di negara ini sejak ia bebas dari cengkaman penjajah 50 tahun lampau. Kumpulan Gendang Simfoni Malaysia pula menampilkan semangat perpaduan antara kaum melalui muzik-muzik yang dimainkan.

Empat belas helikopter yang membawa 14 bendera negeri di Malaysia kemudiannya membuat lintas hormat di udara sejurus bermula acara perarakan dan perbarisan yang menampilkan konsep lima era pemerintahan Perdana Menteri Malaysia.- Bernama

milo askar\

merdeka milo

[tags]gambar perarakan merdeka, logo merdeka, artis dan merdeka, profile Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, profile Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, profile Datin Seri Jeanne Abdullah, teks ucapan merdeka, pesta seks beramai-ramai, pesta arak, orgy seks, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Duke of York Putera Andrew, Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo, Putera Mahkota Thailand Maha Vajiralongkorn dan Gabenor General Australia Major General Michael Jeffery. Pemimpin Asean yang hadir ialah Perdana Menteri Thailand Surayud Chulanont, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, Perdana Menteri Laos Bouasone Bouphavanh, Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung dan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla, gambar kontinjen malaysia, gaji swasta, kerajaan, jalan raja laut[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Bunga Api di Sambutan Merdeka Dataran Merdeka
  • U Mobile Celebrates Merdeka Day with Free Calls
  • Konsert Gemilang Merdeka Lefthanded, Rusty Blade & Candy
  • 34 Stesen Radio RTM 1 Suara Laungkan Merdeka
  • Ogy Ahmad Daud, Jacyln Victor, Mila Dalam Simfoni Merdeka
  • Pavilion KL Celebrates Hari Merdeka & Hari Malaysia
  • Merdeka Themed Public Service Primeworks Studios
  • Datuk Siti Nurhaliza, Mawi di Konsert Ambang Merdeka Dataran Merdeka
  • Ucapan SMS Salam Aidilfitri Awal Ashaari
  • Program Khas Sempena Merdeka Ke-52 di 8TV



  • 5 Komen untuk entri “Gambar Perarakan Merdeka 31 Ogos di Dataran Merdeka”

    1. razali bin suradi kata:

      pendapat saya apabila mengadakan perbarisan 31 ogos, kontijen ATM hendaklah di letak di bahagian hadapan supaya ianya menjadi lambang kemegahan bagi sesebuah negara. sesuai dengan gelaran yang di berikan iaitu tentera benting negara.

    2. amirah kata:

      assalamualaikum

    3. nana`amany kata:

      boleh la…
      bagus la jugak..

    4. awin n eqal kata:

      semua best…yang penting kite bebas dari penjajah….tapi skarang ni budak2 kat malaysia tengah dijajah oleh ape2 ntah……

    5. eqal cute kata:

      merdeka……………. lagi 5 hari lagi merdeka best tu dapat cuti…….huhuhuhu

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK