Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Saksikan Episod Akhir Drama Sindarella di TV3 Malam Ini



Sindarela yang ditayangkan melalui slot Lestari setiap Selasa, jam 9.00 malam akan sampai ke penghujungnya pada malam ini. Siapakah yang bakal bertahta di hati Zoela? Semuanya terjawab nanti. Saksikan episod akhir siri ini pada Selasa depan, 29 Julai 2009, jam 9.00 malam ini hanya di TV3.

EPISOD 26 (EPISOD AKHIR)
Zoela (Sh. Amani) terkaku apabila mendengar suara Hussein (Bront Parale). Apabila dia menoleh, dia bagaikan dipanah petir apabila Hussein yang dirinduinya berdiri di hadapannya. Hussein juga terpegun melihat Zoela yang kelihatan am at cantik. Haidar (remy Ishak) menyuruh Hussein tolong menghantar Zoela dan keluarganya ke rumah hinggap. Hussein cuba meng am bil kesempatan berbual-bual dengan Zoela tetapi Zoela hanya membisu. Hussein tetap cuba berbual namun dibalas kasar oleh Zoela.

Zoela melepaskan segala kemarahannya kepada Hussein dan Hussein terpaksa menerimanya. Tiba-tiba Zoela terpelecok. Hussein mengurut kakinya. Zoela pula menangis teringatkan kenangan manis mereka bersama. Ketika itu Haidar muncul. Dia tertanya-tanya melihat keadaan Hussein yang sedang memegang kaki dan pipi Zoela dan Zoela yang sedang menangis. Haidar memandang Hussein tajam. Zoela pula terus berpura-pura di depan Haidar, sedangkan dalam hatinya dia terseksa…

Hussein, Haidar dan Zoela masing-masing melayan perasaan. Ketika Zoela termenung, Makcik Mary memerhatikannya. Makcik Mary bertanya kepada Zoela adakah dia pasti dengan keputusannya berkahwin dengan haidar. Zoela tersentak dengan pertanyaan itu, tetapi dia nekad dengan keputusan itu.

Haidar yang kecewa itu juga tiba-tiba nekad hendak bernikah dengan Zoela mal am itu juga. Tiba-tiba Rania muncul dia ingin mengucapkan tahniah atas pertunangan Haidar. Rania memberitahu yang sejak Haidar meninggalkan Inderapura, keluarganya disisihkan istana manakala kekasihnya Jeff juga sudah terputus hubungan dengannya kerana dia tidak menyintai Jeff, tetapi seseorang yang dia kenali. Haidar tahu Rania maksudkan dirinya. Dia rasa bersalah.

Hussein terus bersedih memikirkan Zoela sedangkan mereka sepatutnya menghadiri Majlis Makan Mal am DiRaja. Tepet memprovok Hussein yang tidak mahu berusaha tetapi hanya tahu berserah dan bersedih. Tiba-tiba Hussein mendapat semangat baru untuk mendapatkan Zoela dengan apa cara sekalipun. Kemudian dia terdengar pula perbualan Kuntum dengan Bonda tentang Haidar yang mahu bernikah mal am itu juga.

Zoela sudah bersiap untuk majlis makan malam . Dia kelihatan am at cantik layaknya seorang puteri raja. Tetapi, tiba-tiba Haidar muncul berpakaian baju melayu lengkap. Dia menyuruh Zoela menukar baju kurung lace putih yang dibawanya. Zoela dan makcik Mary hairan. Kemudian Haidar terus menarik tangan Zoela. Zoela tidak selesa dan marah apabila Haidar berkasar dengannya. Hussein muncul.

Dia menyuruh Haidar melepaskan Zoela. Mereka mula hendak bergaduh. Hussein memberanikan diri mengatakan yang dia menyintai Zoela. Zoela terkedu. Ketika itu Bonda, Tuanku Sultan, Im am Besar dan Kuntum muncul. Haidar terus memprovok Hussein meluahkan semua perasaan cintanya pada Zoela. Zoela mula sebak. Haidar meluahkan perasannya yang mula sukakan Zoela sejak pert am a kali mereka berjumpa… namun, siapakah pilihan Zoela?

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Pengambaran Video Klip Sindarella
  • Drama Bella Lakonan Elly Mazlein Raih 2.6 Juta Penonton
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod Akhir
  • Gambar Terbaru Norkhiriah Pelakon Drama Pepaya
  • Montage Drama Merah Putih Lagu KAU AKU Nyayian Aizat
  • Adv: Saksikan Episod Pertama Mingguan Lelaki di Portal Gua
  • ADV: Episod Ke-2 Drama Online Mingguan Lelaki di Portal GUA
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 16
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 19
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 4



    • ZEDS

      hai le lenalan

    • http://obefiend.blogspot.com obefiend

      nefore honeybee left her comment.. allow me to leave my comment here and put myself one post closer to ctaching up with that spammer!

    • mrs. andy

      i bet zoey akan pilih balik husin n haidar akan balik smula pada rania…
      juz d power of 1st love… huhu

    • eshah

      da tau da ending die. kat utube da kuar!!!!! x hepi la la ending

    • balqis

      setuju dgn mrs.andy…….

    • tautakpe

      Penat follow crite ni dr awal..last2 cmtu plak ending nye..erm, mgkin nk buat lain dr crita sinderela yg sedia ada kan..ape pon..thumbs up utk pengarahnya..!!!

    • murni

      huhu..aku dah tgk citer tu malam tadi…ingat yea lah dia nak kawin ngan haidar…poyo tul..anyway best lah…citer tu..yg tak best nya dah habis dah…waaaa

    • ninonino

      apo la….ingat dia pilih haidar..
      tapi memang aku suka pun dia tak pilih husin tu.. dah la lembab..pernah dump si zoela lagi.

      Si haidar tu leh lak pilih rania.. mengong ah..

      aku gak yang geget jari..

    • http://www.idah81.com idah81

      ”cinta pertama..tidak semestinya bersatu……..”
      zoela,tak pilih sesiapa…….

    • sicoklat

      bgusla dia x pilih sape2.. klau coklat jd zoela…
      i probly do the same.. i like hussein.. but like what zoela said…
      ‘u are not men enough for me’. padan muke hussein.. hehehe… tp kesian pun ade..

    • adekepatut

      alamak menyampah pula ending cite mcm tu. ni pasti nak sambung dalam musim kedua. walau mcm mana pun dlm cite ni watak mak ngan adk zoela yg gila karaoke tu..memang best gila. aku suka cite tu kat watak diaorg la…best sgt la….makcik berlakon la lagi….lakonan mak cik mantap laaaaaaaaaaaaaaa

    • Mynn

      Ok apa ending tuh.. realistik.
      Zoela is one tough chick. And kalau dia pilih either one, jadi macam drama melayu tipikal la..

    • Odah onasis

      season 2….. plz ending dia tergantung ahhhh… makcik mary… odah suka sgt…..

      haidar cam muka adik odah tau….

    • lily patra

      ..boleh la dikatakan best ending dia tapi….mamat yang muncul borak dengan sharifah amani di last2 cerita tu macam kenal la…budak ACS sitiawan rasanya…kalau tak silap namanya firdaus..betul tak? ada sape2 kenal?

    • siti aisyah

      sye minat kak zoeled…..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK