in ,

Sajian Rohani Seindah Ramadan Anugerah Syawal Portal Tonton

Mengiramahkan ketibaan Ramadan dan sambutan Syawal tahun ini, Tonton sekali lagi membawakan pelbagai program hebat untuk tatapan pelayar ‘online’. Bermula Ramadan lalu, pelbagai program menarik telah boleh ditonton melalui laman web www.tonton.com.my menggunakan komputer, ‘mobile’ serta di Samsung SMART TV!

[dropcap]S[/dropcap]ajian Rohani Seindah Ramadan Anugerah Syawal menerusi portal Tonton menghimpunkan pelbagai program terbaik secara catch-up dari TV3, TV9 dan portal khas www.ramadanraya.com.my. Saksikan rancangan dramedi hebat di TV3 secara ‘catch-up’ menerusi Tonton antaranya Rumah Kedai, OMG dan Ayam! Manakala pelbagai tips dan cara masakan sempena Ramadan boleh ditonton menerusi rancangan Dapur Panas, Moreh dan Ini Caranya. Melengkapkan sajian Rohani di TV3, tonton secara ‘catch-up’ program Zikir Hati, Kias Ramadan dan Insaf pada bila-bila masa menerusi portal video Tonton.

[pullquote align=”right”]Program Terhebat & Drama ‘Box Office’ Sempena Ramadan Raya Di Portal Video Tonton![/pullquote]

Merancakkan sambutan Ramadan Raya tahun ini, TV9 turut tidak ketinggalan mengetengahkan pelbagai rancangan hebat. Saksikan ‘catch-up’ rancangan menarik menerusi saluran TV9 di portal video Tonton, antaranya Mencari Resipi Turun Temurun, Menu Kalimah dan Jom Berbuka. Dapatkan pengisian Rohani bersempena Ramadan ini melalui ‘catch-up’ ‘A Touch of Faith’, ‘Surahs We Read The Most’ dan Al Quran Menjawab Bersama Ustaz Haslin di Tonton.

Menerusi portal khas Ramadan Raya (www.ramadanraya.com.my) 2 siri web terbaik ditampilkan menerusi Tonton iaitu ‘Raya Fesyen Kritik’ dan ‘1001 Persoalan’. Pelayar berpeluang mendapatkan tip fesyen Aidilfitri daripada blogger fesyen tempatan, Jezmine Blossom menerusi ‘Raya Fesyen Kritik’ yang disiarkan secara eksklusif pada setiap Rabu dan Jumaat bermula jam 3 petang. Manakala menerusi siri web ‘1001 Persoalan’, pelayar berpeluang menambah pengetahuan melalui perkongsian ilmu agama bersama Ustaz Kazim Elias. Rancangan yang disiarkan setiap Isnin sehingga Jumaat bermula 12 tengah hari turut boleh ditonton secara global.

Portal video Tonton turut meraikan sambutan Syawal dengan tawaran filem menarik antaranya Buli, Buli Balik, Perempuan Melayu Terakhir, Selubung, Sayang Salmah selain konsert Sudirman – One Thousand Million Smiles, Gegar Bersama Search, Konsert Awie, Konsert Tan Sri SM Salim dan banyak lagi. Rancangan ‘evergreen’ kegemaran ramai yang pernah disiarkan menerusi TV3 & TV9 turut ditawarkan buat penonton antaranya Rendang Untuk Mertua, Airmata Syawal, Terlerai Takbir Kasih dan banyak lagi secara percuma.

Eksklusif untuk pengguna Tonton, telefilem Geng Kampung Pisang bakal ditayangkan 24 jam lebih awal menerusi portal video Tonton sebelum tayangan di TV9. Merancakkan lagi pengalaman tontonan secara digital, telefilem Karlos Raya menawarkan interaktiviti pengguna di gajet pintar. Hanya dengan satu klik, pengguna boleh mengakses ke video eksklusif & sebalik tabir semasa tayangan telefilem ini di TV3 sambil berbual bersama peminat lain yang turut menonton Karlos Raya tidak kira di mana sahaja mereka berada. Tidak ketinggalan, tayangan filem Bunohan, sebuah filem yang telah meraih pelbagai anugerah hebat bakal disiarkan secara eksklusif melalui portal Tonton mulai 1 Ogos 2013.

Layari www.tonton.com.my sekarang untuk menonton pelbagai info menarik sepanjang bulan ini! Layari Tonton di komputer, tablet dan telefon pintar hari ini secara PERCUMA, di mana sahaja anda berada dan pada bila-bila masa!

Dapur Panas (2)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Izreen Azminda Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Raja Ema Tegang Kulit Muka Guna Kaedah Benang