Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






SAJIAN ISTIMEWA BULAN JUN DI LAYAR TV3

Bulan Jun ini, TV3 menjanjikan barisan drama menarik bagi penonton-penonton TV3 khususnya penggemar drama-drama melayu yang pasti ternanti-nantikan pelbagai genre drama menarik sepanjang bulan Jun ini. TV3 tidak akan menghampakan para peminat setianya dengan menyediakan rancangan-rancangan yang akan disiarkan melalui 2 slot istimewa iaitu Cerekapilihan dan Pesona 3.

Menerusi slot Cerekapilihan, para penonton dapat menyaksikan drama menarik yang berunsur kekeluargaan dan diselitkan juga kisah teladan seperti Abi, Ayah, Bunga Kasturi dan Malang Hari Kerana Hati. Jangan lupa juga untuk berhibur di hujung minggu dengan filem-filem klasik menarik lakonan pelawak veteran Mat Sentul melalui filem-filemnya yang mencuit hati melalui slot Pesona 3. Turut memantapkan lakonan adalah Momo Latiff, Dollah Sarawak, Wan Chik dan lain-lain lagi melalui filem Mat Tiga Suku, Mat Raja Kapor, Mat Bond, Mat Toyol dan Mat Magik.

Nikmati kegembiraan, tontoni TV3!

CEREKAPILIHAN, JUMAAT, 1.30 TENGAHARI

Abi (6 Jun 2008)
Abi mempunyai 3 orang anak iaitu Johar, Dila dan Saiful. Johar merupakan seorang usahawan tetapi syarikatnya sedang mengalami masalah kewangan. Dilla juga mengalami masalah yang sama, manakala Saiful pula merupakan seorang pelakon tambahan. Makan dan minum Abi dijaga oleh jiran sekampung iaitu Miah dan anaknya Wani. Abi menyimpan minat terhadap Milah dan dia tidak bertepuk sebelah tangan tetapi masing-masing memendamkan perasaan. Suatu hari, Abi terjatuh dari tangga dan doktor mengesahkan dia lumpuh selamanya dan juga mempunyai penyakit barah otak. Ketiga-tiga anak-anaknya pulang namun hanya Saiful yang sanggup menjaganya. Abi kecewa dengan perangai anak-anaknya lalu mengambil langkah menguji mereka. Dia berbincang kepada anaknya bahawa siapa antara mereka yang menjaganya dengan baik selama 44 hari, dia akan menurunkan harta tanahnya seluas 50 ekar kepada anaknya itu. Mereka bersetuju namun niat sebenar mereka diperhatikan oleh Abi. Siapakah antara anaknya yang bakal mendapat tanahnya itu?
Pelakon: M Rajoli, Kartina Aziz, Arash Mohamad, Zul Yahya, Ngasreen Ngasri

Ayah (13 Jun 2008)
Sofia minta cerai dari suaminya Ariff kerana mahu mencari kemewahan hidup. Anak-anaknya Shafiq dan Ain ditinggalkan bersama Ariff bapa tiri mereka dan dia kemudiannya menjadi isteri kedua kepada Rahman. Dengan Rahman dia tidak mempunyai zuriat kerana pernah terlibat dalam kemalangan. Walau diselubungi kemewahan tetapi hidup Sofia tidak bahagia. Sofia mula sedar segala kesilapannya kerana meninggalkan anak-anaknya. Dia selalu luahkan masalahnya pada Rosnah dan menimpa bantuan Sofia mencari anak-anaknya. Sofia pernah terserempak dengan Ain tetapi dia tidak mengenalinya. Walaupun Ain dan Shafiq hanya anak tiri, Ariff tetap sayang pada mereka. Suatu hari, Ariff pengsan kerana terlalu merindui Sofia. Ain sedih melihat ayahnya kerana terlalu mengingat ibunya namun, Shafiq tidak mahu Ain membenci Sofia. Ain tahu ayahnya juga masih sayang pada ibunya. Sofia ternampak Ariff di klinik dan dari situ dia mendapat alamat Ariff, tapi dia berat hati untuk berjumpanya. Sofia mengintip dari jauh Ariff dan anak-anaknya. Mampukan dia berhadapan dengan mereka dan dapatkan mereka menerima Sofia semula?
Pelakon: Shukery Hashim, Rozie Othman, Nasriah Ngasri, Iqram Dinzly, Ary Putra, Khatijah Tan, Rahim Razali

Bunga Kasturi (20 Jun 2008)
Isteri Pak Usop, Maimunah terpaksa menjalani pembedahan jantung. Dia terpaksa mengeluarkan kesemua duit pencennya kerana mahu membiayai kos pembedahan. Kedua-dua anak Pak Usop, Farid dan Zaharah tinggal di Kuala Lumpur. Isteri Farid, Diana memang suka bermegah-megah, tetapi Farid yang menanggung segala hutang-hutangnya. Diana langsung tidak mahu membelanjakan duit gajinya. Inilah yang membuat Farid terpaksa berhutang dengan Zaharah. Zaharah amat benci dengan perangai kakak iparnya itu. Bila anak Pak Usop, Zamani mendapat keputusan yang cemerlang, dia mendapat tawaran untuk belajar di universiti. Pak Usop meminta bantuan daripada anak-anaknya. Seorang pun tidak dapat membantunya menampung yuran pendaftaran Zamani. Pak Usop rasa sungguh kecewa. Masa pendaftaran semakin hampir namun Pak Usop masih belum dapat menyediakan yuran pendaftaran Zamani? Apakah yang berlaku selepas itu?
Pelakon: Sidik Hussein, Hani Mohsin, Zahida Rafiq

Malang Hari Kerana Hati  (27 Jun 2008)
Munir merupakan seorang eksekutif kewangan di Syarikat Nusa Holdings Sdn. Bhd. Walaupun tekun bekerja dia seringkali ditegur Tn Aidil kerana hampir setiap hari dia datang lewat ke pejabat. Hanya Suzana isterinya yang faham perangainya yang susah bangun pagi. Menurut Suzana perangai yang paling dibencinya mengenai suaminya adalah kerana tidak menepati masa dan tidak mahu menunaikan sembahyang. Suzana sudah bosan kerana dalam 10 tahun perkahwinannya dia terpaksa menghabiskan masa semata-mata mengejutkan suaminya bangun tidur. Suzana masih berharap Munir berubah. Bermula dari subuh Suzana mengejutkan Munir bangun sembahyang apabila azan berkumandang. Jam 9 pagi Munir masih tidur dan hanya bangun setelah menerima telefon dari Ahmad. Dalam perjalanan ke pejabat Munir mengalami kemalangan dan terpaksa membayar ganti rugi kepada pemilik motor.  Setiba di pejabat, Munir dimarahi Tn Aidil kerana lewat dan Munir terima amaran terakhir dan bakal berhadapan untuk dibuang kerja. Ketika di pejabat, Munir mendapat email dari Suzana yagn mahu mereka berpisah buat sementara waktu. Ketika membetulkan computer, dia terkena kejutan elektrik dan seterusnya mendapat MC. Munir teringat kepada Suzana dan pergi ke pejabatnya. Namun dia menemui Suzana dan Naim lalu berlaku pertengkaran antara mereka. Apakah yang terjadi selanjutnya?
Pelakon: Zul Yahya, Hani Kausar, M Rajoli, Zaidi Omar, Raja Azrey, Faizal Hussein, Hersheeta Purey

PESONA 3, AHAD, 3.00 PETANG

Mat Tiga Suku (1 Jun 2008)
File mini memaparkan kisah seorang pemuda yang digelar Mat Tiga Suku yang hidupnya sering ditimpa malang. Apa yang dilakukan serba tidak kena. Suatu hari secara tidak sengaja kehidupannya bertukar menjadi senang dengan pertolongan penunggu rumah yang didudukinya. Tetapi ianya hanya sementara. Setiap hari Mat asyik berangan-angan. Alias rakannya cuba menolongnya. Semua pertolongannya dilaksanakan oleh Mat tetapi semua tidak pernah berjaya kerana disebabkan nasib malang yang ada pada dirinya.
Pelakon: Mat Sentol, Zainal Abidin, Salina, Siti Tanjung Perak

Mat Bond (8 Jun 2008)
Cerita ini mengisahkan Mat Bond (Mat Sentol) yang berangan-angan menjadi seorang perisik sejak kecil lagi. Suatu hari, seorang doktor dari kumpulan yang diketuai oleh Bossman (Malek Selamat) telah mencipta pil yang boleh memanjangkan umur. Pil tersebut hanya dibuat tiga butir dan boleh digunakan dalam tempoh 48 jam sahaja. Ia menjadi rebutan seluruh dunia. Tanpa disengajakan Mat Bond menemui pil tersebut ketika memancing. Dia menelan sebiji lalu mendapat satu kuasa luar biasa. Mat Bond ditugaskan oleh sebuah kelab untuk mendapatkan pil tersebut. Tetapi sebaliknya dia yang menjadi buruan beberapa kumpulan lain kerana memiliki pil berkenaan.
Pelakon: Mat Sentul, Dollah Selamat, Malek Selamat, Siti Tanjung Perak

Mat Raja Kapoor (15 Jun 2008)
Putera Mat Raja Kapoor adalah anak kepada Sultan Raja Funfair. Mat Raja Kapoor sangat mengemari muzik dan tidak berapa suka tinggal di istana. Dia amat disayangi oleh ayahandanya dan sentiasa diberi galakan agar berjaya dalam bidang muzik. Satu hari ayahandanya jatuh sakit, ini terjadi apabila Sultan termakan kacang yang telah dibubuh racun. Perkara ini dilakukan oleh Datuk Panglima yang tamakkan  pangkat. Apabila Sultan mangkat, Datuk Panglima bercadang untuk melantik dirinya sebagai Sultan. Tetapi sebelum mangkat Sultan telah mewasiatkan agar Mat Raja Kapoor ditabalkan sebagai Sultan. Ini telah mendapat tentangan hebat dari Datuk Panglima kerana dia berpendapat bahawa Mat Raja Kapoor tidak layak mengantikan ayahandanya. Berbagai cara dilakukan oleh Datuk Panglima untuk mengagalkan usaha itu. Malahan beliau telah mengupah orang agar membunuh Mat Raja Kapoor.
Pelakon: Mat Sentul, Malek Selamat, Ahmad Nisfu, Omar Hitam

Mat Toyol (22 Jun 2008)
Cerita mengisahkan Mat (Mat Sentol) yang diupah oleh Tok Bomoh (Momo Latif) dan Tok Penghulu (Dollah Sarawak) untuk mencari bahan untuk membuat ubat toyol. Dalam pencarian, Mat tersesat lalu terjatuh ke dalam sebuah gua tempat nenek kebayan tinggal. Di sini Mat menemui sejenis ubat yang membolehkan benda besar menjadi kecil lalu dibawanya kepada Tok Bomoh. Oleh kerana inginkan usahanya berjaya, Tok Bomoh mencampurkan ubat tersebut dengan telur ayam lalu diminumnya. Dengan itu ia bertukar menjadi ayam betina. Mat berusaha untuk mengembalikan Tok Bomoh kepada keadaan asal. Keadaan menjadi kucar-kacir apabila Tok Penghulu percayakan ayam jelmaan Tok Bomoh adalah toyol.
Pelakon: Mat Sentul, Momo Latiff, Dollah Sarawak, Wan Chik

Mat Magic (29 Jun 2008)
Filem ini mengisahkan seorang pemuda bernama Mat yang begitu berminat dengan ilmu silap mata. Dia lebih dikenali sebagai Mat Magic oleh orang kampung. Suatu hari, ketika memancing Mat bertemu dengan sekumpulan ahli permainan silap mata. Oleh itu dia meminta pertolongan dari John Calvert seorang ahli silap mata yang terkenal untuk membuat persembahan bagi menyambut harijadi Dato’ Penghulu Besar. Disini, John Calvert menunjukkan kepakarannya bermain silap mata kepada orang kampung dan Dato’ Penghulu Besar.
Pelakon: Mat Sentul, John Calvert, Melati, Zaiton, Uda Omar

Technorati Tags: , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • MEMASAK SAMBIL BERMOTIVASI SELERA RAMADAN MM VITAOIL
  • Pakej Berbuka Puasa di Pusat Karaoke Red Box Ria
  • Dato’ Khadijah Ibrahim Pengacara Resipi Nikmat Kehidupan
  • ADIBAH NOOR, OGY, ZUL HUZAIMY DI SESI RAKAMAN “KECOH PETANG RAYA”
  • Anuar Zain, Ning Baizura, Faizal Tahir di Rakaman Ghazal Rock
  • Program Masakan Sempena Ramadan di RTM
  • Sua Rasa Tajaan Celcom di TV9 Mansuhkan Perkampungan Hadhari
  • Juadah Buffet Berbuka Puasa 2009 di Hard Rock Cafe
  • Wahid, Azli, Lan Pet-Pet, Fauziah Nawi, Sheila Rusly Dalam Drama Ta’in
  • Yatt Mahu Bertunang Dengan Boy Friend, tapi…



  • =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!