in

Saif Adam Ke Malaysia Sempena Album Heart

Saif Adam; artis Muslim dari United Kingdom akan mengunjungi Malaysia pada 24 (esok) hingga 28 Oktober 2013 ini sempena terbitnya album sulung beliau, Heart.

Album yang mengandungi 15 buah lagu ini diterbitkan oleh The Light Records dari United Kingdom, dan diedarkan oleh Arteffects International untuk pasaran Asia Tenggara. Album ini turut diedarkan bersama oleh Warner Music Malaysia Sdn. Bhd. untuk pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

saifadamheartitunes

Sepanjang kehadiran Saif Adam ke Malaysia, beliau akan ditampilkan di dalam persembahan Hafiz Hamidun yang juga merupakan rakan rapat beliau. Menurut Saif, beliau sentiasa mengikuti perkembangan Hafiz Hamidun melalui media sosial. Justeru Saif turut ingin berkongsi bakat dan berkenalan lebih dekat dengan peminat-peminat tahah air.

Berikut ialah lokasi-lokasi penampilan yang akan dijayakan oleh Saif Adam sepanjang 5 hari di Malaysia.

24 Oktober 2013: Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu
25 Oktober 2013: Universiti Islam Antarabangsa, Kuantan
26 Oktober 2013: Penampilan Khas di Assalamualaikum, TV Al-Hijrah
26 Oktober 2013: Kolej Universiti Insaniah, Alor Star
27 Oktober 2013: Sesi Bertemu Peminat di Hotel Everly Putrajaya (5.30ptg)
27 Oktober 2013: Makan Malam Islamic Relief Malaysia, Hotel Everly Putrajaya
28 Oktober 2013: Sekolah Tunku Abdul Rahman, Ipoh

Album Saif Adam, Heart, bakal berada di pasaran bermula November 2013. Album ini boleh didapati di kedai-kedai Muzik, kedai buku agama, dan premis-premis terpilih. Album ini boleh juga didapati secara terus dengan mengunjungi lokasi-lokasi persembahan beliau. Segala informasi tentang persembahan Saif Adam di Malaysia boleh diikuti di Facebook.com/ArteffectsInternational dan Twitter.com/ArteffectsInt

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Shila Amzah di Anugerah Planet Muzik 2013

Suria FM Sokong Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita