Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









SAIDA, CODA, SAIRAH ARTIS BARU SITI NURHALIZA PRODUCTIONS (M) SDN BHD



Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. telah menandatangani kontrak artis naungan terbaru mereka iaitu Saida, Sairah dan kumpulan Coda. Setelah 13 tahun terlibat dalam industri hiburan, Dato’ Siti Nurhaliza merasakan sudah tiba masanya untuk beliau membuka lembaran yang lebih luas lagi bagi menerbitkan album artis-artis baru.

Sebagaimana yang diketahui umum, Saida dan Sairah merupakan kakak dan adik kandung beliau namun itu bukanlah satu jalan mudah untuk beliau memberi lalui kepada adik beradiknya untuk bergiat dalam bidang seni. Kesungguhan dan komitmen yang padu adalah nasihat awal Siti kepada Saida dan Sairah.

Justeru, walaupun Sairah telah lama mencuba nasib dalam bidang ini menerusi ujibakat program nyanyian dan juga menyertai One In A Million, Siti mahu Sairah melalui pengalaman suka duka sebelum menyunting adiknya sendiri menjadi artis SNP. Mengenai Saida pula, kemunculan beliau dalam Akademi Fantasia 6 adalah titik tolaknya dalam bidang seni. SNP hanya meneruskan usaha memperkembangkan lagi bakat Saida. Walaupun Saida terikat dengan kontrak sewaktu menjadi peserta Akademi Fantasia bersama Maestro tetapi SNP juga membantu secara langsung dalam kerjaya Saida.

CODA – Suara vokalisnya, Mie tu memang mantap vokalnya. Ada gaya vokalis dari Seberang?

Kumpulan Coda pula telah menarik perhatian SNP kerana bakat yang dimiliki oleh 5 anak muda iaitu Fahimi (vokalis), Freddy (gitar utama), Akir (gitar), Jashir (bass) dan Ejam (dram). Kumpulan ini yang berkebolehan mencipta lagu dan lirik serta membuat susunan muzik telah bergabung sejak tahun 2006 dan memasuki beberapa pertandingan.

Menyedari bahawa Coda berpotensi besar dalam bidang seni, SNP mengambil peluang untuk menerbitkan album Coda yang kini telah hampir siap pembikinannya.Album Coda yang bakal dipasarkan sebelum akhir tahun ini mendapat nasihat dan bimbingan penerbit album mereka iaitu pemuzik terkenal, Nan. Album ini memuatkan lagu-lagu ciptaan Coda sendiri, Tam Spider, Fahmi dan Aidit.

Sebagai usaha awal memperkenalkan artis-artis ini, SNP telahpun menerbitkan single mereka yangh kini telah mula dimainkan di radio-radio.

Saida merakamkan single berjudul Sedalamnya Cinta, sebuah lagu pop balada yang dihasilkan oleh Sharon Paul manakala liriknya oleh PSNN. Lagu ini merupakan percubaan pertama Saida di studio yang mengakui tidak mudah merakamkan lagu buat pertama kali dalam studio. Jika sebelum ini beliau hanya menyanyikan lagu dipersembahan atau pentas, situasi di dalam studio ternyata berbeza. Walaubagaimanapun, Saida berpuas hati dengan single pertamanya ini dan berharap agar peminat yang mengenalinya menerusi Akademi Fantasia 6.

Kumpulan Coda pula mempertaruhkan single pertama berjudul Buai yang dicipta oleh Coda sendiri dan liriknya oleh Zura. Lagu Buai pernah dinyanyikan oleh Coda sewaktu muncul dalam rancangan Zoom In Bersama Siti Nurhaliza tidak lama dulu. Lagu ini antara 10 lagu yang dimuatkan dalam album Coda yang akan menemui peminat selepas hari raya kelak. Menurut Coda, kumpulan ini bersungguh-sungguh mahu menempatkan nama mereka sebaris kumpulan muzik terkenal lain menerusi bakat yang mereka miliki.

Sairah pula telah muncul dengan single Hero Wayang yang sedang hangat dimainkan di radio-radio termasuk di Singapura. Lagu ciptaan Sairah dan Firdaus mendapat sentuhan lirik oleh Allahyarham Loloq. Sairah yang telah mula sibuk mengadakan persembahan mengharapkan single Hero Wayang akan mendapat sambutan dan akan menyusul single keduanya berjudul Akhir Cinta. Lagu tersebut ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh PSNN.

Menurut Sairah, pengalaman mengikut kakaknya Siti Nurhaliza menjayakan persembahan sebelum ini banyak memberinya keyakinan untuk muncul sebagai artis rakaman.

Kesemua artis SNP ini sibuk menjalani penggambaran video klip sewaktu bulan puasa ini bagi mengatur langkah promosi yang lebih baik bagi memperkenalkan lagu masing-masing kepada peminat dan masyarakat.

Single nyanyian Saida, Sairah dan Coda juga boleh didapati menerusi muat turun ke telefon bimbit dengan menaip SN dan hantar ke 33777. Terdapat kod lagu-lagu tersebut yang boleh dipilih oleh peminat Saida, Sairah dan Coda termasuk lagu-lagu dari Malique (bekas anggota Thoo Phat) yang turut dipromosikan oleh SN Mobile Digital Sdn. Bhd.

Tags: , ,

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Lagu Buai Kumpulan Coda Siti Nurhaliza Productions
  • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa SNP 2010
  • Lagu Ciptaan Loloq Hero Wayang Single Pertama Siti Sairah
  • Lagu Segalanya Cinta Single Pertama Siti Saida
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa SNP
  • Video Lagu Seloka Hari Raya dan Cahaya Aidilfitri dari Artis SNP
  • Gambar Terbaru Saida Bersama Anak
  • Opening Act Coda, Saida dan Sairah di Konsert Seribu Warna
  • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta
  • Gambar Saida & Sairah di Pelancaran Ewah-Ewah TV3



    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      send in the clonessssssssss

    • aleya

      muak la…anak beranak dia je…bakat x sehebat mana pon..wek!!!!!!

    • http://parisrowena.blogspot.com abby

      merah menyala, biru kelam, pepel suram, apsal nama CODA ek? hehe

    • shy

      jeles korang ne…dah rezeki dieorg nak buat macam ner ahhaaha jeles ahhaahah

    • http://k.kinabalu comel

      sairah ni cm control cute je…tp x cute pn…

    • http://k.kinabalu comel

      kcian delo…

    • Tak_Kuasa_Aku

      Apasal la liptik merah menyala ni…Adik beradik diorang ni memang buta fesyen tul…

    • huda rasid

      kalau la SNP cari bakat kat sandakan,sabah…pasti aku ikut audition… aku ni nak jadi penyanyi bukan kerana nak popular tapi aku nak tunjukkan bakat aku…aku udah ada berapa lagu yang aku buat untuk diri aku sendiri sebab impian aku nak jadi penyanyi dengan usaha sendiri tanpa bantuan kawan2 n bantuan pak cik dan mak cik…harap SNP boleh cari aku kat sandakan…kepada SNP kalu berminat nak cari aku emai la…hudz_1993@yahoo.com….Please!!!! tolong la saya untuk mencapai impian saya…

    • sitot

      ek ele, kaum kerabat dia jugak… Sngnya diorang tu ye…

    • poyo je..

      kakak & adik menumpang populariti je la…..

    • http://deleted wilykah

      cukuplah siti seorang je yang jadi penyayi terkenal penyayi no 1 negara, saida dan sairah tu suara tak sedap langsung…

    • Aznan

      CODA..semua leh buat sendiri..cipta dan susun lagu..menarik..tak banyak rock band kite boleh buat..keep it up..ape genre rock dia..pop or hard rock?

    • http://www.akied85.blogger.com akied

      hai kak ct! emmm lau nak cari bakat2 baru email ler sayer pasti sayer cuber…minat saggat nyanyi,,,,kkk doakan kak ct murah rezki panjang umo…kkkk daaa lov u

    • joy

      suka ati dia orang la nak ambik sape.. bukan di orang mintak duit ko orang daaaa..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK