in ,

Sah! SimplySiti Halal & Gunakannya Tanpa Was-Was

Kini dah terang lagi bersuluh. Kebenaran dah jelas pun depan mata. Apa lagi nak diragukan? Produk SimplySiti sememangnya halal. Budiey pun hairan jugak, begitu mudah berita dan gossip mengatakan produk SimplySiti diragui dan dikatakan haram beberapa bulan lalu. Dan begitu mudah juga orang ramai percaya tanpa usul periksa.

Walaupun isu ini sudah pun reda, namun Budiey rasa, impak SimplySiti diselar oleh pihak yang tak bertanggungjawab begitu mendalam bagi tuan empunya bisnes ni iaitu Dato’ Siti Nurhaliza sendiri. Tipulah kalau Budiey cakap Isu ni tak mencalar kredibiliti Dato’ Siti Nurhaliza. Tapi apa boleh buat, nak tak nak kena hadapi juga. Inilah cabaran dan dugaan.

Budiey dapat lihat, pada masa tu, sikit sebanyak isu itu mengganggu jualan produk SimplySiti di pasaran. Namun, alhamdulilah, Siti Nurhaliza pun dah lega sebab isu ini telah pun diselesaikan dengan cara yang baik.

Advertorial SimplySiti Siti Nurhaliza

Nasib baiklah penyanyi yang baru sahaja melancarkan album All Your Love ini tabah dan cekal orangnya. Setiap penyakit ada ubatnya, begitu juga dengan masalah, pasti ada cara macamana nak selesaikan.

Apa-apa pun, Budiey tabik spring kat SimplySiti ni sebab sekarang mereka kembali semangat nak jual produk ni. Bukannya cepat melatah dan cepat melenting atau menuduh sesiapa, sebab isu ni pun tak berakhir dengan saman menyaman pun. Yang penting, SimplySiti berpegang kuat dengan prinsipnya iaitu mahu produknya diterima baik oleh pengguna dengan kualiti antarabangsa.

Masih ingat lagi, Budiey ada terbaca di laman sosial Facebook yang mana ada pelanggan setia SimplySiti terus membuang semua produk SimplySiti selepas tersebarnya berita tersebut. Sampai macam tu sekali kesan dari tuduhan yang tak berasas tu.

Cakap pasal isu halal dan haram ni, pasti ramai pembaca tahu yang perkara ini dirujuk kepada pihak Jakim. Yelah, hanya Jakim yang dapat mengeluarkan Sijil Halal. Tapi ramai yang tak tahu, betapa susahnya nak dapatkan pengesahan Halal dari Jakim. Ingat senang ke? Mmm… bukan senang sebenarnya sebab banyak sekali pengorbanan diperlukan. Terutama, sanggup menghabiskan masa, tenaga dan juga komitmen yang tinggi dari pihak SimplySiti. Sebenarnya, itu semua dibuat semata-mata untuk atas dasar tanggungjawab dan memenuhi keperluan serta memudahkan pengguna.

Untuk mendapat Sijil halal, SimplySiti dah pun memastikan dari awal lagi setiap bahan dalam produk termasuklah bekas, berus dan sebagainya tu adalah dari bahan yang halal. Ternyata, selepas isu itu, tiada lagi pihak yang berani mengatakan SimplySiti itu diperbuat dari bahan yang haram.

Nak dapat Sijil Halal ni, kena ikut prosedur. Bukan pakai redah je, tup tup dapat sijil halal. Pertama sekali, maklumat tetang kandungan produk kosmetik SimplySiti tu kena hantar kepada Jakim untuk dinilai. Jika dah sah halal, barulah ia dikeluarkan.

Masa diproses tu, pihak Jakim masih lagi duk tengok dan semuanya diawasi Jakim. Antara yang diperhatikan, alat yang digunakan sebelum, semasa dan selepas proses pengilangan produk. Selain bekas, persekitaran juga kenalah bersih dan suci. Setahu Budiey, Sijil Hakal ni hanya untuk 2 tahun je, Lepas 2 tahun, kena perbaharui semula dan kena ikut prosedur semula.

Advertorial SimplySiti Siti Nurhaliza

Budiey percaya, kosmetik SimplySiti paling sesuai untuk wanita Islam. Ini kerana ia mudah dicuci ketika berwudhuk.

Dengan trend masakini yang memerlukan setiap wanita memiliki alat solek sendiri bagi menambah seri wajah yang menawan, SimplySiti adalah pilihan terbaik buat wanita yang masih mencari-cari kesesuaian dalam solekan.

Advertorial SimplySiti Siti Nurhaliza

Kini, produk keluaran SimplySiti terdiri daripada 3 rangkaian produk penjagaan wajah utama iaitu C Bright, New Age dan Clear Solution. Selain itu, rangkaian set Gold Edition dari SimplySiti adalah yang ekslusif dan menjadi kosmetik kegemaran Dato Siti.

Keistimewaan SimplySiti adalah produk penjagaan wajah SimplySiti dijamin memenuhi keperluan setiap pengguna khususnya untuk wanita Asia. Budiey percaya harganya tak lah mahal sangat pun. Kira berpatutan gak lah. Selain produknya senang diguna, pilihan warna seperti lipstick adalah pilihan dari Dato Siti sendiri.

Produk SimplySiti boleh didapati dan dibeli di semua cawangan Watson’s, cawangan Guardian terpilih, cawangan Jusco, Carrefour dan Tesco terpilih, di Sogo KL dan kedai konsep kiosk SimplySiti yang diiktiraf di seluruh negara dan juga di Brunei Darussalam.

Budiey tak nak cerita panjang lagi, kepada anda yang nak info lanjut, sila layari laman web rasmi www.simplysiti.com.my atau LIKE di laman Facebook ‘SimplySiti’.

Advertorial SimplySiti Siti Nurhaliza
Advertorial SimplySiti Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Underoath Live In Kuala Lumpur

AirAsia X Introduce Innovative Empty Seat Option