Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Sah! Salih Yaccob Dapat Isteri Ke-4



Mengikut sumber Sinar Harian, pelawak Sallih Yaccob sah sudah berkahwin untuk kali ke-4 dengan seorang gadis yang bergelar N. Apa ilmu yang pelakon dan penyampai Sinar FM ni pakai? Tapi apa yang penting, mereka bahagia dan rukun damai dalam rumahtangga yang sentosa.

Pernikahan keempat ketentuan Allah

“Dalam hidup saya ada tiga perkara ajaib yang pernah berlaku dan perkara ini (pernikahan keempat) mungkin merupakan salah satu daripadanya,” demikian ayat pertama yang diungkap Salih Yaccob kepada Sinar Harian ketika ditemui semalam.

Perkara ajaib lain yang dimaksudkan oleh Salih ialah pulih dengan sendirinya daripada penyakit misteri yang menyerang pada 2000 diikuti rezekinya untuk mengerjakan umrah tanpa mengeluarkan sesen wang pun apabila dibiayai seorang hamba Allah yang mendapat mimpi.

“Apa pun saya pohon semua pihak tidak menggembar-gemburkan perkara ini dan melihatnya dari sudut positif. Sesungguhnya saya tidak pernah mencari isteri keempat dan dia pun tidak memilih saya kerana material memandangkan dia sudah memiliki segala-galanya. Justeru, saya melihat jodoh antara kami merupakan ketentuan yang didatangkan oleh Allah semata-mata,” ujar Salih. Namun tegasnya kemudian selagi tiada akad antara mereka, dia tidak berharap apa-apa dan hanya menunggu perkembangan selanjutnya daripada ‘pihak sana’.

Menceritakan perihal sebenar bagaimana anak ahli perniagaan berjaya itu mengenalinya, Salih menyatakan minat gadis yang hanya mahu diperkenalkannya sebagai ‘N’ terhadapnya sudah bermula sejak 10 tahun lalu. Bagaimanapun, N hanya serius mahu menjadi isteri Salih setelah menyaksikannya muncul di kaca TV dalam satu rancangan bual bicara.

Seterusnya takdir juga seolah-olah turut menyebelahi mereka apabila ‘N’ mengalami kemalangan jalan raya sehingga koma selama tiga hari dan hanya memberi respons setelah mendengar celoteh Salih di Sinar FM.

Menurut Salih, dia sudah mengingatkan bakal isteri keempatnya itu bahawa dia merupakan suami kepada Norlizah Mamat, 46; Norraha Hamat, 40 serta Norfara Wahida Sulaiman, 31 namun ‘N’ menyatakan dia maklum akan perkara berkenaan.

“Dia kata sanggup dan mahu bersama saya demi untuk mendapat bimbingan. Apabila isteri-isteri dan anak-anak pun tidak membantah malah tidak sabar menanti perkara ini menjadi kenyataan, saya berani katakan pernikahan ini ketentuan Allah,” akhiri Salih.

Menerusi tiga perkahwinan yang kekal harmoni hingga sekarang, Salih merupakan bapa kepada sepuluh anak berusia antara 24 hingga enam tahun tidak termasuk cahaya mata baru yang bakal ditimangnya empat bulan dari sekarang. [sumber]

Tags:

none

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Temui Krill, Raja Azura dan Salih Yaccob di Pasar Tani Stadium
  • Gossip: Salleh Yaakub Nikah Anak Tan Sri?
  • Skandal Salih Yaakob?
  • Pening Raya Lagu Raya Duet Salih Yaccob & M.Nasir
  • Gosip Artis Isteri Tua Makan Hati
  • Gambar Anak Salih Yaacub Bertunang
  • Kecoh Petang Raya… Lagi Lakonan Ogy Ahmad Daud, Adibah Nor
  • Sinopsis Filem Otai Lakonan Saiful Apek dan Nasha Aziz
  • Acara Badminton Amal – Terbuka Sinar Latifah Anjuran Sinar FM
  • Profile Pelakon dan Penyampai Sinar FM Raja Azura



  • 20 Komen untuk entri “Sah! Salih Yaccob Dapat Isteri Ke-4”

    1. Inai kata:

      Nikah ler sebanyak maner pun….pas tu..tanggung ler anak yg berdozen2 jgn lari dari tanggungjawab udah ler…

    2. ntahla.... kata:

      …Wah Salleh…kenalah kau wat jadual…maklumlah dah ade 4 rumah ni…ape2 pun..d harap kau dpt jlnkan tanggungjwb kau dgn sebaik mungkin…..bknnye sng nak control 4 rumah, 4 hati permpuan & plus 11 anak2 dlm satu mase….(blhlah kau wat team bola) hehe…hrp2 kau x kan sia2kan amanah Allah ni ye Salleh….

    3. sumi kata:

      pelik tapi benar

    4. ah loy.... kata:

      perghh….respek laa kat salleh…
      apa2 pon jlnkan tanggungjwb dengan adil n saksama k…
      gud luck!!!!!

    5. Lisa kata:

      Alhamdulillah dia atas segala rezeki yang diberikan oleh allah…
      amin……

    6. queen kata:

      tahniah…takpela..daripada ditangkap khalwat…bukannya tak boleh..kalau isteri da setuju..caranya betul, kami semua tumpang gembira….
      (tapi harap2 laki aku idak le gitu….hehehehehe)…..
      tapi tak pernah tgk family uncle salleh….maybe buleh la masuk paper..nak jugak tgk family besar….

    7. shin chanz kata:

      moge wife2 dye dpt payung emas di syurga nanti..dan moge mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat nanti..

    8. nie aku kata:

      Alhamdulillah…tahniah aku ucapkan kt abg salleh pas ni kt sinar fm dh tak leh ckp ada kotak kosong lagi tau cz kotak abg salleh sumernyer dh penuh. so bila kak engku usik2 abg saleh, abg salleh kena senyap dan senyummmm ajer .. mestilah jager ati ke empat2 isteri abg salleh tur.. aku harap moge berkekalan ke anak cucu. (aku suker dengar celoteh abg jem ni d sinar pg mungkin sbb di humor kot byk org suker kt dia ni)

    9. leeya kata:

      hmm… aku pun x tau bile mase bapak aku ni kawen….tau-tau jer dah masuk paper…..moge die happy ….

    10. rEENA kata:

      ketentuan Allah konon. hang yg gatal nak kawin.

    11. june kata:

      fuhh 4 tu…family dia kasi sokongan moral lagi..ok pe hehe..

    12. ana kata:

      anyware tahniah,jodoh tu mmg dr Tuhan,tpi syaratnya ditentukan kita,hope abg sallih diberi kekuatan zahir dan batin untuk terus mengharungi kehidupan dalam keluarga yang besar,yg penting nawaitu,so lepas ni dah xde form nak isi lagi……yg ada form nak nikah kan anak2 je tuk abg salleh dah di tutup.semoga bahagia,murah rezki dan panjang umur

    13. T Pah kata:

      SY, semuanya rezeki dan amanah Allah, moga amanah dengan apa yang diamanahkan olehNYA. Doa ikhlas saya agar SY dan semua muslimin & muslimat dapat menjalani hari-hari denga urusan yang dipermudahkan dan moga kita semua mendapat rahmat dan hidayahNYA. Amin……..

    14. choco gurlz kata:

      ala…orait la tu, semua isteri dia serta anak-anak dah restu, ok la tu…abg jem ni pun nampak warak…ye la, dia mampu, lain la cam kes kat terengganu dulu, sampai banyak kali naik turun mahkamah sebab nak menikah cukupkan kuota 4 org isteri…asalkan jangan senget sebelah jalan masa kat akhirat nanti, sudah la…

    15. selebriti kata:

      abang JEM,
      mintak petua amik berkat :D

    16. Bukan bernama N kata:

      Kebetulan atau suratan, jodoh abang JEM semuanya bermua huruf “N”. N kau lah segalanya utk abang saleh. Sapa sapa nama N tu jaga2 kena ngorat abang jem

    17. june kata:

      mesti lah dia adil dan saksama kan..pasal tu isteri2 gan anak2 dia restu…

    18. tam... kata:

      alhamdulillah..
      tahniah dan smoga bro dpt jalankan tugas dgn baik..
      ank dan istri anugerah ALLAH..jgn sia2kan..
      smoga melayu islam btambah rmai di malaysia ini..

    19. 8429809384 kata:

      pelik tapi benar

      tak ada dgr cerita dia yang negatif2
      baguslah tu

    20. sayuti kata:

      Sebnarnya xde la pelik sgt. Sbb saya rasa ramai yg brpoligami tp dihebah2kan. Mngkn sbb dia artis & brpendapatan tp pd saya xpelik sbb saya ada ramai kwn yg brpoligami sdgkan mrk xde pendapatan tetap. Anak mrk ramai. Ada yg smpai 24 org anak tp mrk hidup bahagia. Isteri2 boleh tinggal satu rumah. Sbb mrk brpoligami bukan ikut nafsu tp utk kenalkan Tuhan kpd manusia melalui poligami. Mrk brpoligami krn utk prjuangkan sisitem Tuhan, sistem Rasulullah.

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK