Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sah! Nora Danish Bercerai Kali Kedua Hamil 3 bulan



Dipetik dari Kosmo!

“I ceraikan you talak dua yang membawa maksud talak kali kedua.”

Itulah kata-kata penamat hubungan suami isteri antara Rizal Ashram Ramli dengan pelakon jelita, Nora Danish di hadapan Hakim Syarie Ahmad Irwan Ismail semalam.

Talak yang dijatuhkan itu juga menamatkan spekulasi masalah rumah tangga pelakon tersebut yang sedang hamil tiga bulan.

Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 26, berkata demikian semasa perbicaraan permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah oleh Rizal, 38, pada tarikh tersebut di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

SAAT-SAAT bahagia pasangan suami isteri, Nora Danish dan Rizal Ashram pada hari perkahwinan mereka pada 20 Jun 2006.

Rizal yang memfailkan permohonan itu tiga minggu lalu dan Nora selaku defendan hadir memberi keterangan tanpa diwakili peguam.

Terdahulu, plaintif (Rizal) memberitahu dia melafazkan cerai tersebut tiga hari sebelum ulang tahun kedua perkahwinan mereka menerusi satu panggilan telefon yang dibuat kepada Nora atas alasan mereka tidak bersefahaman lagi.

Rizal yang kelihatan tenang mendakwa, lafaz itu dibuat pada pukul 3.30 petang ketika dia berada di pejabatnya di Sri Hartamas manakala Nora pula berada di rumah mereka di Jalan Rithcie, Ampang namun menafikan berlaku sebarang pergaduhan antara mereka sebelum itu.

“Lafaz cerai tersebut berbunyi, ‘I ceraikan you’ dan Nora tanya berapa talak, saya cakap sekali lagi, “I ceraikan you talak dua”, yang membawa maksud talak kali kedua,” kata ahli perniagaan itu ketika disoal di mahkamah.

Ditanya mengapa talak kali kedua, jelas Rizal, dia pernah melafazkan cerai terhadap Nora dengan lafaz: “I ceraikan you” pada Februari tahun ini setelah mereka bergaduh namun ia tidak didaftarkan kerana mereka rujuk kembali selang beberapa minggu kemudian atas nasihat seorang ustaz.

Berbalik kepada lafaz kali kedua, Rizal berkata, dia menelefon Nora pada waktu itu dengan niat untuk menceraikannya dan hasrat tersebut turut disuarakan kepada pelakon drama Puteri itu sehari sebelumnya dengan alasan dia telah tawar hati namun Nora hanya mendiamkan diri.

Setelah melafazkan cerai tersebut, dia mendakwa tidak pernah berjumpa dengan Nora sehinggalah di mahkamah semalam dan mereka hanya berhubung melalui telefon serta khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sementara itu, Nora dalam keterangan balasnya pula menjelaskan, lafaz cerai kali pertama berlaku ketika dia di rumahnya manakala suaminya pula berada di rumah ibu bapanya di Ampang juga menerusi panggilan telefon.

Dipetik dari Harian Metro

Suami kepada pelakon Nora Mohd Danish Hanif atau Nora Danish, 26, mengaku melafazkan cerai terhadap isterinya sebanyak dua kali menerusi telefon, satu daripadanya ketika wanita itu sedang hamil pada 17 Jun lalu.

Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 38, ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, berkata dia melafazkan cerai kali pertama terhadap pelakon sitkom drama Puteri itu pada Februari dan keduanya, Jun lalu.

Menurutnya, sehari sebelum lafaz cerai kedua dibuat, dia ada berbincang dan memberitahu Nora dia sudah tawar hati dengannya.

“Saya ada beritahu dia (Nora)…saya sudah tawar hati tetapi dia hanya mendiamkan diri hingga keesokan hari. Saya menelefon Nora dan melafazkan ‘I cerai you’.

“Ketika itu, Nora ada bertanya ‘talak berapa?’ dan saya cakap talak dua,” katanya ketika menjawab soalan Hakim Syarie Ahmad Irwan Ismail.

Mengenai sebutan ‘talak dua’ dilafazkan terhadap Nora, anak bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib itu menjelaskan ia merujuk kepada talak kali kedua.

“Lafaz saya ketika itu bermaksud talak kali kedua Yang Arif dan bukannya talak dua. Ini berikutan saya pernah menceraikan Nora pada Februari lalu,” katanya.

Sementara itu, Nora yang hadir berbaju kurung putih berbunga turut memberi keterangan berhubung permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan suaminya.

Dia yang kelihatan tenang sepanjang prosiding memberitahu lafaz cerai daripada suaminya Jun lalu dibuat ketika dirinya sedang hamil.

AHMAD IRWAN: Adakah kamu setuju bahawa plaintif pernah melafazkan cerai?

NORA: Setuju. Tetapi saya tidak ingat bila kali pertama lafaz cerai dibuat.

AHMAD IRWAN: Kamu masih ingat bagaimana lafaz cerai pertama?

NORA: Seperti biasa, plaintif cakap ‘I ceraikan you’. Tapi kali pertama dia cakap ‘I ceraikan you talak satu’.

AHMAD IRWAN: Kamu tahu di mana suami kamu ketika dia melafazkan talak pertama?

NORA: Saya tidak pasti…mungkin dia di rumah keluarganya.

AHMAD IRWAN: Kamu ada rujuk selepas itu?

NORA: Ya. Plaintif ada melafazkan rujuk terhadap saya.

AHMAD IRWAN: Setuju bahawa plaintif ada melafazkan cerai pada 17 Jun lalu?

NORA: Setuju Yang Arif. Plaintif ada menyebut ‘I cerai you’ sebelum saya bertanya ‘talak berapa?’ dan dijawab dengan ‘talak dua’.

AHMAD IRWAN: Apa yang berlaku antara kamu?

NORA: Saya pasti Yang Arif, kami sudah tidak sefahaman lagi dan selalu bertingkah pendapat. Bagi saya, ini adalah jalan terbaik untuk kami berdua.

AHMAD IRWAN: Adakah benar dakwaan plaintif kamu berdua tidak pernah bertemu lagi (sejak 17 Jun) sehingga pagi ini (semalam)?

NORA: Benar.

AHMAD IRWAN: Adakah kamu dalam keadaan suci pada 17 Jun lalu?

NORA: Benar dan saya kini mengandung tiga bulan Yang Arif.

Di luar mahkamah, Nora dan Rizal Ashram, masing-masing enggan memberi sebarang komen berhubung kes terbabit.

[tags]nora danish bercerai, nora danish blog, cerai, pisah, nora hamil, mengandung, rizal ashram ramli, putri indonesia, puteri, hantu, perceraian nora, kisah, thongs, rozita che wan, gambar beego, bipasha basu, awek, gambar nora danish, kahwin, intan, amy search, restoran, abhishek[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Jawapan Trivia: Perut Berisi Nora Danish
  • Pelakon Nora Danish Bersalin Dapat Anak Lelaki
  • Quote of The Day: Nora Danish Stress
  • Gambar Mesra Nora Danish & Shahrul Tersebar
  • Gambar Nabila Huda dan Nora Danish di Malam Gala PISAU CUKUR
  • Gambar Anak Nora Danish di Majlis Aqiqah
  • Gambar Nora Danish Di Pertunjukkan Fesyen Arabian Nite ASK2009
  • Gambar Anak Nora Danish
  • Nora Danish Namakan Anaknya Putera Raiqal Ramli Bin Rizal Ashram Ramli
  • Gambar Nora Danish Bertudung



    • mama

      asal eh aku rase cm nk tumbuk2 muke si rizal yg x hensem tu… ape die ingat pompuan ni bley bli dgn duit die ke… lain la cm fasha tu mmg la die leh beli…burget bagus je.. stakat ank dato’ x kmane la…. die naik nme pun kbykkn pengaruh bapak die..asl nmpk pompuan cantek je nk.. pantang nmpak dahi licin ckit sume nk.. dh bosan tgal… xpe2 1 hari nnti die ade ank betine tau la ape prasaan klw ade org wat kat ank die mcm tu..klw x krane duit die mampos xde sape nk..hahaha betine gedik sume cintakan wit die jer bkn rizal nye!

    • Tak_Kuasa_Aku

      Inila masalah lelaki tak hensem…Gatal.Lelaki tak hensem selalunya gatal dan jahat… Tgk je la Dato K tu…Bini dia yang dah susah senang sama2 dengan dia pun sanggup dia tinggalkan. Tgk duda Azharina, kan ke buruk jugak.Masalahnya artis suka sangat dengan lelaki buruk (sebabnya tak payahla nak eksplen kat sini…sbb dah diketahui oleh semua orang). Itu sebabla artis banyak menjanda…

    • http://www.e-rafa.com Honeybee

      Any latest news n pic psl Nora? Msti mkin comel lani ..

    • http://www.myspace.com nur hanisah

      nape la ngan sebilangan artis kat malaysia nie.
      x penah nk kekal smpai mati.
      asik nk cerai je.
      cube jadi mcm sye.
      x pnh cerai lang sung.
      kami da kawin selama 30 tahun dan anak dah ada 5 orang tau.
      umur sye skang da 40 suami sye 42.
      contohilah seperti saya.
      :)

    • sha

      Maaf akak nur hanisah…kenapa ckp camtu….mcm takbur ja bunyinya !!!

      #Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun… Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. .

    • alia

      ar!artis penuh dgn penipuan

    • Hati

      sabar banyak nohh

    • Maiza

      Kepulangan saya ke Malaysia kali ini disambut dgn byk kejutan ttg berita artis2 kesayangan saya… NORA DANISH diantaranya… namun saya maklum… semua itu adalah aturan ALLAH SWT yang tiada siapa mampu untuk mengelak dr nya….

      Kepada NORA, Mudah2an dia tabah, dan kepada semua pembaca, mudah2an semua yang berlaku ini bisa dijadikan pelajaran dlm hidup…

      Berusahalah untuk menjadi ibu mithali walau sendiri…. semoga tabah dan kuat menjalani ujian dr Allah…

    • http://FANIADANIELLA FANIA DANIELLA

      APELAH RIZAL 2..WIFE PNYE CUN BLH DIE G TNGGL..INGT EDUCATED..HMM…SKUNK NORA DH PRGNT..SDIH ASE..TP,SY YAKIN NORA LEH H’DAPI SUME NEH..LOVE YOU NORA DANISH!

    • poyo je

      itulah lumrah kehidupan artis, terlalu bnyk godaan di persekitaran mereka, jika x kuat iman akan kecundanglah akhirnya..x pelah nora, kau tabahkan hatimu, sentiasa dekatkan diri dgn ALLAH, mngkin smua yg trjadi ni, ada hikmahnya, bersabarlah dgn ujianNya…

    • 19781979

      mesti keluar darah dan nanah telinga fasha sanda dengar dan baca yang bekas emak mertua nora tu masih sayangkan si nora tu dan anggap nora tu macam anak sendiri.jangan haraplah fasha kau boleh dapat kasih sayang dari mak si rizal tu kalau kau kahwin dgn rizal tu.awal2 lagi kau dah kene reject ngan mak dia.

    • http://anneailing.blogspot.com Anne

      Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun… Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. . <— setuju… sabar ye nora… sy sokong nora…

    • http://yahoo iema

      Assalamualaikum, perkataan sabar memang senang diungkapkan melalui kata-kata hanya mereka yang menerima dugaan itu yang tahu betapa peritnya dugaan yang diterima apapun bersabarlah hanya tuhan yang tahu apa yang terbaik buat hambanya. Kerana Allah memberikan yang terbaik buat hambanya. Ada yang lebih baik yang menanti selepas ini…….

    • MIMI

      ALLAH MAHU MENGUJI UMATNYA, SEMOGA DAPAT HIDUP EPPY WALAUPUN TIDAK TINGGAL SEBUMBUNG….

    • anak melayu

      bini punya cute..!!!kat awek sundal juga laki dia kejar….

    • azam

      ramai la plak yg mengintai-ngintai nak cuba nasib…

    • Orang kampung

      Langit tidak selalu cerah, yang berlaku itu mesti ada hikmah di sebaliknya dan semoga Nora kerap memohon rahmat dari Allah. Sebab Allah mengingatkan, setiap ujian berat yang dihadapi itu akan diikuti dengan keringanan beban (for each burden will be followed by ease of burden). Saya pegang kepercayaan ini, kerana ini berlaku pada saya sendiri dan alhamdulillah, Tuhan amat pemurah kepada hambaNya!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK