in , ,

Saerah Kahwin Senyap Senyap

Sambil membaca berita tentang isu kontroversi penyanyi Fazley, Budiey terjumpa dengan berita tentang Saerah nikah senyap-senyap di Kosmo hari ini. Mmm, kahwin tak jemput kita pun. Huhu, tak pe lah. Apa-apa pun, janji Sairah bahagia dengan pilihan hatinya. Budiey sekadar ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat Sairah. Semoga bahagia akan kekal hingga hujung nyawa.

Budiey BlogSiti Saerah yang merupakan adik kepada penyanyi wanita nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dipercayai telah bernikah pada 27 Oktober yang lalu.

Dikatakan gambar Saerah bersama suami kini telah tersebar dalam laman sosial Facebook.

Menurut Rozie Abd. Razak, Saerah, 27, yang pernah menyertai program realiti TV, One In A Million musim kedua pada tahun 2008 telah bernikah dengan lelaki yang dikenali sebagai Epul atau Saiful Anuar, 27. Pasangan suami isteri itu kini dipercayai sedang berbulan madu di salah sebuah pusat peranginan di Johor.

“Memang saya akui yang adik ipar saya itu telah pun bernikah kira-kira dua minggu yang lalu dan majlis hanya dibuat secara sederhana sahaja dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak di Kuala Lipis, Pahang.

“Bagi kami sekeluarga, apa yang lebih penting ialah Saerah sekarang sudah selamat bernikah dengan lelaki pilihannya dan menjadi seorang isteri sekarang,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Peserta Finalis Pertandingan Bintang Klasik Nasional 2010

Opening Party Topshop Topman di Suria KLCC