Rumah Dato’ Siti Nurhaliza Selamat Dari Tragedi Tanah Runtuh
Dengar cerita, rumah penyanyi Amylea pun selamat. Cuma terperangkap sebab jalan ditutup sebab tanah runtuh. Jadi, Amylea tak dapat keluar rumah… tersangkut takleh pergi mana. Rumah Imran Ajmain pun selamat.
Saudara terdekat Datuk K mangsa tragedi tanah runtuh
KUALA LUMPUR: Suasana kelam-kabut di kawasan tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa awal hari ini turut menarik perhatian usahawan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa untuk meninjau tempat kejadian.
Beliau yang tiba kira-kira 11 pagi bersama isterinya, penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, berada di situ untuk membantu saudara terdekatnya, Hassan Saad, 49, yang merupakan salah seorang mangsa banglo runtuh dalam kejadian terbabit.
“Saya menerima panggilan telefon daripada saudara saya (Hassan) kira-kira pukul 3 pagi mengatakan rumahnya tertimbus dalam tanah runtuh.
“Sejurus selepas itu, saya bergegas ke tempat kejadian dan terkejut melihat tanah menggelongsor dari atas ke bawah dan menimbus banyak rumah,” katanya.
Khalid berkata, saudaranya itu kini menumpang sementara di rumah beliau yang terletak berdekatan dengan tempat kejadian.
Badlishah Hamzah, 45, pula berkata, beliau terkejut dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku pagi ini.
“Anak saudara saya telefon kira-kira pukul 3.30 pagi dan menyuruh saya selamatkan beliau. Saya kemudian bergegas ke rumah anak saudara yang terletak di kawasan tanah runtuh tapi tak boleh masuk ke kawasan kejadian sebab polis dah tutup jalan,” katanya yang tinggal di kondominium Sinaran Ukay iaitu satu kilometer dari tempat kejadian.
Katanya anak saudaranya selamat dan tiga anggota keluarganya yang lain juga sempat menyelamatkan diri.
Norazlan Shazali, 30, pula yang tinggal di Kondominium Impian Selatan berkata, beliau terdengar bunyi loceng kecemasan di kondominium kirakira pukul 3.30 pagi.
“Masa tu dia saya baru hendak tidur tiba-tiba terdengar bunyi ‘alarm’ dan sejurus selepas itu bekalan elektrik terputus, lampu di luar kondo pun dah tak de,” katanya.
Beliau berkata, selepas bekalan elektrik terputus, penduduk kondominium yang panik bergegas keluar dan berkumpul di sekitar kawasan parkir kereta dan ketika itu beliau nampak ada dua atau tiga pokok mulai tumbang dari atas bukit ke bawah kawasan perumahan. Norazlan berkata, kira-kira pukul 9 pagi, kereta peronda polis datang dan mengarahkan penduduk sekitar kondominium mengosongkan tempat kejadian. BERNAMA
Tags: Berita
Tags: BeritaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





December 7th, 2008 at 2:34 pm
wardina dan anak2 pun telah dikeluarkan oleh pasukan tentera.
December 7th, 2008 at 2:45 pm
tak nak komen apa apa cuma sangat bersimpati dengan nasib org org kat sana… alfatihah yang telah pergi dan bersabarlah yang menerima dugaan Tuhan yang amat dahsyat… masa ini kita harus bermuhasabah diri mana tahu ada kesilapan besar pada diri yang kita tak perasan.. Tuhan nak kayakan kita sekelip mata dan memiskinkan kita pun sekelip mata..
December 7th, 2008 at 3:28 pm
syukur alhamdullilah..aku sangat risaukan keadaan siti sebaik saja dgr berita ni…
December 7th, 2008 at 5:37 pm
salam takziah buat mangsa tragedi tanah runtuh,manja amat terharu atas apa yang terjadi tanpa kta pinta.manja harap semua mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh bersabar dengan ujian allah s.w.t yang pastinya kejadian yang berlaku ini pasti akan digantikan dengan 1001 hikmah.manja doakn tidak akan berulang lagi tragedi ini….
December 7th, 2008 at 9:40 pm
Innalillah .. smoga smua mndapat iktibar drp sgala bncana alam yg makin byk brlaku sjak akhir2 ni ..
December 8th, 2008 at 1:00 am
“Tanah yang runtuh seperti berapi kerana geselan batu, manakala bunyi yang terhasil sangat menakutkan. Saya lihat rumah naik atas rumah dan kenderaan tersangkut di atas rumah.”….
Adakah ini ‘amaran’ kecil drp Allah swt ???
December 8th, 2008 at 1:06 am
Dr KL ke Rwg pun leh nmpak byk bukit yg dh dgondolkn…Bukit bukau seolah2 ‘pucat’ dek krn krakusn mnusia mngejar pmodenan.. Dah2 lah tu .. makin byk wat pnempatn bru, mkin ramai pndatang asing pla dbuatnya.. ish .. ish ..
December 8th, 2008 at 8:25 am
Syukur……. Kejadian tanah runtuh sebegini perlu diteliti apakah kesalahan kita (bukan penduduk). Kejadian seperti ini sering menimpa kepada penduduk tetapi tidak diindahkan kerana pihak tertentu ingin meraih keuntugan yang besar dan sekelip mata.
Samada pihak swasta ataupun kerajaan perlu disiasat sehingga ke pucuk yang baru hendak tumbuh. Mereka-mereka inilah yang perlu dihukum.
December 8th, 2008 at 5:21 pm
human vs mother nature….who will win?
December 8th, 2008 at 5:47 pm
Setiap kali musibah begini terjadi kerajaan misti keluarkan amaran pembinaan rumah dicerun2 bukit dibatalkan, tapi bila semua dah reda, naik lagi rumah, sapa yang tak serik2, kita????kerajaan?????atau kah ada unsur2 rasuah?????????waullah huallam.
Tapi apa pun muhasabah diri, kadang ketamakkan kita juga yang mungkin ada rumah berbiji2 dan ni Tanah nak potong sikit jer!!!!!!!!
December 9th, 2008 at 7:43 am
good
at least now she can sold the house as batu buruk. no one will eve live there again!
December 9th, 2008 at 8:14 am
Dalam hal ni kerajaan & pemaju harus dipersalahkan! Benci sangat!! Bila dah terjadi musibah barulah nak batalkan! Porah!! Tuhan dah beri akal dan pernah tunjukkan kpd kita tapi semuanya dilupakan begitu saja semata-mata nak mengautkan keuntungan. Apa guna Kementerian Sains & Alam Sekitar? Begitu juga YB2 di Dewan Parlimen samada Kerajaan / Pembangkang?!
December 9th, 2008 at 10:32 am
Allah lebih menyayangi mereka yang telah pergi,bagi saya lebih datuk k dan datuk ct tinggal umah mereka tempat lain dahulu..jangan tinggal kat banglo sana tu..bahaya..Datuk Siti adalah ikon malaysia..huhuuu..walaupun sya bukan org malaysia,negeri malaysia juga telah menjadi part of my life…
December 9th, 2008 at 12:17 pm
Kalau orang tanggalkan pakaian kita camana? Begitulah yg dirasai bumi Allah ini setelah semo pelesit2 yg gila duit tarah bukit dan gunung utk buat rumah. Sampai ada signboard ‘PENGHUNI TINGGAL DIATAS BUKIT BERTARAF TINGGI’. Sekarang apa jadi ? Lu tinggi kah ALLAH tinggi kah? Sendiri mau ingat ma! Anyway pd yg pergi , Al-Fatihah dan takziah pd keluarga mereka.
December 9th, 2008 at 12:41 pm
Ikon ke ikan klu nak dah ditakdirkan pergi – pergilah jugak org tak kisahle org tu ikon ke jutawan ke ahli politik ke. Disisi ALLAH semuanya sama saja.
December 9th, 2008 at 12:42 pm
Ikon ke ikan ke klu nak dah ditakdirkan pergi – pergilah jugak org tak kisahle org tu ikon ke jutawan ke ahli politik ke. Disisi ALLAH semuanya sama saja.
December 9th, 2008 at 1:39 pm
hm…WTF…PM
December 9th, 2008 at 10:56 pm
X faham knapa masih ada yg degil nk duk stu lagi bla dh brlaku cmni? Trkejut gak bla tgok brita tdi n ada sorg ni (pnduduk kt stu) ckp x nk pndah sbb sewa murah? Whatttttt??? Nyawa murah gak ke?
December 9th, 2008 at 10:59 pm
Ikon ke Ikano ke .. Allah swt x mngira apa drjat @ status anda utk stiap kjadian yg dkhendaki-Nya…
December 9th, 2008 at 11:00 pm
Ikon ke Ikano ke .. Allah swt x mngira apa drjat @ status anda utk stiap kjadian yg dkhendaki-Nya…
Dh kalu ada apa2 musibah yg kena kt ‘ikon’ anda, nk marah kt sape?
December 10th, 2008 at 8:09 am
ishhh..ngeri jugak tengok kejadian tanah runtuh ni..sekejap jer rumah2 mewah di situ lenyap.. memeng heran la.. nape manusia zaman la ni suka sangat duk rumah atas bukit ye.. x takut ker..
December 10th, 2008 at 8:13 am
dalam hal ni tak boleh salahkan pemaju.. biasa la dalam dunia perniagaan.. di mana ada permintaan di situ adanya penawaran.. macam tu la juga.. kalau xde manusia yg suka duk kat atas bukit ni.. xde la pemaju nak bangunkan rumah kat atas bukit ni..
December 10th, 2008 at 3:44 pm
habis semua umah besau2 tenggelam camtu jer..dlm duk berlaku benda camni..ada gak yg ambik kesempatan mencuri ish2…
December 11th, 2008 at 12:36 pm
Rakyat Malaysia, kerajaan negeri Selangor, kerajaan Malaysia dan semua yang terlibat dalam projek2 perumahan di kawasan yang sekeadaan dengannya hendaklah mengambil iktibar daripada kejadian tersebut. Muhasabah diri dan kenal pasti kelemahan kita sendiri. Perbaiki kelemahan tersebut supaya tidak berlaku di masa hadapan kejadian yang serupa. Ada hikmah di sebalik kejadian ini…redhalah atas segala ketentuan Allah…
December 11th, 2008 at 3:05 pm
Simpati dgn mngsa2 tanah runtuh tu..smoga tabah menerima dugaan ini.. Hnyb..dah byk berlaku kejadian cam tu..tp manusia masih tak sedar lagi…bila kita kata dah akhir zaman..masih ada lg yg tak dapat menerima..malah memainkan kata2 kita ttg akhir zaman ni..manusia mudah lupa dgn kuasa ALLAH SWT….