Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Rubisa dan Zizi Tersingkir dari Akademi Fantasia 7



Semalam telah berlangsung konsert minggu ke-4 Akademi Fantasia 7 dengan menyaksikan 2 orang lagi pelajar perempuan telah disingkirkan iaitu Zizi dan Rubisa. Sebelum penyingkiran AC Mizal juga telah memanggil Qhaud yang menjadi antara 3 orang peserta terendah. Mungkin satu hukuman di mana Qhaud terpaksa menyanyikan lagu Di Taman Teman sebanyak 2 kali atas sebab teknikal dan nyanyian kedua Qhaud ternyata gagal melakukan yang terbaik sebab terlupa lirik.

Rubisa AF7

Rubisa AF7

Zizi AF7

Zizi AF7

Nasib tidak menyebelah Zizi yang membawa lagu Aku Dah Bosan walaupun sedaya upaya meyakinkan penonton dengan keluar dari pentas dan meluru ke depan tenaga pengajar dan pengkritik serta buat gimik menjadi pembonceng motosikal. Satu persembahan yang bertenaga juga dari Zizi. 

Rubisa pula menyanyi lagu Tiada Lagi seolah menyatakan beliau memang tidak ada lagi dalam Akademi Fantasia.

Konsert yang bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104) ini menampilkan kelainan menerusi tema persembahan di mana pelajar telah diberikan tugasan untuk membawakan lagu nyanyian Dato’ Siti dan Amy Search.

Sebagai kelainan, kesemua pelajar lelaki tampil membawakan lagu Dato Siti, manakala pelajar perempuan pula mendendangkan lagu Amy. Namun mereka yang telah membuat persembahan dengan cemerlang adalah Claudia, Isma, Akim dan Hafiz. 

Persembahan pelajar lelaki lain malam tadi adalah Hafiz (Cinta Ini), Akim (Destinasi Cinta), Yazid (Aku Cinta Padamu), Sidi (Kumilikmu) serta Aril (Lakaran Kehidupan).

Manakala persembahan pelajar perempuan adalah Claudia (Suralaya Dalam D Major), Aishah (Mentari Merah Di Ufuk Timur) dan Isma (Kerja Gila). Lagu bonus, Isabella dan Jerat Percintaan, berjaya disampaikan dengan mantap oleh kesemua mereka.

Dengan penyingkiran Zizi dan Rubisa itu, bermakna tinggal 9 lagi pelajar yang akan meneruskan perjuangan mereka meraih gelaran juara AF7. Pengkritik yang bertugas minggu ini adalah Adlin Aman Ramlie, Edrie Hashim serta Dato’ Siti dan Amy sendiri.

Konsert malam tadi turut mencetuskan suasana panas apabila 2 tenaga pengajar mencapai mikrofon dan bangun membidas kenyataan pengkritik. Mereka adalah Cikgu Fatimah Abu Bakar yang menegaskan bahawa AF7 bukan sekadar pertandingan nyanyian semata-mata, sebaliknya turut menitikberatkan corak persembahan selain vokal.

Cikgu Siti Hajar pula berkata, pemilihan lagu-lagu malam tadi bukanlah pilihan pelajar terbabit namun ditetapkan oleh pihak produksi sebagai satu cabaran kepada mereka.

Rubisa juga pernah tersingkir semasa menyertai Mystarz LG

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Rubisa Akademi Fantasia 7
  • Ulasan Konsert Akademi Fantasia 7 Minggu Pertama
  • Zizi Akademi Fantasia 7
  • Alif Tersingkir Kerana Penyebaran Gambar Kekasih di Internet?
  • Gambar & Ulasan Konsert Tirai Akademi Fantasia 9
  • Penyanyi Nas Adila Tersingkir Dari Akademi Fantasia 7
  • Hafiz Juara Akademi Fantasia 7
  • Sekadar Foto-foto Tribute Pada Yang Tersingkir
  • Senarai Lagu Tugasan Konsert Pertama Akademi Fantasia 7
  • Blog Terbaru Fatin – Akademi Fantasia 5



  • 29 Komen untuk entri “Rubisa dan Zizi Tersingkir dari Akademi Fantasia 7”

    1. maiza kata:

      knapa zizie patut keluar???? zizie best giler la smalam.. zizie buat persembahan yang terbaik smalam.. x adil!! panggil la zizie masuk semula.. please!!!!

    2. mrazif kata:

      Mmg tak ptut langsung Zizi keluar!! dia mmg best dan ada potensi jadi versatile singer.Kenapa astro nk keluarkan sekali dua orang? Kalau diikutkan undian Zizi masih selamat lagi berbanding Rubisa yang sememangnya mendapat undian terendah.Mmg tk adil kepada pengundi2 Zizi. Harap ada AF masuk supaya Zizi dapat bjuang semula seperti Lotter AF4 dan Linda AF2. Tolong bagi peluang pada Zizi sbb dia tk pernah hampakan pengundi2 dia pada setiap konsert.

    3. aten_zone kata:

      btul btul… aten rasa semalam persembahan die sgt ok… even die ptut kuar, bukan seawal konsert ke4… kalau dia xkeluar, sure die dapat pelajar cemerlang.. rasanya sidi sepatutnya minggu nie..

    4. kalaka kata:

      zizi n rubisa….u berdua memang artis yang berjaya…teruskan…semoga u berdua akan lebih suksessss.gua caya u berdua

    5. ieza93 kata:

      zizi patut msuk blek…
      AFMASUK untuk zizi….
      klu x,,,
      af pasti bosan…

    6. slimmer kata:

      OIAM lagi best dari AF7 tahun nie…esp now..apa nie tinggal 3 jer pelajar perempuan and then the worst thing is dua orang yang memang sepatutnya dah keluar Sidi dan Yazid….

      but i bet ada AFMASUK…mmg gimmick AF…tapi saya rasa transformasi yang dijanjikan telah gagal…

    7. Walter kata:

      kalu semua ni memang gimik…bguslah.. tapi kalu kali ni memang benar… dan teda AF Masuk … saya rasa.. Astro da buat Transformasi yang salah.. n Kualitinya AF ketara sudah teruk… hheheh. Apa pun Zizi n Rubisa tdk patut berputus asa.. Cubalah nasib di tempat lain ok… Bukan orang tidak minat dan sokong anda cuma berlaku pilih kasih.. ok..Good luck n all the best.

    8. shedeserveit kata:

      rubisa dan zizi tu banyak sangat kerenah.. attitude problem till annoyed others.. nangis dan nangis dan nangis.. padahal mak orang kot????? n selalu sangat mata tu pandang kamera.. yaakks!

    9. ross kata:

      mungkin nama sidi tertukar ke nama zizi,kot….. sebab sepatutnya sidi yang keluar…persembahan sidi takde yang menarik..bosan..!!! tapi zizi tetap bes sbb dia boleh bawa lagu yang pelbagai rentak, tambahan lagi suara zizi dan persembahannya selalu memuaskan hati….sayangnya nasib tak menyebelahi dia..doakan semoga zizi akan terus berjaya di luar sana..

    10. LizaCassie kata:

      Bodoh betullah ASTRO nie…
      Transformasi konon…
      Orang yg berbakat…
      Mcm Zizi yg disingkirkan pulak!!!
      Tpi jgn saja Hafiz yg kuar lepas nie..
      klu Hafiz terkeluar…
      Tak pyhlah buat AF8…
      Buat masa saje!!
      Lebih baik buat kerja amal…
      Byk faedahnye…

    11. aten_zone kata:

      btul btul…
      sokong sesangat…
      huhuhuhuhu..

    12. nina kata:

      mungkit diorang terkeluar sbb x layak nak masuk AF @terlampau hebat bagi saya mcm dah terover pulak…banyak sngt gimik muka n eksyen n over confident..pengundi pun nyampah kot

    13. azman23 kata:

      Bukan salah ibu mengandung!!!……tetapi peminat-peminat dan penyokong-penyokong AF mungkin dah terlupa kut,,,,penyingkiran pelajar adalah bergantung kepada undian anda semua kan!!!….kalau betul-betul sayangkan si Zizi tu ataupun si Rubisa tu…nape tak mengundi untuk mereka supaya tidak tersingkir…kalau undi mereka dah tak tinggi jika dibandingkan dengan yang lain…maka inilah yang terjadi!!!…harap menjadi iktibar selepas ini…..tapi ambo pun sedih jugak bila zizi & rubisa tersingkir sebab ambo rasa mereka berdua ni lebih menyerlah dan berbakat daripada beberapa pelajar yang masih berada dalam AF7 dan ambo rasa AF7 semakin kurang menyengat apabila zizi dan rubisa dah terkeluar!!! Para pengundi nampaknya masih mengundi atas dasar pilih kasih dan bukannya menilai kepada bakat yang ditunjukkan oleh pelajar yang nyata terserlah…..cuma tak dapat bayangkan apa akan jadi pada AF7 kalau yang masuk final nanti ialah si Sidi, si Yazid dan juga si Aisyah yang ambo lihat memang tranformasinya akan gagal….tunggu & lihat!!!!

    14. june kata:

      oiam lagi best rasanya skrg…

    15. allia84 kata:

      aku heran sal apa zizi tekuar ek.kira persembahan zizi semalam dah okey dan memang dia setiap konsert mmg best.ms kat diari pun dia selelu tolong kawan2 yg lain.tak bestlah tengok af7 sekarang ni bab tak ada wakil dari sabah.whatever zizi you r da best.terus kan usaha n never giveup.keep it up

    16. keksuntai kata:

      azman, not suprisingly kalau aishah, sidi, qhaud. claudia and yazid masuk final 5, sebab as you claimed that they are not talented, tak ada suara, tak da rupa and tak pandai menari. and this is the tough job for the cikgu cikgu kat dalam akademi tU nak meTRANSFORMASIkan mereka, ini lah TRANSFORMASI, sebab from NOTHING TO SOMETHING.

      bagi isma, hafiz, akim and aril, they all dah ada fan sendiri, suara ada, pandai menari, rupa ada nak di TRANSFORMASIKAN apa lagi.

      CUBA FIKIR….THIS IS THE IDEA WHAT AKADEMI 7 ,………………..

    17. kieylamahdzer kata:

      ya^allah….tension nyer zizi kua!! aku bwu nk gy wt bena n gy saport dye gler2!! urmm…ape la masala astro ni..aku mhon sgt msk kn zizi,,plzz..aku byk undi dye asl x mskkkk! der gnguan teknikal ke?tp asl zizi jd mgse..pllllz3!! mskkn blk zizi..boring da af xder zizi yg cerie kn klass,xnk tgk da la..

    18. Softener kata:

      alamak! kenapa zizie yang nda patutt sangat2 terkeluar minggu ke-4..sedih tau frusst menonggeng ni!!performancenya ok apa!patuutnnya c Yazid dengan Sidi yang patut tersingkir..tiada peningkatan…nda apalah mungkin sudah nasib diorang,ndada rezki..buat zizie…dan Rubisa ..tabah kan hatimu ,dan kuatkan semangat..mungkin kamu 2 orang akan lebih popular di luar sana nanti.saya yakin..may God bess both of u!!

    19. fanatik_AF kata:

      zizi x sepatutnye tersingkir..lgpun dia dpt 6 peratus, rubisa pula 5 peratus..
      x adil bg zizi kerana peratus mereka x sama…kalau kedua2 peratus sama, xpe jugak..
      persembahan dia paling mantap n dia sepatutnya menjadi best student..
      setakat ni aku rase zizi n akim yg paling konsisten..
      kcwa sgt bila zizi t’keluar..dia layak utk berada di final!!!!!!

    20. karissma ngulupor kata:

      oiam lagi bestt..setiap minggu ada peningkatan…af7 hancusss..tp yg best nya aku xpernah vote pn mana2 rancangan realiti..ngabihkan beras jer…huhuhu…

    21. aku kata:

      apa nak di gaduh kan mereka tersingkir aku pun undi mereka kalau dah rezeki setakat tu terima jak lah dan jangan lah kutuk pelajar yang lain tu mereka mane lah tau kit cuma buat dosa kering tau.

    22. slimmer kata:

      baik undi ABPH…hahhaa ada chance menang hadiah besar lagi…tak mahal…pos setem jer..kalau AFundi satu undi dah 50 sen..kalau 100 undi?…

    23. Ntahla.... kata:

      …Ala…x pyhla buang duit & mase nak vote diaorg ni..duit tu blh d salurkan kpd keperluan lain yg lbh pntg..kalau diorg mng pun ..kite bknnye dpt ape2 pun…

    24. ~hidayah~ kata:

      saya rasa xperlu la nak salahkn astro pasal penyingkiran ni..
      dah kurang sms nye mestilah kene keluar..
      dan xperlu la nak adakn af masuk..
      menyemak je ramai2..
      ..saya bsetuju dgn org2 yg mengatakan oiam lagi menyerlah..
      perkataan transformasi bg af xreleven lagi..
      bukannya xsukakan perubahan..
      cuma perubahan yg dlakukan af7 sgt xmenjadi..
      terutamanya rekabentuk pentas yg spt tiada prestij af..
      saya rasa itu yg mbuatkn af membosankan..
      ditambah pula dgn pengacara konsert yg xdisukai ramai..
      hanya pendapat..

    25. CAS kata:

      aku pun undi zizi..tapi tak bayak rm50 jer..nak ekonomi..huhu..org sederhana macam aku mana dapat nak undi sampai beratus2 kat diaorang.aku budget rm50 jer kat zizi,hafiz dan aishah. kecian zizi.huhuhu.

      maybe org yg undi sidi, dan yang kat atas tu undi sampai beribu2 hinggakan tempat tak tukar2 macam isma. padahal ada yg lebih hebat dari dia

      para pengundi pun pilih kasih,pilih kenegerian..pilih saudara tak pilih yg berbakat…nak buat macam mana/

      tapi pelik betul..nape sampai dua tersingkir

      dan memang undian ku kat zizi dan hafiz pada malam tu bermula jam enam asyik pending jer….ASTRO..NAPE…sengaja nak songlap DUIT org kot.

      apapun….biarlah zizi dan rubisa kuar,,supaya org sabah tak p[ayah habskan duit kat astro nak undi2…padahal undian org lain tinggi2

      memang minggu ni aku tau antara yg kuar aishah,hafiz dan claudia

      org2 berbakat akan pupus dari AF7
      yang tinggal cuma isma

      dan yang lain hanya tahap sederhana
      ni kot mereka nak transformasikan

      tapi aku rsa tak sesuai la
      kenapa nak pilih yang zero…bagus pilih yang baguslah supaya lebih dapat diasah menjadi lebih super2.

      BODOHLAH astro

      AF7 tahun nie akan hambar dari bakat sebenar yg patut diserlahkan
      AF7 tahun nie akan kecindang

      dan aku wakil orang sabah …KAMI TAK MAHU TENGOK AF LAGI

    26. Afiz kata:

      Adakah pyingkrn Zizi suatu konspirasi p’hak astro srta smua ini tlah d atur tlebh dhulu agr bkat2 bsar ini dketepikn. Adakh mrk mbenci org2 Sbh??

    27. Gadis rock kata:

      Sabtu ni singkirkn jer 5 org!! Biar cepat habis plajar2 tu..yng lgi 4 org tu biarkn jer brlatih sungguh2 smpai final..habis cerita..kesian zizi!

    28. neyna kata:

      xpayahlah korang nak bising bising kat sini…zizi tu memang ok.tapi attitude tu x berapa ok..mengumpat n talam dua muka pulak tu.masa menangis depan cikgu siti,dia mengadu pasal rubisa.apa nak jadi tu?.x payahlah nak buat afmasuk,nanti macam linda nanuwil. x glamer langsung.masuk atas undi simpati.

    29. syazleen kata:

      Sokong neyna………

      Bakat dan attitude memang penting…

      Kalo best dlm bab nyanyian tapi buruk perangai pasti akan mencetuskan masalah di kemudian hari….

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK