in ,

RTM Siar Filem Bukit Kepong Sempena Hari Malaysia

Khas meraikan sambutan Hari Malaysia yang disambut 16 September setiap tahun, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengambil inisiatif untuk menayangkan filem “Bukit Kepong” menerusi saluran TV2.

Walaupun sebelum ini telah banyak kali diulang tayang, plot filem arahan Datuk Jins Shamsudin ini nyata cukup menyentuh hati penonton yang mengangkat kisah tentang pahit maung para pejuang Tanah Melayu untuk mempertahankan tanahair daripada dijajah dan ancaman pengganas komunis.

Menemui penonton pada 15 September ini, pukul 10.00 malam mengisi slot Citra di TV2, filem ini menampilkan pelakon Jins Shamsuddin sebagai Sarjan Jamil Md Shah, A. Rahim sebagai Lans Koperal Jidin, Hussein Abu Hassan sebagai MM Osman Yusoff, Yusof Haslam sebagai MM Jaffar Hassan dan Dali Abdullah sebagai MM Mohd Jaffar.

Imbas kembali kisah perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan komunis pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di balai polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota.

Filem ini menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang oleh 180 orang pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara.

Sama-sama menyemarakkan semangat cintakan negara dengan menonton filem ini hanya di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Masakan Santai WALLA

Yang Menarik di Hari Ketiga Karnival Usahawan Desa 2015