in

Rozita Che Wan Seksi Pakai Skirt Pendek di Konsert AF8

Dengarnya…: Aduhai! Rozita Che Wan berskirt pendek

ROZITA dan Azza ketika hadir pada malam kemuncak AF8, baru-baru ini.

MINGGU lepas Cik Normah berkesempatan menonton Konsert Akhir Akademi Fantasia (AF8) walaupun sebenarnya hati ini berat sangat nak pergi. Ialah tahun ini tak ada seorang pun pelajarnya yang memikat hati Cik Normah, tak macam Zahid dengan Mawi dulu.

Ketika itu, memang Cik Normah bersungguh-sungguh mengundi mereka. Tapi untuk AF8 baru-baru ini, Cik Normah tidak mengundi mana-mana pelajarnya. Tapi ini tidaklah bermakna pelajar AF8 tidak bagus. Tak dapat nafikan ramai juga yang berbakat besar.

Atas sebab itulah, atas undangan rakan-rakan di Astro, Cik Normah pergilah juga sebab tak mahu mengecilkan hati kawan-kawan. Walaupun pada mulanya hati Cik Normah keberatan, tetapi apabila sudah sampai ke sana dan terjumpa pula rakan-rakan seperjuangan. Kebosanan Cik Normah berubah menjadi keseronokan.

Ketika berborak sakan dengan teman-teman, tiba-tiba mata Cik Normah terpana pada seorang wanita yang cukup anggun yang juga bukan asing dalam industri seni tanah air. Wanita cantik berbaju merah dan berbunga di kepala itu cukup menarik perhatian Cik Normah. Dari paras kepala ke pinggang, Cik Normah memang terpegun melihat kecantikannya tetapi bila melihat pinggang ke bawah, Cik Normah hampir saja tersedak.

Dalam hati Cik Normah terdetik, amboi seksinya Rozita Che Wan. Bukan main putih gebu lagi pehanya. Ramai juga yang agak ‘tersiksa’ apabila terpandang penampilan seksi Rozita ketika itu. Maaflah Ita jika Cik Normah menegur, Cik Normah bukanlah ortodoks atau old school, cuma Cik Normah tak berapa berkenan dengan penampilan Ita pada malam itu. Memanglah cantik dan mengiurkan, tetapi skirt pendek paras atas lutut yang bila duduk menyerlahkan keputihan pehanya tak berapa elok pada pandangan Cik Normah.

Lagipun Ita baru saja pulang dari umrah, bukankah lebih elok jika memakai pakaian yang lebih sopan. Kalau boleh bila balik dari menunaikan ibadat, pakaian kenalah jaga sikit. Ialah seolah-olah umrah tu pergi melancong pula bila balik penampilan tidak dijaga. Dalam sebuah drama yang disiarkan dalam Astro juga turut menampilkan Ita berpakaian sopan, lengkap bertudung. Tapi realitinya… aduhai!

Pada malam itu bukan saja Rozita yang seksi, Azza bekas anggota kumpulan Elite pun bukan main sakan lagi gayanya. Kalau skirt Rozita pendek, Azza punya lagi pendek. Kalau iya pun nak bergaya, fikirkanlah kesesuaian majlis. Kalau boleh bila pergi ke majlis yang ramai peminat, berpada-padalah sikit bergaya. Apatah lagi masa AF8 hari itu,

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

sebahagian besar penontonnya remaja dan orang muda. Bukan apa nanti jadi bahan mengata pula.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bausch + Lomb Lancar Produk Baru renu® Sensitive™

Gossip Artis Perasan Kaya Raya