Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





FAUZIAH LATIF, ROSYAM NOR DAN WAN MAIMUNAH DALAM DRAMA KUDRAT IMAN

KUDRAT IMAN MEMAPARKAN KISAH WANITA MENGGUNAKAN ILMU HITAM MENAKLUKI HATI SUAMI PADA HARI SABTU (11 OKTOBER 2008), JAM 08.30 MALAM DI RTM1

Bahang kemeriahan Aidilfitri masih lagi dirasai di sana sini. Kemaafan dipohon dan dihulur tanpa mengira ikatan selagi masih bersandarkan saudara sesama agama. Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghidangkan sebuah drama istimewa yang mengajak penonton menghayati mahalnya harga sebuah kemaafan akibat keterlanjuran seseorang yang sanggup menggunakan kuasa ilmu hitam untuk menakluki hati insan yang dicintainya. 

Dengan membariskan nama pelakon hebat seperti Rosyam Nor dan Wan Maimunah sebagai tunjang utama, Kudrat Iman mengisi slot Panggung Seri, Sabtu (11 Oktober 2008), jam 08.30 malam yang menemui penonton setia RTM1 turut mempertaruhkan percubaan penyanyi terkenal Fauziah Latiff membintangi drama khas Aidilfitri ini selain Afida Es, Ismail Yaakob dan Ummi Nazeera.

Kudrat Iman terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini mengisahkan seorang perempuan tua, Esah yang berkahwin dengan pemuda bernama Zainal. Akibatnya Zainal terpaksa putus tunang dengan Mahani. Mak Som, ibu Zainal pula meninggal kerana sakit akibat kecewa dan malu dengan tindak-tanduk Zainal.

Zainal sebenarnya tidak tahu, Esah iaitu seorang dukun kampung dan jiran Zainal telah mengenakannya dengan ilmu pengasih. Setelah berkahwin demi menundukkan Zainal, Esah menggunakan nasi tangas (kangkang). Mahani keliru dengan sikap Zainal. Beban putus tunang dan kalah dengan seorang perempuan tua menghimpit perasaannya.

Pun begitu apabila berdepan dengan Mahani, Zainal masih enggan melepaskannya. Dia merayu Mahani supaya bersabar. Akan tetapi bila berdepan dengan Esah, Zainal menikus dan mengikut telunjuk.

Ramadan tahun ini ada sesuatu yang tidak kena dengan Esah. Setiap Ramadan aktiviti khurafatnya mesti dihentikan. Dan sihir pengasih dan penunduknya hanya berkesan selama 21 hari atau 100 hari. Bila tiba waktu tamat tempoh tertentu, ia mesti dibuat semula. Esah memilih sehari sebelum bulan Ramadan untuk mengulangkan sihir nasi tangasnya.

Malangnya kakinya tersandung tungku dapur, dia jatuh tertiarap dan nasi dalam periuk jatuh berderai. Sejak hari itu badannya mula sakit-sakit. Siang hari kurang tapi bila malam menjelma sakitnya mencucuk-cucuk.

Mahani akhirnya jemu dengan janji-janji kosong Zainal. Dia menerima pinangan cikgu Muin. Mereka akan berkahwin selepas raya tahun ini. Zainal tersangat cemburu. Dia tidak boleh menerima hakikat yang Mahani akhirnya terlepas juga dari tangannya.

Desas-desus Zainal terkena buatan Esah semakin menjalar di kalangan kakitangan di pejabat. Zainal tidak mempercayainya. Dia kata itu fitnah Mahani yang kecewa.

Sakit esah makin menjadi-jadi. walau telah mengambil ubat dari klinik tapi ia tidak sembuh. Esah sedar dia sudah tidak berupaya mengubatkan dirinya. Dia berazam hendak bertaubat tetapi tidak tahu bagaimana hendak memberitahu Zainal. Dia cuba membuang ilmunya. Tindak-tanguknya menghairankan Zainal.

Satu hari ketika membersih rumah untuk menyambut raya Zainal menemui kitab pedukunan Esah. Dia terjumpa sihir penunduk nasi tangas. Bila dibacanya syarat-syarat membuat nasi tangkas teringkatlah dia akan malam Esah jatuh tertiarap dengan nasi serta periuknya jatuh terderai. Teringatlah juga Zainal bagaimana Mahani dan ibunya menempelak Zainal yang dia dah terkena buatan Esah. Malam itu juga Zainal berdepan dengan Esah. Zainal menuduhnya isteri derhaka. Isteri derhaka patut diceraikan.

Esah meraung mengaku salahnya. Dia takut diceraikan sebab dia sudah tua. Dia takut mati seorang diri. Maka Esah pun buka cerita. Dia mula tertarik dengan Zainal kerana perawakan Zainal yang tenang, mudah bergurau, kacak dan baik hati. Maka Esah menyihirkan Zainal dengan serbuk pengasih. Dan bila Zainal berkahwin dengannya dia pastikan Zainal mengikut telunjuknya dengan sihir nasi tangkas.

Zainal kecewa dan keluar dari rumah. Di rumah adiknya, Asmah dia mahu tahu ada atau tidak arwah ibunya pernah menyumpah dia anak derhaka. Asmah kata ibu memanglah kecewa dan pernah menganggap Zainal anak derhaka.

Sejak terpisah dengan ilmu pedukunannya Esah semakin teruk. Badan panas, kadangkala gatal-gatal. Kulit berubah hitam. Zainal berasa kasihan. Dia mengambil keputusan memelihara Esah.

Masih adakah peluang untuk Esah bertaubat? Bagaimana pula kesudahan hubungan Mahani dan Zainal apabila Mahani memutuskan meneruskan majlis perkahwinannya dengan Muin?

Jangan lupa janji temu anda menyaksikan Kudrat Iman mengisi slot Panggung Seri, Sabtu (11 Oktober 2008), jam 08.30 malam di RTM1. 

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Rosyam Nor dan Isteri
  • Gambar Rosyam Nor dan Fauziah Latif Dalam Drama Gelora Di Hati
  • Gambar Intim Rosyam Nor Dengan Fauziah Latif
  • Fauziah Latif dan Rosyam Nor Dalam Drama Gelora Di Hati Sara
  • Majlis Minum Petang High Tea Lord’s Tailor di Hotel Genting
  • SINOPSIS MERTUA VS MENANTU
  • Sheera Iskandar, Wan Maimunah Dalam Drama Fatimah Najwa
  • Gambar Pasangan Romantis di ABP 2006
  • Gambar Majlis Perkahwinan Nazrudin & Sheahnee Iman Lee
  • Salina Salibi, Elly Mazlein dan Siti Elizad Dalam Puasa Terakhir



  • 6 Komen untuk entri “FAUZIAH LATIF, ROSYAM NOR DAN WAN MAIMUNAH DALAM DRAMA KUDRAT IMAN”

    1. abby kata:

      Gee berlakon? sungguh ketinggalan zaman aku nih

    2. june kata:

      mlm ni lah citer abg rosyam ni..nak negokkkk….

    3. shukry kata:

      saya suka tengok lakonan kak gee, lakonan kak gee real laa…

    4. Soraya Yusuf kata:

      wow fauziah latif nak berlakon? pasti best…

    5. timah vogeh kata:

      Meruntum kalbu menonton kudrat iman…… minta ulang lagi… jahat sungguh si mak esah dah le tua ada hati nak naik RXZ….. kesian mamat tu… yang penting MAHANI kesetiaan dia kelembutan dia…. Kak GEE …. bestnya!!!

      KAK GEE memang best le…. teringat kak gee yang dulu….. kak geee akan mengegarkan dunia lakonan…

      pasti kak gee masuk senarai pelakon drama popular … lakonan menarik tak jemu….

      abg rosyam ambik lagi kak gee berlakon…. TAHNIAHHHHHH

    6. budi kasih kata:

      fauziah latif…………… muncul menggegarkan dunia lakonan….

      BESTNYEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE oh GEEEEE

      pertama tgk drama kat tv1 tu kak gee punya pasal…… kagum sungguh… perempuan melayu terakhir… suka kak gee !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET