in , ,

Penyanyi Indonesia Rossa & Sheila Majid Bakal Bergabung Dalam Sebuah Konsert

Sebuah portal telah melaporkan penyanyi paling laris di Indonesia ketika ini, Datuk Rossa, belum mahu berhenti berkarya meskipun harus bersaing dengan para pendatang baru.

Sebaliknya, penyanyi kesayangan ramai ini semakin rancak dengan aktiviti nyanyiannya. Salah satunya, beliau merancang mahu mengadakan sebuah konsert konsert.

Istimewanya, pelantun lagu ‘Pudar’ itu akan mengadakan konsert bersama Diva Jazz tanah air, Datuk Sheila Majid. Konsert tersebut akan berlangsung di Malaysia juga di Indonesia.

“Saya juga ada perangcangan untuk mengadakan konsert bersama Datuk Sheila Majid di Malaysia, nanti juga akan diadakan di Indonesia,”

– Rossa
Gambar Rossa

Bagaimanapun Rossa enggan memberitahu lebih lanjut mengenai bilakah tarikh konsert tersebut kerana mahu memberi kejutan buat peminat-peminatnya.

Dalam perkembangan lain, Rossa sedang menanti album terbarunya yang bertajuk ‘Love, Life & Music’ yang dijangka akan dilancarkan pada 15 Mei 2014. Pada album ke-13 itu, Rossa turut memuatkan lagu berjudul ‘Hijrah Cinta’ yang dipersembahkan untuk sahabatnya, Ustad Jeffry Al Buchori atau akrab disapa Uje.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cabaran Hebat Menanti Program Realiti Ikon Siarawan

Laman Sosial Instagram Jadi Punca Adam & Fiza Bercerai