Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











ROSNAN ABDUL RAHMAN Makyung Raja Besar Senyanya



ROSNAN ABDUL RAHMAN
Raja Besar Senyanya

Berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina, Universiti Sains Malaysia . Beliau berasal dari Pokok Sena, Kedah. Minat yang mendalam dalam bidang seni persembahan menyebabkan Rosnan terpaksa melupakan terus cita-citanya untuk bergelar seorang arkitek.

Pernah menjadi artis budaya sambilan Badan Kesenian Negeri Kedah dan telah membawa beliau menjelajah beberapa buah negara mengadakan persembahan untuk festival-festival kesenian di luar negara.

Bertugas sebagai Penolong Pengarah Produksi di Istana Budaya mendedahkan Rosnan dengan pengalaman menguruskan produksi untuk persembahan teater dari luar negara bertaraf antarabngsa, antaranya ialah FAME The Musical, Sound Of Music, Cats dan Saturday Night Fever.

Beliau turut terlibat dalam beberapa produksi teater dan tari tempatan, antaranya Makyung Endeng Tajeli (2007& 2008, )Monodrama Rebab Berbisik anjuran Dewan Bahasa & Pustaka (2007 & 2008), Teater Patung Kertas arahan Lokman Ghani(2008),  Makyung Dewa Indera Indera Dewa (2006), Konsert Melayu Asli (2006), Muzikal Suzana@60 (2006) arahan Lokman Ghani, Muzikal Puteri Hang Li Po (2004 & 2005) arahan Rosminah Tahir, Bangsawan “Puteri Salasiah”(2002), Mak Yong Anak Raja Gondang(1998) dan  Mak Yong Raja Bongsu Sakti (2000) arahan Prof. Dr. Mohamad Ghouse Nasarudin, As-Syura (1997) arahan Prof. Dr Samat Salleh, Teater Pintu (1995) arahan Hilmi Md Noh, teater Lari II (1996) arahan Roslee Mansor.

Mendalami makyung daripada beberapa tokoh makyung seperti Mak Su Yam, Che Mat Jusoh dan Fatimah Abdullah. Selain itu, beliau kini merupakan satu-satunya Pak Yung lelaki dalam seni persembahan teater tradisional makyung dan pernah mewakili Malaysia mengadakan persembahan makyung di New York, Amerika Syarikat (2007) dan Paris, Perancis (2008).

Beliau juga turut terlibat dalam Rakaman Cerita Makyung untuk Dokumentasi UNESCO di Pura Tanjung Sabtu, Kuala Terengganu pada November 2007. 

Kini,  beliau juga menggalas tugas sebagai seorang pensyarah sambilan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • MAKYUNG RAJA BESAR SENYANYA DI ISTANA BUDAYA
  • Teater Makyung Endeng Tejeli di Istana Budaya 25 & 26 Jan
  • Persembahan Makyung Endeng Tejeli Di Taman Budaya Negeri Kedah
  • Dokumentari Profil Tun Sambanthan & Tunku Abdul Rahman
  • TEATER TRADISIONAL MAKYUNG
  • Dokumentari Khas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
  • Senarai Juri Anugerah Industri Muzik AIM18
  • Hari Raya Haji Jatuh Pada 8 Disember 2008
  • Pelakon Tony Kassim Meninggal Dunia
  • Gambar Amy Search Bertemu Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK