Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Roseate-Love Lakonan Rachael Liang, Tender Huang



ROSEATA-LOVE
Drama Penuh Romantis
Setiap Sabtu dan Ahad jam 4.00 petang – 5.00 petang

Hari: Sabtu & Ahad, 4.00pm – 5.00pm
Tarikh Tayangan: 31 Oktober – 16 Januari 2010
Bahasa: Mandarin

Dibintangi oleh: Rachael Liang, Tender Huang, Xu Wei Ning, Huang Bo Jun

Roseata-Love merupakan sebuah drama bersiri yang berjaya mendapat sambutan hangat di Taiwan. Kini drama ini akan akan menemui penonton-penonton di Malaysia menerusi saluran hip 8TV. Peminat-peminat drama bersiri Mandarin, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton drama penuh romantis ini setiap Sabtu dan Ahad jam 4.00 petang bermula 31 Oktober 2009.

Drama bersiri 23 episod ini menampilkan penyanyi dan pelakon popular Taiwan Rachel Liang (Wang Xiao Zi) memegang watak utama di samping pelakon dan model yang digilai ramai wanita Tender Huang (Ning Zi Da). 

Cerita ini membawa anda menyelami perjalan hidup Xiao Zi yang baru kematian teman lelaki. Perjalanan hidupnya penuh dengan liku namun beliau tetap fokus dan sentiasa positif demi mengejar cita-citanya untuk menjadi penyanyi terkenal.

“Roseata-Love menerima ulasan yang cukup baik di Taiwan dan cukup menggembirakan kesemua krew dan pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama bersiri ini. Kami dedikasikan kisah cinta yang cukup romantik ini untuk peminat drama bersiri Mandarin,” komen Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

“Drama bersiri ini merupakan sebuah drama bersiri yang cukup popular di Taiwan dibintangi oleh bintang-bintang muda yang sedang mencipta nama. Kami sentiasa menyediakan drama-drama yang berkualiti untuk peminat program berbahasa Mandarin. Semoga anda semua berpuas hati dan terhibur” tambah Kim lagi.

Cerita bermula dengan kisah Lin Nuo yang merupakan penyanyi di sebuah pub. Walaupun tidak pernah menerima apa-apa penghargaan, peminat nombor satu beliau Xiao Zi tetap berada di belakang beliau untuk memberikan sokongan. Xiao Zi sering membuat bunga ros kertas khas untuk Lin Nuo.

Namun malang tidak berbau, Lin Nuo menemui ajal dalam sebuah kemalangan dan Xiao Zi yang kehilangan kekasih hati mengambil keputusan untuk mengambil alih tempat Lin Nuo demi meneruskan cita-cita kekasih hatinya. Xiao Zi memoting rambut dan cuba menjadi Lin Nuo dengan menyanyi di pentas yang sama.

Ning Zi Da merupakan seorang sahabat yang baik dan berharap Xiao Zi kembali menjadi diri sendiri dan kembali ceria. Beliau sentiasa berada di sisi Xiao Zi untuk membantu beliau meneruskan cita-cita kekasih hati beliau

Xiao Zi berjaya menyentuh hati orang ramai dengan muzik dan nyanyiannya dan beliau juga mempunyai peminat misteri yang sering menghantar bunga ros ungu. Namun Xiao Zi tidak mengetahui bahawa Ning Zi Da merupakan peminat misteri itu.

Adakah Xiao Zi berjaya mencari peminat misteri beliau? Berjayakah Xiao Zi melupakan Lin Nuo dan mula menjalani hidup sebagai diri sendiri? Apakah kesudahan hubungan Ning Zi Dad dan Xiao Zi?                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         

Untuk mengetahui kesudahan kisah cinta romantik ini, jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama ‘Roseata-Love’ yang akan mula disiarkan di 8TV setiap Sabtu dan Ahad jam 4.00 petang. Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran 708 Astro.

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton! Untuk keterangan lanjut sila layari laman sesawang www.8tv.com.my .

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Wing Chun Craze Is Back With Loads Of Laughter
  • Synopsis & Movie Still Nasi Lemak 2.0
  • Red Bull Malaysia On The Hunt
  • It’s A Great Great World
  • Show Your Love, Pass Your Cornetto
  • Senarai Pencalonan Anugerah Industri Muzik ke 15
  • Blood Brothers Movie Synopsis
  • Peraduan Menangi Tiket Wayang THE LOVE GURU
  • Gavin DeGraw Single Not Over You Climbing The Charts
  • Atasi Masalah Jerawat Dengan AylaMyra Clear Acne Solution



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK