Ronan Keating Bakal Diterbangkan ke Malaysia Untuk Bella Awards 2013
0Baru-baru ini ada kawan media yang memang boleh dipercayai berbisik ke telinga kami, Bella Awards akan membawa artis ternama dari Amerika. Dengar cerita, artis yang dimaksudkan itu adalah RONAN KEATING. Rasanya sumber yang kami dapat ini sangat boleh dipercayai.
Bukan itu sahaja, kawan media itu juga berkata ada seorang lagi penyanyi bersuara merdu dari negara jiran sebelah akan bertandang ke sini untuk Bella Awards ini juga… haaaa… bukan satu artis luar negara yang akan diundang malah dua atau mungkin lebih lagi.
Kalau disebut nama artis dari negara jiran ni boleh gigit jari lah. Haaa siapa lagi kalau bukan Marcell dan Maliq D’ Essentials. Dengar cerita ada seorang lagi artis dari seberang yang akan bertandang namun pihak kami tidak dapat dimaklumkan akan kebenarannya lagi.. .tunggu jelah ye, mana tau ada lagi pengumuman yang akan dibuat oleh pihak ntv7.








