in

Rombakan Terbaru Stesen Radio Hot FM

Hot FM kini MUZIK PALING HANGAT

Tidak lagi bersandarkan kepada tagline yang sinonim dengan stesen pilihan ramai iaitu Lebih Hangat Daripada Biasa, Hot FM kini tampil sebagai stesen Muzik Paling Hangat dan tetap tampil relevan kepada citarasa pendengar. Selain memainkan muzik paling hangat masa kini, Hot FM terus menyediakan platform kepada artis serta lagu baharu untuk dihidangkan kepada pendengar stesen tersebut. Seiring dengan kejayaan yang baru dicapai oleh Hot FM sebagai stesen radio pertama di Malaysia yang mempunyai 1 juta LIKE di web sosial Facebook, stesen itu yakin dengan strategi untuk memainkan lebih muzik untuk pendengar!

am krew hot fm

Barisan penyampai yang menerajui setiap segmen turut dirombak dengan enam segmen dan dijangka dapat memberi kesegaran dalam transformasi pengisian Hot FM. Dalam memantapkan pengisian, panggilan hangit diberi fokus khas memandangkan ianya adalah pengisian ”signatur” Hot FM. 3 panggilan hangit akan diperdengarkan setiap pagi dan diulang semula sepanjang hari. Pendengar boleh mengundi di facebook Hot FM dan dua penyampai dengan undian terendah pada setiap bulan akan didenda.

Hot FM AM KREW yang dihoskan oleh trio selamba Fara Fauzana, Faizal Ismail dan AG akan menumpukan kepada pengisian seperti topik harian serta senduk Fifi yang semakin hari mendapat perhatian ramai selain penekanan terhadapa panggilan hangit mereka. Hot FM AM KREW bersiaran seluruh negara setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 6pagi hingga 10pagi. Mereka juga turut mempersembahkan sebuah kisah pendek setiap pagi, parodi lagu hangit yang turut disertakan dengan sebuah klip video. Klip video ini boleh ditonton melalu laman Youtube Hot FM serta Facebook Hot FM.

Satu keunikan yang diwujudkan oleh Hot FM kali ini adalah Hot FM Cerita Cinta. Di dalam segmen ini, Chad akan meminta pendengar berkongsi cerita cinta mereka di samping memainkan rangkaian lagu-lagu. Buat pertama kalinya Chad akan menyertai seniornya untuk ke udara di seluruh frekuensi negara setiap Isnin hingga jumaat dari jam 11malam hingga 1pagi.

Deen pula meneruskan legasi ’zon pelajar’ melalui segmen Hot FM Carta Ulat Buku. Carta ini membolehkan pendengar mengundi lagu dan menjadikan lagu kegemaran mereka sebagai juara carta setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 8malam hingga 11malam.

Hot FM JAM bakal dikendalikan oleh Kieran dan Ikhwan. Hot FM JAM juga bakal menerima panggilan dari karektor popular dari program infotainmen TV9, Galaksi iaitu Kiah Propa untuk bergossip tentang senario terkini dalam industri seni tanahair. Segmen ini ke udara Isnin hingga Selasa dari jam 4petang hingga 8malam.

Dalam segmen Hot FM Muzik Paling Hangat, di samping memainkan lagu terkini, 3 buah lagu 90an boleh diundi melalui web sosial rasmi Facebook Hot FM bagi menentukan lagu mana yang bakal dimainkan di penghujung setiap jam. Suraya akan bersiaran pada jam 10pagi hingga 1tengahari manakala Leya pula akan memperdengarkan sebuah lagu baru setiap hari melalui Hot FM Carta 21 dari jam 1tengahari hingga 4petang.

Selain dari pembaharuan yang disuntik, Hot FM tetap memainkan lagu-lagu baru sebagai usaha menyokong muzik lokal melalui Hot FM Kita Punya. Satu lagi pengisian signatur stesen itu, dihoskan sepenuhnya oleh Deen pada setiap Sabtu jam. Terbaharu di hujung minggu, Hot FM Rock kendalian Leya, di mana program itu menjemput selebriti untuk berkongsi lagu rock kegemaran mereka. Sebanyak 10 buah lagu akan dipilih oleh selebriti jemputan dan mereka akan berkongsi kisah tentang lagu rock pilihan mereka.

Barisan Penyampai Hot FM, Hot FM Klate dan Hot FM TGanu

Segmen Waktu Hot FM Hot FM Klate Hot FM TGanu
Hot FM AM Krew 6.00pagi – 10pagi Fara, Faizal & AG
Hot FM Muzik Paling Hangat 10pagi-1tghari Suraya Shaz Ain
Hot FM 21 1tghari – 4ptg Leya
Hot FM Jam 4ptg-8mlm Kieran & Ikhwan
Hot FM Gu Kito 4ptg-8mlm Fizie & Farid
Hot FM Bereh Boh 4ptg-8mlm Rafly & Bell
Hot FM Carta Ulat Buku 8mlm-11mlm Deen Renny Azri
Hot FM Cerita Cinta 11mlm-1pagi Chad

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Slot Cerekarama & Siaran Perlawanan Akhir EURO 2012 Raih Rating Tinggi

Filem Idola, Kecoh Betul & Akhirat di TV2