Romantik Tiz Zaqyah dan Remy Ishak Nur Kasih The Movie
Ehem ehem, romantiknya Tiz Zaqyah dan Remy Ishak dalam gambar ni…

Uish… jangan salah faham ya, ini hanyalah lakonan mereka untuk watak suami isteri dalam Nur Kasih The Movie yang bakal ditayangkan dalam bulan Mac tahun depan. Tiz Zaqyah yang membawa peran Nur akan lebih beremosi dalam filem ini dan watak Adam oleh Remy Ishak pastinya akan mengimbau kembali kegemilangan drama ini seketika dulu.
Tiz serta dua pelakon utama filem itu iaitu Remy Ishak dan Fizz Fairuz telah menjalani penggambaran selama 35 hari bermula 19 Jun lalu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Jordan. Untuk scenes di Jordan, shooting berlangsung selama 10 hari di negara Timur Tengah itu bersama Fizz dan Remy. Cabaran di sana sangat banyak. Dengan cuaca yang tak menentu, ada ketika terpaksa merempuh ribut pasir dan keadaan social dan budaya di sana.
Dalam filem ini, Tiz cakap wataknya sebagai seorang gadis dan kemudian isteri yang bertudung lebih bergolak dengan permainan emosi. Wataknya agak kuat, malah lebih kuat, lebih cekal dalam masa yang sama nampak agresif.
Kata Tiz: “Saya tak akan menangis tetapi orang yang menonton filem ini akan menangis.”
Mampukah filem ini meraih fenomena luar biasa sebagaimana yang diharapkan?
Jawapannya, terpulang kepada penonton yang akan menilainya.
Sinopsis pendek yang merangkumkan jalan cerita sebagai teaser filem ini:
Setelah Adam berjaya mendapatkan cinta Nur..setelah Aidil mendapat kepercayaan Aliya..setelah Sarah benar – benar insaf… apakah lagi yang sanggup dikorbankan demi cinta….nantikan Nur Kasih The Movie…
Di sesi bersama media semasa hari ke-3 pengambaran filem terbitan Grand Brilliance ini, Tiz Zaqyah dihujani oleh soalan-soalan yang sebenarnya sudah dijangkakan. Ianya tentang kes Tiz Zaqyah dituduh cuba menggoda kekasih Fasha Sandha, Jejal yang tercetus pada bulan Jun lalu.
Segala kontroversi yang melanda tidak sedikit pun menjejaskan tumpuan Tiz Zaqyah di lokasi. Maintain je emosi Tiz. Suaranya halus dan sengau-sengau tu buat ada media yang menyuruh Tiz jadi penyanyi. Manalah tahu ada bakat. Tapi Tiz cakap, dia pun tak pasti, mana tahu ada yang cakap nanti suara dia sumbang ke. Kalau nak tahu, sebelum jadi pelakon, Tiz pernah ditawar jadi penyanyi!
Menurut Tiz Zaqyah, dia sebenarnya tak nak komen banyak-banyak tentang perkara itu. Cukuplah dia dah komen di program Melodi hari tu. Yang penting, sekarang ini kejadian itu banyak memberi pengajaran berguna untuk Tiz meniti hari sebagai seorang selebriti. Mulai saat itu, Tiz mulai berhati-hati untuk memilih kawan.








Tags: Filem, Remy Ishak
Tags: Filem, Remy Ishak, Tiz ZaqyahClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





July 23rd, 2010 at 11:31 am
romantiknya adam(remy) dan Nur(tiz zaqyah), mcm aku dgn Noraishah je serasi dan sepadan sgt… sama2 hensem dan sama2 cantik
July 23rd, 2010 at 4:04 pm
Romantiknya Adam dan Nur Amina… Tak Sabar menunggu kemunculan Nur Kasih The Movie..
July 23rd, 2010 at 4:13 pm
wah romantiknya remy n tiz.. kalau jd hubungan cmnie di alam realiti mesti best.. mereka sepadan.. Buat Tiz, biarkan pasal FS tue.. org gile publisiti murahan mmg cmtue.. Tiz mesti naikkan mutu lakonan Tiz.. Capai award Pelakon Filem Wanita Terbaik..
July 24th, 2010 at 11:55 am
Insya-Allah, sbg peminat kita doa2 kanlah utk kejayaan mereka
July 25th, 2010 at 12:47 pm
pic semuanya cantik2!
July 26th, 2010 at 1:28 pm
Caiyok2 TZ….untuk filem Nur Kasih The Movie ni…harap2 ianya meletop dan TZ berjaya dapat gelaran Pelakon Filem Wanita Terbaekkkkkkkkkkk….
July 26th, 2010 at 10:14 pm
haah jgn layan fasha sebab dia gile!
July 27th, 2010 at 11:07 am
saya rasa tz n remy ada jodoh lah. sangat sepadan….
pasal fasha sendat jangan di layannnnnn, tak hbs2 menganggu
hidup orang…. muka nampak tenang tapi hati buruk sangat….
semoga fasha sendat insaf….
August 7th, 2010 at 12:41 pm
ROMANTIKNYE TIZ DGN REMY ISHAK CEMBURU SAYE .KORANG NI DAH BERCINTE KE………………….
MAAFLAH KALU SAYE TUMPANG SEKAKI
SAYE NI BARU TINGKATAN 2
August 11th, 2010 at 11:22 pm
woww…romantik gler remy(adam) ngan tiz(nur amina) cam owang dok ngah bercinta jeww…memang cute gler bebb..law luar lokasi remy nagn tiz cam nie kan syok sama encem dan sama cantik…x sabar nak tengok nur kasih the movie…mesti romantik habis kan!!!!!!!!!!!!!!!
September 17th, 2010 at 2:36 pm
If only both of u realize that u two are meant for each other.
October 10th, 2010 at 10:47 pm
cute couple..memang sangat sesuai remy n tiz.Nur Kasih The Movie pasti boom..
January 24th, 2011 at 9:00 am
tak saba nk tgk cterr niehhhh…rindu citer nur kasih….tiz n remy we love both of u……tiz u mmg plakon yg best…:)
January 24th, 2011 at 2:34 pm
Kome berduea ni kalo declare mmg ada ape2, udah tentu ceghite Nur Kasih kan meletop dan dinobatkan filem melayu terbaik era 2000 ni. Kome, klu tak caye, nengokle nnti. Teman berani sedekah pisang …. hahahaha
March 30th, 2011 at 4:18 pm
Tiz (Nur) so sweet …Remy (Abg Adam) segak..saya minat dan suka sangat dgn mereka berdua ni kerana mereka saya berminat semula dgn actor/actress Melayu, gadingan yg meletop. Menghitung hari menunggu kehadiran Nur dan Adam (Remy/Tiz) di layar perak pulak woohoo…19 Mei 2011 dah ku tandakan di kalender istimewa untuk NKTM.