Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Rodeo Malaysia MAHA 2008 Serdang Selangor



Satu majlis Pelancaran Rodeo Malaysia telah diadakan di Restoran Saloma Bistro pada 24 Jun 2008 (Selasa) jam 3 petang. Ianya dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed.

Tahukah pembaca semua apa itu rodeo? Rodeo ialah pertandingan menunggang lembu dan kuda liar. Untuk info lanjut, sila klik sini.

Rodeo Malaysia 2008 akan diadakan pada 11 hingga 23 Ogos 2007 bersempena dengan MAHA 2008 (Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2008) dengan anjuran Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Pertama kalinya di Malaysia dan rantau Asean, Rodeo Malaysia diadakan di pusat pameran MAHA, Serdang, Selangor.

Dua juta orang dijangka mengunjungi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 yang memperkenalkan acara baru pertandingan menunggang lembu dan kuda liar atau rodeo.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) sempena MAHA 2008 yang akan berlangsung di Taman Pameran Pertanian Malaysia (TPPM), Serdang dekat sini pada 11 hingga 23 Ogos ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, 40 pakar rodeo dari Australia bakal berentap untuk menjinakkan 20 haiwan liar dalam pertandingan itu.

”Saya yakin pertandingan yang unik ini mampu menarik kedatangan lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran Rodeo Malaysia 2008 di sini hari ini.

Sembilan acara bakal dipertandingkan termasuk menunggang lembu liar serta memburu sasaran hidup seperti kambing sambil menunggang kuda.

Sebarang pertanyaan mengenai Rodeo Malaysia 2008, hubungi Warisan Advertising Sdn. Bhd. di talian 03-42527279/7280 atau faks 03-4252 7281 atau emel admin@rodeomalaysia.com.

Info lanjut di: http://rodeomalaysia.com

[tags]c[/tags]

Tags: , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Mahabbah Ramadhan & Penyampaian Sumbangan Hari Raya
  • Sekitar Sua Rasa TV9 di Tapak Ekspo Maha Serdang
  • Profile ALICE NORIN
  • AFCM ROBOTtip 2008 Bersama ADAM
  • Hari Raya Haji Jatuh Pada 8 Disember 2008
  • Profile Aditya Herpavi Rachman
  • Contest Result KUIZ ICIP-ICIP TV3
  • Ujibakat GangStarz Musim Kedua Kembali Lagi
  • FORUM PERDANA & DOKU KHAS AIDILFITRI, SEMBANG PAGI RAYA
  • Photo of the Day: Royal Selangor Gallery



    • http://obefiend.blogspot.com obefiend

      are u avin a laff?

    • Mohd Nadzir

      Yeehaah…Gempak Cowboy datang Malaysia, TAHNIAH kepada penganjur MAHA, kalau di luar negara, ramai orang Malaysia yang tak dapat tengok RODEO beraksi tapi kalau buat di Malaysia, ramai yang nak datang tengok cowboy beraksi..Saya dari Gemas Negeri Sembilan, sudah tiga kali datang untuk melihat RODEO MALAYSIA ni, bagus sangat-sangat. YEEHAAH…..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK