in

Rock N Riuh Promo Tour Warner & Era 2011

Rock N Riuh Promo Tour Warner & Era 2011

Sebagai satu cara menyambut tahun baru 2011 dengan lebih bermakna, Warner Music Malaysia mengambil inisiatif untuk melancarkan siri jelajah Rock N Riuh Promo Tour Warner & Era 2011, yang akan mewarnai 6 buah destinasi di seluruh Malaysia sepanjang Januari hingga Februari (Finale) 2011.

Buat pertama kali sejak penubuhan Warner Music pada tahun 1978 sebuah siri jelajah yang berskala besar dengan penggunaan bajet yang lumayan diadakan bagi membantu merealisasikan impian peminat-peminat industri muzik tempatan untuk bertemu dan menyaksikan artis-artis pujaan mereka secara live dan in person.

Di samping mengukuhkan lagi nama mereka, team Warner Music Malaysia juga akan berada bersama untuk menjual CD-CD dan juga kandungan eksklusif muatturun dari artis-artis berkenaan.

Selain daripada memperdengarkan single terbaru masing-masing, artis-artis yang mengikuti siri jelajah ini juga akan mengambil masa untuk beramah mesra menerusi sesi ‘meet-and-greet’, di mana para peminat boleh mendapatkan autograph serta mengabadikan kenangan secara bergambar dengan artis-artis kesayangan mereka. Artis-artis yang akan mengambil bahagian termasuklah Jinbara, Fiq, Nashrin, Tom, Wana dan artis baru Awi Rafael di bawah bimbingan Dimas (Hujan).

Untuk pengetahuan umum, Era.FM merupakan radio rasmi selaku rakan bersama siri jelajah unggul ini.

Di kala pasaran muzik kini yang masih lesu dan kurang memberangsangkan, Warner Music Malaysia begitu berani mempetaruhkan risiko dengan mengadakan kempen sebegini, semata-mata untuk memastikan yang artis-artis naungan mereka terus mendapat tempat di hati peminat-peminat muzik tempatan.

Apatah lagi artis-artis ini masing-masing baru saja memasarkan produk baru masing-masing, seperti Jinbara, Fiq, Wana, Tom dan Nashrin sementara Awi Rafael album akan berada di pasaran dalam bulan March, 2011.

Tom

Jinbara misalnya, kini semakin popular dengan lagu mereka, “Jangan Lama Lama”, yang merupakan sebuah rakaman semula lagu lama dendangan Sweet Charity. Namun, versi Jinbara ini lebih segar dan organic, maka tidak hairanlah ianya semakin mendapat perhatian ramai.

Begitu juga dengan Fiq, yang pertengahan tahun ini telah melakar populariti menerusi lagu “Manifestasi Cinta” yang berjaya ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik; kini Fiq bersedia menemui peminat-peminat dengan single terbaru “Tragis” yang bakal diputarkan di corong-corong radio.

Wana Juara MyStarzLG musim ke 2 ini yang popular dengan lagu ‘Orang Biasa’ dan sekarang ini menampilkan lagu duet yang menjadi siulan masa ini iaitu lagu ‘Ingin Bersama kembali’ bersama Nashrin.

Nashrin ( Naib Juara MyStarzLG musim ke 2 ) pula akan terus berkongsi ‘fobia’ beliau menerusi lagu yang cukup hip di kalangan pendengar muda, “Fobia Cinta”, manakala Tom, juara MyStarz LG musim ke-3, akan gigih terus memperkenalkan album sulungnya berserta single kontroversi “Lagu Untuk Kuala Lumpur” yang dicipta oleh LY dan Noh (Hujan) manakala lirik di tulis oleh Rafidah (bekas pengacara 3R).

Awi Rafael juga akan mempersembahkan lagu terbaru Awi yang berjudul “Pulanglah”.

Siri promosi yang diadakan secara besar-besaran yang belum pernah diadakan oleh mana-mana syarikat rakaman di Malaysia ini (Warner Music Malaysia merupakan yang pertama) bukan sahaja mengelilingi sekitar Semenanjung Malaysia, malahan turut meliputi Sabah dan Sarawak!

Berikut disertakan jadual siri jelajah Rock N Riuh Promo Tour Warner & Era 2011:

14 Januari – Suria KK ( Sabah )
15 Januari – Tun Jugah Mall (Sarawak)
22 Januari – East Coast Mall (Kuantan)
23 Januari – Plaza Angsana (Johor Bahru)
29 Januari – Taiping Central (Taiping)
12 Februari – Central Market ( Kuala Lumpur )

Nantikan siri jelajah Rock N Riuh Promo Tour Warner & Era 2011 sepanjang Januari hingga Februari 2011 yang akan datang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aizat & The Band di Semporna & Pulau Sipadan Sabah

Fara Fauzana Pakai Kimono di Party Masquerade Media Hiburan