in

Rizman Ruzaini Lancar Laman Sesawang Rasmi

Baru-baru ini, Budiey dijemput untuk menyaksikan Majlis Pelancaran Laman Web Rasmi Pereka Rizman Ruzaini iaitu www.rizmanruzaini.com. Tahniah Budiey ucapkan kepada kedua pereka ini. Ya, Rizman Ruzaini, sebuah nama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen tanah air turut melancarkan rekaan terkini mereka. Budiey sebenarnya dah lama mengenali pereka fesyen ini iaitu sejak Budiey mulai bergiat sebagai blogger hiburan lagi iaitu hampir 7 tahun lalu. Syabas diucapkan kepada mereka sebab Budiey boleh nampak kemajuan mereka dalam dunia rekaan fesyen ini. Makin berkembang maju!

Rizman Ruzaini Petals

Menyentuh sedikit tentang laman web rasmi mereka, laman ini adalah hasil kerjasama Rizmanruzaini dan Hunny Media. Menerusi laman web ini, pengguna boleh menempah busana dari Rizman Ruzaini dengan hanya memilih design yang disediakan dan kemudian memasukkan perincian yang diperlukan ke dalam borang yang tersedia. Selepas itu, tempahan akan disiapkan dalam masa tertentu dan terus dihantar ke rumah pelanggan melalui pos.

Dalam majlis itu juga, Rizman Ruzaini melancarkan 2 koleksi terbaru busana mereka. Koleksi pertama “ZZbyRR” adalah hasil kolaborasi antara Rizman Ruzaini dengan artis terkenal, Ziana Zain. Koleksi Ready To Wear ini bertemakan kasual dan khusus untuk golongan wanita berkerjaya. Koleksi ini akan berada di pasaran tidak lama lagi. Koleksi kedua adalah 12 pilihan busana perkahwinan bertemakan “Petals”. Koleksi ini boleh mula didapati di laman web www.rizmanruzaini.com Januari ini.

Majlis pelancaran yang telah berlangsung di Blackbox Publika Solaris Dutamas pada 21 Disember 2013 itu turut dihadiri oleh barisan artis tempatan seperti Ziana Zain, Izara Aishah dan Kilafairy.

Rizman Ruzaini Petals

Rizman Ruzaini Petals

Rizman Ruzaini Petals

Rizman Ruzaini Petals

Rizman Ruzaini Petals

Rizman Ruzaini Petals

Rizman Ruzaini Petals

Rizman Ruzaini Petals

Rizman Ruzaini Petals

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Fan Meeting Lee Kwang Soo di Malaysia

Salamiah Hassan Menghitung Hari Kini Giat Jalani Latihan