Rizal Tersingkir, Kreativiti & Gimik Yang Sarat
Masa dalam Dewan Sivik, sejurus selepas nama Rizal disebut, ada perempuan di sebelah saya berbisik, ”Rizal terkeluar ni sebab terkena badi Dekna la nih.” Ya rabbi, tak pasal-pasal Dekna lak yang kena. Apa ke hel? Mentang-mentang depa berdua ni pernah digossip. “Bukan la kak, Rizal terkeluar sebab undian SMS dia rendah. Dah takdir suratan dia, nak buat macamana.

Saya kira, ada dua sebab Rizal mengikut jejak langkah Dekna. Pertama, penyokong pelajar lain terlalu kuat. Kalau nak dikira dari segi prestasi yang rendah, rendah lagi prestasi Aswad. Tetapi mengapa Aswad tidak keluar. Sebab penyokong dia kuat. Terbukti Kelab Peminat Aswad sedang pesat membangun. Kedua, selain graf persembahan mendatar, Rizal seakan hilang fokus. Antara mahu menjadi pelakon atau penyanyi. Saya rasa, Rizal sesuai jadi pelakon. Tidak diragui, sudah ramai pengarah yang menunggu masa untuk menyambar Rizal setelah tersingkir. Entah-entah hari ni dah kena terkam… dapat berlakon filem. Memang masin betul mulut Kudsia Kahar yang terlepas cakap pasal kedudukan Rizal yang tercorot. Ironinya, lagu That Thing You Do yang dinyanyikan oleh Rizal ialah persembahan terbaik Rizal setakat ini. Terbukti, hampir semua pengkritik menyalakan butang biru. Jadi, saya kira Rizal keluar dengan bermaruah. Sekurang-kurang ada juga yang boleh dibanggakan.

Heliza antara yang tercantik dari segi fesyen dan penampilan pada malam itu. Tapi malangnya hanya mendapat satu lampu biru sahaja. Namun, saya masih terkilan kerana Heliza masih dikritik meniru suara dan lenggok Datuk Siti Nurhaliza. Malah ton mereka berdua hampir sama. Apa lagi yang Heliza boleh buktikan selepas ini saya pun tidak mengagak. Alangkah bagusnya Heliza dilahirkan sebelum Siti Nurhaliza. Maka, Siti Nurhaliza juga pasti akan dikritik kerana memiliki tone suara seperti Heliza.
Kembali kita berbicara pasal konsep program ini. Setelah minggu lalu, kita lihat konsert yang suram, tidak bermaya, maka minggu ini datanglah teori-teori team produksi yang sangat kreatif bagi membangkitkan selera penonton. Setelah dikritik konsert minggu lalu masih hambar, tiada kreativiti, persembahan yang tidak meningkat dan masih ditakuk lama. Kini, datang pula idea yang berlonggok-longgok dalam satu masa. Habis, minggu depan nak buat gimik apa lagi?
Hairan bin Ajaib saya rasa. Terasa idea-idea yang terlalu banyak dihimpunkan dalam satu konsert. Gimik-gimik seperti mempertemukan pelajar dengan bintang dianggap klise dan satu idea lapuk. Pada sesetengah orang, mungkin satu idea yang boleh menceriakan dan menaikan semangat pelajar. Itu betul. Setiap tahun itu sahaja ideanya. Penonton sudah jemu dengan idea-idea sebegitu.
Lalu, sebagai penawar, dibawanya konsep cowboy, disuntik fesyen country, diusung kanak-kanak junior bagi mewakili pelajar, dijemput bintang-bintang popular baru dan lama, dibuatnya macam satu anugerah. Konsep dan imej cowboy yang ditampilkan memang gempak. Lari dari kebiasaan. Tidak pernah diadakan sebelum ini walaupun seingat saya, Salima pernah diberikan konsep sebegini di satu persembahannya. Tampak buruk kerana perempuan bertudung seperti Salima dipakai pula topi cowboy. Namun, Jasmi setakat ini memberi satu sentuhan menarik. Jarang kita dengar orang tak puas hati pasal pemakaian. Berbanding dengan musim lalu di mana pasti ada pakaian yang tak sesuai. Tapi dalam kata pakaian kali ini OK… ada juga yang mempersoalkanl mana datang dan pakaian itu dibelinya dekat kedai mana. Saya ada terbaca, pakaian untuk konsert ini ada yang dibeli di Thailand. Murah katanya. Tapi semua itu saya tak kisah sangat. Yang penting, konsep untuk pengenalan dah kira OK. Maka, OK lah kaedahnya.
Manakala, pengkritik diberi lampu biru yang perlu ditekan seandainya mereka suka dengan persembahan pelajar. Format macam ini sepatutnya diterapkan pada awal minggu lagi. Pelajar dapat merumuskan dengan melihat rating yang diberikan oleh pengkritik.


Saya percaya, penonton di rumah juga ikut tertawa dengan gelagat kanak-kanak yang didatangkan sebagai mewakili pelajar. Suka tengok budak-budak yang comel meneriak afundi dan tagline bagi pelajar. Macam perlawanan bola sepak pula saya tengok. Kan, masa perlawanan bola sepak, pemainnya diiringi dengan kanak-kanak masa nak masuk padang. Tak cukup dengan itu, Aznil pun ada dibawa juniornya sekali. Saya pernah lihat kanak-kanak petah berbicara yang bernama Haziq itu di rancangan Macam-Macam Aznil. Kalau tak silaplah, budak ni memang ada gaya nak jadi pelawak. Kelakar habis. Kami yang ada di dewan memang pecah perut melihat telatak budak-budak tu berlawan dengan seniornya. Memang ada bakat.
Bercakap pasal konsep minggu ini, setiap pelajar didatangkan ikon-ikon dan bintang dalam industri. Tidak kira, senior, veteran, yang sudah expired, termasuk juga yang masih segar dan hangat di pasaran. Datangnya mereka ini bukan dengan tangan kosong. Datang mereka bersebab iaitu untuk memberi kata-kata nasihat dan perangsang. Satu idea yang bijak dan bersebab. Penuh suku dewan Sivik dengan selebriti jadinya. Saya suka tengok reaksi Shawal yang menelan air liur apabila dibawakan Erra Fazira. Kak Girl a.k.a Rahimah Rahim juga sanggup diterbangkan dari Singapura untuk memberi semangat buat Candy. Berkesan atau tidak? Saya rasa kesemua pelajar mengambil kata dan cuba memberikan yang terbaik. Persembahan Candy tidak kurang hebat walaupun gerakan nampak bersahaja. Sebaliknya, itulah satu persembahan yang jujur.

Cuma satu, konsep macam anugerah tu. Ada pro dan kontranya. Dibuat gaya macam anugerah, apa motif dan tujuan sebenar. Apakah sekadar nak buat penonton ketawa dengan senarai calon-calon? Kelakar memang kelakar sebab ada unsur lawak yang ada trigger. Pada saya, dibuat konsep anugerah main-main macam ini akan membuat pelajar diberi gambaran, selepas keluar AF nanti…. ooo bukan main lagi aku nanti popular dapat jadi bintang dan dijemput berucap di anugerah-anugerah besar. Semakin lama pelajar disogokkan dengan benda-benda khayalan dan fantasi begini membuat mereka lupa diri mereka, lupa tujuan asal masuk akademi dan mereka akan terus perasan mereka sudah bagus dan tidak perlu bersusah payah nak belajar lagi.
Berhenti setakat itu, coretan saya pada konsep konsert malam tadi. Saya belum lagi merencana untuk menulis komen tentang persembahan pelajar satu persatu. Ternyata, ada yang meningkat, ada yang kreatif, ada yang berani, ada yang masih ditakuk lama, dan ada yang sudah menunjukkan taring. Apa yang saya terkilan, persembahan Ebi tidak jauh seperti persembahannya pada minggu sebelum ini. Malah, grafnya menurun. Cuma saya suka dengan rambut Ebi yang sudah pun direvamp dengan menggunakan teknik rebonding? Sekurang-kurang adalah juga yang mendengar kata-kata peminat yang menyuruh rambut Ebi dipotong. Rimas, kata mereka. Yang terbaik malam tadi ialah Candy, Shawal dan Mila.
Shawal tampil dengan imej rock yang saya rasa tidak kesampaian. Gaya rocknya sudah ada. Tapi saya tidak nampak sebarang momentum atau klimaks dalam persembahan Shawal. Suara Shawal sengaja diserakkan agar serasi dengan lagu daripada kumpulan Wings ini. Satu percubaan yang saya rasa hampir berjaya. Masih banyak yang perlu diperbaiki terutama pada minit-minit terakhir lagu ini yang memerlukan energi yang lebih lagi.
Saya minta maaf kerana ulasan saya kali ini agak berserabut dan tidak tersusun. Keseluruhan konsert malam tadi menghiburkan saya. Hahaha… ye la. Kita ke konsert untuk berhibur. Jadi, kalau pulang dengan hati yang tidak berhibur, apa gunanya? Ada orang pulang dengan hati yang sakit dan geram. Macam sia-sia saje pergi tengok konsert. Tapi saya seronok dan puas hati sebab ada pengurus artis ajak ke bilik artis-artis bersarang dan bersantai sebelum konsert bermula. Kat situ saya bertemu pengkritik lama, Kudsia Kahar, ada Yanie, ada Erra, ada Nikki, ada Farid Kamil, ada dramtis Jalaludin Hassan dan ramai lagi lah. Walaupun tak dapat ambil foto mereka, tapi tak pela. Masa tu saya rasa macam takde adab dan tak sesuai ambil gambar selebriti kat dalam bilik tu… mmm… apa-apa pun seronok gak la tengok depa ni bersiap-siap sambil makan-makan sebelum konsert.
Pada pendapat anda, apa yang membuat persembahan pelajar dikatakan bagus? Adakah pengaruh lagu? Adakah pengaruh penataan cahaya? Adakah suara yang bersesuaian dengan lagu? Atau macamana?
Baca ulasan lain:
- Fanatik Dafi yang telah menemui kereta Daf1
- Klubbkidd yang berjaket putih malam tu
- Sultanmuzaffar
- Ulasan Pengurus Diddy
- Hanya untuk Candy
- Komentar dari seorang Penglipur Lara
- Reporter Juan Danza
- Kepada pengulas, sila berikan link anda untuk diletakkan di sini. Terima kasih banyak.
Technorati Tags: Akademi Fantasia, Candy, Nikki, Aznil, Review, Rizal tersingkir
Tags: Akademi Fantasia, Konsert, Ulasan, gimilk, pelakon, penyanyi, RizalBaca artikel lain yang berkaitan:









April 22nd, 2007 at 6:37 am
heh….aku tetap stick my ori five!!! the best malam smalam candy and mila!
April 22nd, 2007 at 9:55 am
Klubbkidd, harap dua2 skali dapat ke final. Aku tengok Mila tu macam selalu terselamat walaupun berada di tempat paling bawah.
April 22nd, 2007 at 12:43 pm
me too .. hope mila ke final .. huhuhuh .. mila byk improvement dari konsert ker konsert
April 22nd, 2007 at 1:45 pm
mila the best! tp smlm, best la dpt tgk kudsia balik! windu dia sgt!!!!
April 22nd, 2007 at 2:35 pm
Faidhi & Affanazami, wah korang berdua minat Mila rupanyaaa…
April 22nd, 2007 at 4:28 pm
Saya pun tak nak ketinggalan jugak…saya minat Shawal…hehe
faidhi, susahlah nak differentiate kita dua nie…sudahlah ejaan nama sama..mcm mana nak buat nie??
April 22nd, 2007 at 4:30 pm
harusla!=p. mila improve terlalu mendadak! wish dekna were in also.. humph
April 22nd, 2007 at 4:32 pm
f41dh1, i think salah seorang dari you all yang ada dua nama ambik nama yang satu lagi…
affanazami, Dekna akan jadi penyampai radio Era tak lama lagi.
April 22nd, 2007 at 4:56 pm
OMG! really???????? suke nye!!!!!!!!!
April 22nd, 2007 at 5:02 pm
dekna akan menjejaki nana!
April 22nd, 2007 at 5:12 pm
affanazami, itu sekadar satu spekulasi dan rumors je tu. Tak kompem lagi…
April 22nd, 2007 at 5:20 pm
alah..
April 22nd, 2007 at 7:05 pm
konsert ke-6 ni aku paling suka candyy! love candy! time konsert dia ni mesti cantik bangat! mila pun sedap, tp sgt suka mila bawak lagu benci tp rindu.. the best so far!
April 23rd, 2007 at 5:31 am
nasib baik nama wan ni unik
ahaks!
tapi kan, DAF1 bukan kat kelisa actually.
April 23rd, 2007 at 7:36 am
mila…kecil2 cili padi. makin lama makin menyengat. boleh ikut jejak salamiah hasan & ramlah ram. badan kecik tp vocal power
April 23rd, 2007 at 8:58 am
ahaks .. lebey kurang plak name .. huhuhu .. takde la sampai minat gila mila tu .. biasa2 je … sebab aku nampak dier nyer peningkatan …
p/s: sapa nak pegi teater BAIK GILA boleh gtau aku .. tak pon usha blog aku
April 23rd, 2007 at 9:30 am
sorry ek. nie bukan pasal af coz mazen tak tgk af. tapi ni pasal video clip siti nurhaliza lagu ‘bisakah’.
video clip tu membuatkan mazen terkesima sbb mazen rasa video clip paling best yg pernah siti ada. itu pendapat mazen jer. rasa sebak la tgk video clip lagu tu.
budiey dah pernah tgk tak?
April 23rd, 2007 at 9:39 am
Manchurr, first time baca yr komen kat sini.. thanks ya. Minat Candy gupenyer…
Wenkt, unik le jugok namo demo… Dafi paka keter gapoh Wenkt. Sebab maso konsert itu hari, Mr Manager ajok pi tgk keter Dafi… kato dia, meme itu keter Dafi. Kalu kawe tok silap lah.
Kak Ira, orang kecik biasanya suara dia power…
Faidhi, tak sabar nak tgk teater si Nughul ni… miss her so much!
Mazen, klip video Bisakah tu Budiey dah tgk. Memang power giler. Fotografi mengancam habis, cinematografi lawa giler, jalan citer teguh.. seteguh batu karang di lautan, mesejnya buat kita terkesima seketika, gaya fesyen Siti pun nampak bersahaja… semua complete.
Tengok la pulak sape yang buat dan kat mana diorang bikin video tu.
April 23rd, 2007 at 10:04 am
erk .. manchur pon da ader kat sinie .. hehe .. dier ni minat zana .. tp da out .. ekekekek .. tol tak man … yups budiey .. tak sabar nak tgk teater nurul berlakon nih .. kalo ader sape2 nak pegi .. just go to my blog k
April 23rd, 2007 at 10:10 am
bisakah tu len dari any siti’s vclip.. sgt bermesej. lagu tu pun berpotensi sgt ke JUARA LAGU next year!
April 23rd, 2007 at 10:15 am
Affanazami, nak jadi JUARA LAGU tu susah sikit sebab lagu Bisakah tu dah expired date… hahaha!
Dengar citer Siti akan rakam album irama etnik tak lama lagi, betul ke?
April 23rd, 2007 at 10:34 am
@budiey: hehe slalu visit. tp xpenah leave comment!
@faidhi: zana dah tarik diri, pastu noni pun dah xde.. nasib baik candy best skrg.. tidak xsemangat la nak tgk AF hehe
April 23rd, 2007 at 10:44 am
yup budiey. smlm siti bagi tau aku. skrg ni dia sibuk kat studio buat rakaman. he he he… mcm btul jer siti bg tau kat mazen. dlm mimpi boleh la mazen b’bual dgn siti.
April 23rd, 2007 at 11:41 am
man .. mau tgk teater BAIK GILA tak .. ekekekke .. lalalal .. promo lagi
April 23rd, 2007 at 12:30 pm
Wah makin glamer la budiey siap kluar kat AC disini yerrkkk
April 23rd, 2007 at 12:33 pm
Faidhi, promo jangan tak promo.
Nakaltitude, mana ada glamer… biasa-biasa saje tu… anyway, ada link permalink for ulasan konsert tak, i nak link kat sini…
April 23rd, 2007 at 12:58 pm
hehe.. yeke? taktgk la AC disini. menyampah ngan cik mat poi tu.
April 23rd, 2007 at 1:06 pm
Haha, baik korang jangan tengok… malu jeh… aku maluuuuuuuu!
April 23rd, 2007 at 1:29 pm
suara heliza tu bagus….. cuma kurang power
betul jugak kalau heliza yg kuar dulu mesti org kata datuk ct yang tiru suara heliza ….
April 23rd, 2007 at 3:00 pm
budiey makin fofular…..
April 23rd, 2007 at 3:34 pm
tp 5 i, ikot raking tau
1. Mila
2. Shawal
3. Candy
4. Ebi
5. Dafi la kot..
mintak2 la menjadi angan2 aku nak tgk pompuan juara kali ni! isk! hehe.. minggu ni smg **yg dicensored** kuar, diikuti heliza n aswad. haha.. jahatnye aku!
April 23rd, 2007 at 10:09 pm
Kenapa mesti jadi deejay. Kenapa tak kembangkan menjadi pengacara tv dan sebagainya. Pengacara TV kan terhad sekarang ni. Asyik2 deejay. Pastu buat banyak2 station.
Abang budiey,
saya rasa, tiap2 minggu konsert memang bosan. gimik2 tu semua lagi buat bosan. saya actually expect something more professional. at least, Af can regain respect like it used to be.
akhir kata, majulah budiey untuk industri hiburan nasional.
April 24th, 2007 at 12:20 am
XXXXXX nyanyi pun best jugak. Awat tak ada orang yg review psl performance dia? Ker aku ada tertinggal keretapi?
April 24th, 2007 at 8:28 am
amboi izham, mengampu nampak, hahahaha…
saya tak suka candy. dia suka buat muka bila pemilihan lagu dibuat. mila paling banyak peningkatan.
apa2pun lelaki tetap mendominasi carta, seterusnya menjadi juara. dah adat kan?….
April 24th, 2007 at 7:49 pm
Saya punya wish list untuk final 5 beza sikit je ngan affanazami, i.e. saya nak tengok all 3 girls (heliza, mila, candy) dan ebi serta shawal (depa ni kamceng nampak, sama2 solat kot?). Dafi ka, ******* ka atau aswad, pls forgive my choices..diaorang berlima ada merit, sentiasa berada di top 3 best performance saban minggu
January 11th, 2008 at 1:08 pm
cube teka sapa saya????
kacangx100000000000000000