in

RINGGIT SENSE Kupasan Isu Ekonomi & Pengurusan Kewangan Untuk Generasi Muda

Masalah perumahan, gaji minimum, industri e-hailing dan pembelian atas talian merupakan isu semasa yang harus diketahui serta difahami oleh masyarakat Malaysia terutama generasi muda yang baru memasuki alam pekerjaan. Kembali untuk musim ketiga, Ringgit Sense memaparkan analisa ekonomi dan berita hangat tentang perniagaan yang menjadi tajuk utama di akhbar pada setiap hari Isnin, pukul 6.00 petang, bersiaran secara langsung di TV3 bermula 14 Ogos 2017.

Azaria Tagaya (2)

RINGGIT SENSE Kupasan Isu Ekonomi & Pengurusan Kewangan Untuk Generasi Muda

Menampilkan Azaria Tagaya, penyampai berita Buletin Utama dan Nightline sebagai hos, Ringgi Sense bukan sahaja disampaikan dalam Bahasa Inggeris tetapi Azaria juga akan berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia, bersesuaian dengan tetamu jemputan yang hadir. Beliau akan menemuramah Menteri atau Ketua Pegawai Eksekutif secara siaran langsung di studio selain turun ke lokasi untuk menyelongkar kisah-kisah menarik disebalik tabir sesebuah syarikat.

“Dengan kupasan Azaria Tagaya yang lebih santai dan penggunaan bahasa yang mudah difahami, isu ekonomi dan pengurusan kewangan peribadi tidak akan menjadi perkara yang sukar difahami oleh generasi muda. Jadi, program ini dapat berkongsi tips pengurusan kewangan yang betul dan isu semasa tentang pertumbuhan ekonomi negara. Kami ingin membantu mereka yang baru bekerja dan ada anak kecil. Perancangan kewangan amat penting pada peringkat umur ini kerana kesilapan hari ini akan memberi kesan jangka masa panjang kepada kewangan mereka,” kata Encik Ooi Beng Cheang, penerbit eksekutif Jabatan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad.

Episod pertama telah menampilkan Encik Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif kepada Lazada Malaysia untuk mengulas perubahan corak perbelanjaan rakyat Malaysia yang mula cenderung kepada pembelian atas talian sejak lima tahun ini. Selain itu, Encik Hans-Peter juga berkongsi rahsia kejayaan Lazada dan strategi mereka untuk berhadapan dengan cabaran dari pesaing. Bersama-sama dengan Encik Kevin Lee, Ketua Pegawai Operasi Lazada Malaysia, Azaria juga meninjau operasi di gudang Lazada Malaysia.

Seterusnya, episod kedua akan menemuramah pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tentang penguatkuasaan sistem e-panggilan (e-hailing). Azaria juga akan menemuramah individu yang memilih e-panggilan sebagai sumber pendapatan sampingan.

Jangan lupa janji temu anda bersama Azaria Tagaya di Ringgit Sense (13 episod) terbitan Jabatan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad pada setiap hari Isnin, pukul 6.00 petang di TV3 dan menyaksikan program ini melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my. Anda juga boleh melayari laman sosial Facebook Ringgit Sense TV3 untuk melihat video tambahan.

Layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia untuk info terkini.

Azaria Tagaya RINGGIT SENSE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

5 Sebab Kurta Teluk Belanga Cirgaro™ Perlu Korang Beli

Fazura & Fattah Amin Bakal Dilantik Jadi Duta Produk MAYDAN