in

Revolusi Baru MyTV3 Bersama Aidid Marcello

REVOLUSI BARU, MANFAAT SEMUA
Kini Bersiaran 30minit Bersama Aidid Marcello

MyTV3 kini berwajah baru dengan kelahiran program 30 minit yang telah mula bersiaran pada 7 November 2010, setiap hari Ahad jam 6.00 petang. Lebih padat dengan perisian program-program baru, MyTV3 juga mewujudkan satu interaksi dan komunikasi yang lebih rapat bersama ahli-ahlinya di samping menghargai sokongan padu mereka selama ini.

Pelancaran wajah baru MyTV3 telah diadakan di gerai MyTV3 bersempena dengan Karnival Jom Heboh di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 7 November 2010 jam 6.00petang. Ahli-ahli MyTV3 dijemput untuk meraikannya bersama krew MyTV3, MyTV3 Roverz dan juga artis-artis jemputan seperti Intan Ladyana, Erry Putra, Comel Hotel Mania dan Munir.

mytv3

Dihoskan oleh personaliti TV yang tidak asing lagi, Aidid Marcello, MyTV3 memberi peluang kepada ahli-ahli untuk mengikuti perkembangan terkini MyTV3 menerusi 4 segmen eksklusif iaitu MyDREAMS, MyMEMBERS, MyDAY dan MyZONE. Sejak memulakan operasinya secara tidak rasmi di Karnival Sure Heboh (kini dikenali sebagai Jom Heboh) pada tahun 2004, sesi pendaftaran dan pengambilan ahli-ahli baru MyTV3 rancak dijalankan selama 7 tahun. Sehingga kini, MyTV3 masih berdiri kukuh dengan jumlah keahlian hampir 1 juta orang.

Menerusi program 30 minit tersebut, MyDREAMS merealisasikan impian ahli MyTV3 yang terbuku di dalam hati mereka seperti mahu melancong ke luar negara, ingin memandu kereta mewah, beramah mesra dengan pujaan artis dan sebagainya.

Dalam segmen MyMEMBERS, ia memaparkan keunikan kisah hidup ahli MyTV3 untuk dijadikan sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya berjaya dalam kerjaya dan kehidupan masing-masing. Seterusnya dalam MyDAY, krew MyTV3 akan menerjah ahli-ahli MyTV3 tanpa dijangka dan memberi kejutan yang tidak dijangka seperti meraikan hari jadi dan menjalankan aktiviti-aktiviti spontan bersama MyTV3 Roverz.

Manakala dalam MyZONE pula, ia memaparkan pelbagai informasi dan paparan buletin tentang ahli-ahli MyTV3 yang terlibat dalam acara-acara yang dianjurkan oleh TV3 seperti Karnival Jom Heboh, MyTV3 Campus, School Attack, Kids Parade, Anugerah Juara Lagu dan sebagainya.

Selain itu, MyTV3 juga mewujudkan interaksi dua hala dengan ahli-ahli MyTV3 menerusi laman web MyTV3, laman sosial Facebook dan Twitter untuk berkongsi informasi-informasi terkini serta menerima sebarang maklum balas dan cadangan daripada mereka. Malahan, mereka juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dengan menjawab soalan mingguan.

Menurut Dato’ Sri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, “Penubuhan keahlian MyTV3 bertujuan memberi pendekatan kepada ahli-ahli untuk menjadi sebahagian daripada warga TV3. Setiap ahli ditawarkan keahlian seumur hidup dengan bayaran RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

Mereka bukan sahaja berpeluang menghadiri acara berprestij stesen seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin dan juga acara padang seperti Jom Heboh, School Attack, Kembara TV3, Seminar Untukmu Wanita dan sebagainya, mereka juga diberikan keutamaan untuk diterima sebagai pelatih stesen TV3 dalam menimba ilmu di bidang penyiaran. Ini merupakan satu inisiatif ideal dan bermakna kepada para penonton setia kami khususnya ahli-ahli MyTV3.”

“Sepanjang penubuhannya, kami amat berbesar hati kerana MyTV3 masih terus menerima jumlah pendaftaran ahli baru yang membanggakan di gerai MyTV3 menerusi Karnival Jom Heboh, aktiviti bersama kolej dan universiti serta pendaftaran SMS. Dengan pembaharuan yang dilakukan dengan menukar konsep siaran daripada kapsul 5 minit, sehari dua kali kepada siaran program penuh selama 30 minit, kami berharap dapat memberi manfaat maksimum kepada ahli-ahli My TV3 di seluruh Malaysia.”

Krew penerbitan program MyTV3 diketuai oleh Aidid Marcello selaku Penerbit Eksekutif merangkap pengacara, Faizal Affendy Roos Affendy selaku Penerbit dan dibantu oleh Roziela Rusli.

Teruskan memberi sokongan anda kepada program keahlian MyTV3 dan jangan lupa untuk mengikuti siaran program MyTV3 setiap hari Ahad jam 6.00petang di TV3 mulai 7 November 2010. Sebarang maklum balas, sila hubungi talian MyTV3 03-77242485, melalui Facebook www.facebook.com/mytv3 dan emel kepada mytv3@tv3.com.my

mytv3

mytv3

mytv3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menghayati Erti Korban & Pengorbanan di TV3

Party Masquerade Media Hiburan