in

Review Best Western Premier Dua Sentral

Tersergam secara strategik di pinggiran pusat Kuala Lumpur dan hanya beberapa langkah saja dari tarikan-tarikan membeli-belah serta hiburan, Best Western Premier Dua Sentral menempatkan 357 buah bilik termasuk pangsapuri dan suite. Ia hanya beberapa minit sahaja dari KL Sentral, pusat pengangkutan yang menghubungkan semua sistem rel dan keretapi tanah air. Ini memudahkan tamu untuk sampai ke hotel tanpa membuang masa.

1 Bedroom Club Suite

Kesemua 357 buah bilik dilengkapi dengan kemudahan tercanggih masa kini termasuk kemudahan internet wi-fi. Senireka dalaman setiap bilik juga mewujudkan suasana yang menenangkan dan selesa.

Terkenal dengan hidangan-hidangan lazatnya, hotel ini juga mempunyai beberapa restoran dan tempat makan yang menyajikan aneka pilihan santapan. Grill 582 terkenal dengan makanan barat yang enak, manakala Kembali Kitchen unggul sebagai restoran utama hotel ini. Hugo’s on 6 pula sangat sesuai untuk menikmati makanan sambil mendengar muzik iringan.

Tidak lupa juga Punch Bar & Lounge untuk ajnas minuman serta hiburan ringan. Grand Trinidad Cigar Divan pula menjadi lokasi pertemuan untuk mereka yang ingin mencuba curut serta merokok dengan rakan-rakan. Tamu juga dapat melihat penggulung curut yang diterbangkan khas dari Cuba, Encik Crisanto Cardenas menggulung curut secara profesional.

Bagi tujuan mesyuarat pula, terdapat sembilan buah bilik mesyuarat dengan kelengkapan terkini. Namun semua hotel pasti ada tempat beriadah dan selain pusat kesihatan dan gimnasium, kolam renang dewasa dan kanak-kanak sama-sama memenuhi kehendak para tamu yang singgah di hotel ini.

Lebih mengasyikkan lagi, tersedia juga Bhuvana Spa Luxe bagi mereka yang ingin memanjakan diri sambil diurut dan dirawat.

Secara amnya, Best Western Premier Dua Sentral memang layak dinobatkan sebagai salah satu hotel paling sesuai untuk bermalam sekiranya ingin merasai sensasi menginap di Kuala Lumpur dalam keadaan yang selesa dan mudah!

Lokasi Hebat Best Western Premier Dua Sentral
oleh Shah Shamshiri

Hugo's On 6

Lobby

Kembali Kitchen

Punch Bar & Lounge

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung GALAXY Note 3 Offer

Ujibakat Idola Kecil TV9 Musim Ke-6