in ,

Review Travel di Central Hotel Dublin dari Shah Shamshiri

Ireland merupakan sebuah negara yang sangat terkenal di kalangan rakyat Malaysia sebagai sebuah destinasi pendidikan. Ramai pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di negara tersebut khasnya di ibukota Ireland, iaitu Dublin. Secara tidak langsung, terdapat banyak juga pelancong yang ke Ireland, lebih-lebih lagi mereka yang bersinggah dari bandaraya London dan bandar-bandar lain di United Kingdom untuk tujuan pelancongan. Dublin tidak pernah lekang dari pilihan penginapan berkat pembangunan yang pesat di kota tersebut.

Review Travel di Central Hotel Dublin dari Shah Shamshiri

Gah sebagai salah satu hub pendidikan Eropah, ia terus dikunjungi ribuan pelancong setiap hari. Memandangkan pilihan hotel sangat banyak di situ, lokasi sesebuah hotel sahaja yang membezakan antara ratusan hotel yang tersedia.

Sudah pasti hotel yang sering menjadi pilihan adalah hotel yang terletak di tengah-tengah pusat Dublin serta berdekatan kawasan perniagaan utama mereka iaitu tidak jauh dari pusat pengajian tersohor dunia, Trinity College. Dan salah satu hotel yang sering menjadi pilihan kerana lokasinya yang menarik adalah Central Hotel. Hanya 5 minit dari kawasan Stephen’s Green serta beberapa minit sahaja dari jalanan popular dekat Temple Bar, hotel ini memudahkan tamunya untuk mengunjungi tarikan-tarikan utama di pusat kota Dublin. Malah, perhentian bas pelancong Dublin City Tour juga terletak berdekatan dengan hotel ini. Jadi tidak hairanlah sekiranya nama hotel ini digelar Central kerana kedudukannya benar-benar di tengah kota.

Hotel yang telah dibina pada tahun 1887 ini menggabungkan perhiasan klasik dengan kemudahan hotel yang serba moden. Kaya dengan karakter, hotel ini mempunyai 70 buah bilik dengan pelbagai gaya dan juga menampilkan sebuah bar dan restoran yang pernah menggondol anugerah! Kesemua bilik-bilik ini dilengkapi kemudahan terkini. Ia turut mempunyai televisyen layar leper serta kemudahan internet wi-fi. Setiap bilik juga menawarkan pemandangan suasana harian kota Dublin di luar jendela.

Buat tamu yang ingin menikmati ketenangan dunia lama bolehlah beristirehat di Library Bar hotel ini yang tersenarai sebagai salah satu daripada 30 bar hotel terbaik dunia dan diletakkan di tempat ke-18 dalam bar terbaik dunia di luar Amerika Syarikat oleh The Daily Meal. Seperti semua hotel, ia juga dilengkapi bilik mesyuarat dan acara dalam pelbagai saiz untuk kegunaan acara-acara peribadi dan korporat.

Tidak kiralah apa jua tujuan anda ke kota Dublin, tapi Central Hotel pasti mampu memenuhi kehendak penginapan anda. Ditambah lagi dengan para pekerjanya yang peramah dan senang membantu, warisan budaya hotel ini yang telah bertahan sepanjang 125 tahun pasti menjanjikan pengalaman Dublin yang selesa, asli dan tidak akan dilupakan.
Jadi, andai singgah ke kota Dublin pastikan hotel ini menjadi pilihan anda!

Central Hotel Dublin : Strategik dan Selesa
oleh Shah Shamshiri

Review Travel di Central Hotel Dublin dari Shah Shamshiri

Review Travel di Central Hotel Dublin dari Shah Shamshiri

Review Travel di Central Hotel Dublin dari Shah Shamshiri

Review Travel di Central Hotel Dublin dari Shah Shamshiri

Review Travel di Central Hotel Dublin dari Shah Shamshiri

Review Travel di Central Hotel Dublin dari Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GSC Anjur Peraduan Cabutan Bertuah JURASSIC WORLD

Pameran Foto Travel Photographer Asia The Photo Contest 2015 di Publika