in

Review The Magani Tempat Menyenangkan di Bali

[dropcap]S[/dropcap]elepas kejayaan Bali Niksoma Boutique Beach Resort, Niksoma Group dengan bangganya memperkenalkan jenama terbaru mereka yang dinamakan The Magani. Kata Magani berasal dari bahasa Sanskrit dan bermaksud ‘tempat yang menyenangkan’. Dalam sebulan sahaja sesudah pembukaannya pada satu Julai 2012, Magani Hotel & Spa telah mendapat tempat pertama di Trip Advisor bagi kategori hotel-hotel di Legian.

Terletak di Jalan Melasti yang semakin terkenal di daerah Legian Bali pada kawasan tanah seluas 4000 meter persegi dan berdiri megah sebagai sebuah bangunan berbentuk U lima tingkat, The Magani hanyalah 25 minit sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Denpasar. Ia juga sangat berdekatan dengan pantai Kuta dan Legian di mana para tamu hanya perlu berjalan kaki ke situ tanpa menaiki teksi. Ia juga tidak jauh dari ajnas restoran dan kafe terkemuka daerah tersebut.

The Magani mempersembahkan 108 buah bilik yang terdiri daripada 67 bilik deluxe serta 16 bilik bersambung, 7 suite deluxe dengan jacuzzi luar, 20 bilik kolam premier dengan kolam mandi, dan juga 14 suite berjacuzzi luar. Ia turut dilengkapi sebuah restoran dan bar bernama Mozzarella, sebuah pusat perniagaan serta bilik-bilik persidangan yang mampu memuatkan sehingga 200 orang. Tidak lupa juga sebuah kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak serta kemudahan wi-fi. Kesemua bilik mempunyai kelengkapan terkini untuk keselesaan para tamu.

Biarpun ia tampak mewah namun harganya masih terjangkau dan berpatutan. Jadi, kalau anda berpeluang ke Bali, bermalamlah di The Magani. And pasti akan kembali!

The Magani : Tempat yang Menyenangkan di Bali!
oleh Shah Shamshiri

THE MAGANI 2

THE MAGANI 1

THE MAGANI 4

THE MAGANI 3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Najwa Latif Sambung Belajar di Unitar International University

Noraniza Idris Lancar Program Pelancongan Sanggar Budaya