in

Review Hotel One World Bandar Utama

Sudah menjadi lumrah bagi warga Lembah Kelang bersiar-siar di luar kota untuk menenangkan fikiran, namun pernahkah mereka terfikir untuk bersantai di ibukota demi mencari ‘ketenangan’ yang berbeza.

Apatah lagi, sekarang kita sering terperangkap dengan tanggungjawab kerja serta tugasan sehingga kadang-kadang waktu untuk membeli-belah dan mencuba tempat-tempat makan terbaik di ibukota sendiri pun tiada.

Sungguhpun begitu, semua ini mampu berubah sekiranya anda cuba untuk bermalam di kota tapi bukan di tengah-tengah bandaraya KL. Cuba kawasan Petaling Jaya yang kurang kesesakannya berbanding ibunegara Malaysia. Satu atau dua malam sahaja sudah cukup untuk menikmati kemudahan moden yang tersedia di bandar ini. Dan di manakah tempat yang paling sesuai untuk bermalam di PJ kalau bukan di One World Hotel, di Bandar Utama.

Hotel Facade

Ulasan Hotel One World Bandar Utama

Bak namanya yang jelas bermaksud ‘satu dunia’, hotel bertaraf lima bintang ini menawarkan gaya hidup eksklusif buat setiap para pengunjungnya. Ia tersergam indah di tengah-tengah kawasan pusat Bandar Utama iaitu bersebelahan bangunan-bangunan syarikat penting seperti Sri Pentas milik Media Prima dan bangunan IBM. Ia juga benar-benar bersebelahan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Tidak lupa juga ia sangat berdekatan dengan jalan ke kawasan komersial Mutiara Damansara di mana terletaknya The Curve dan IKEA.

Hotel Exterior1

Satu Dunia Tersendiri di One World Hotel, Bandar Utama

Dengan lokasi strategiknya yang bercantum dengan pusat membeli-belah terbesar di Malaysia (dan ini diakui oleh CNN!), ini memudahkan perjalanan ke pusat membeli-belah tersebut. Kedudukan hotel ini turut menepati citarasa ramai pelancong dari dalam dan luar negara.

Hotel yang menyediakan 438 buah bilik ini menampilkan suasana yang indah serta selesa buat para pengunjung. Ini termasuklah suite-suite mewah untuk mereka yang mahukan keistimewaan. Dilengkapi dengan, pusat kesihatan serta spa, dan sudah tentunya sebuah kolam renang yang hebat, hotel ini dikatakan memenuhi setiap kehendak penghuninya.

Ditambah pula dengan kemudahan lain seperti ruang-ruang mesyuarat dan dewan, hotel ini mampu menampung acara-acara tertentu. Tidak lupa juga, terdapat bilik-bilik khas bagi mereka yang menginap di bilik-bilik Executive dan Premier.

Buat yang bermalam di bilik-bilik ini, mereka diberi keutamaan untuk mendaftar masuk di Peridot Club Lounge tanpa perlu mendaftar di meja penyambut tetamu yang biasa. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh bersarapan, makan tengah hari serta menikmati makan malam di Lounger tersebut yang lebih eksklusif dan peribadi. Selain itu juga mereka diberi peluang untuk menikmati minum petang di situ.

Hotel ini turut menyajikan hidangan terbaik di restoran-restoran terkemuka mereka yang terkenal di sekitar Kuala Lumpur. Ini termasuklah Cinnamon Coffee House, restoran Jepun Kura, Restoran Cina Zuan Yuan, dan beberapa tempat makan lagi. Tidak kira sajian Asia atau barat, semuanya ada di One World.

Buat yang suka berhibur dan bersantai pula, One World menampilkan Long Bar, antara lokasi paling happening dan in di PJ masa kini. Tempat ini sering mewarnai malam pengunjungnya dengan kehadiran DJ-DJ, serta kumpulan-kumpulan kugiran terkemuka. Ia juga menampilkan menu sajian enak dari barat yang bersesuaian dengan konsep seni reka dalamannya.

Jadi buat anda yang tidak pernah terfikir untuk mencuba bermalam di PJ, ini mungkin masanya. Dengan kemudahan pusat membeli-belah di setiap penjuru sebaik sahaja anda melangkah keluar, One World PJ pasti pilihan yang bijaksana.

Disediakan oleh: Shah Shamshiri
Swimming Pool2
Peridot Lounge
Junior Suite
Cinnamon Breakfast Counter
The Sphere

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Lancar Saluran Baru A-List

Filem Paku Bukan Ciplak Paku Pontianak