in

Review Hotel Best Western Petaling Jaya

Dewasa kini, ramai yang mencari hotel yang tidak terlalu mahal tapi masih menawarkan perkhidmatan berbintang selain gaya persembahan yang moden serta kontemporari. Ini dapat dilihat dengan kemunculan pelbagai hotel-hotel moden yang ringkas namun tetap tampil menarik buat para pengunjung. Salah satu rangkaian hotel popular di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan tersebut adalah jenama Best Western.

Salah satu hotel Best Western terbaru yang diperkenalkan di Malaysia adalah Best Western Petaling Jaya. Biarpun baru sahaja dibuka tidak sampai setahun namun hotel Best Western Petaling Jaya sudah mula mendapat perhatian ramai. Ia memenuhi sebahagian besar tingkat-tingkat utama bangunan terbaru CentreStage Complex yang terletak berdekatan pusat komersial Jaya 33 dan Jaya One di Petaling Jaya. Ia merupakan sebuah kawasan perdagangan yang sangat terkenal di Petaling Jaya. Ia juga hanya beberapa minit perjalanan dari Jaya Supermarket – salah satu pusat membeli-belah popular di situ.

Review Hotel Best Western Petaling Jaya

Kesemua 344 buah biliknya bersih dan menyediakan prasarana yang biasanya terdapat di hotel-hotel mewah seperti TV LCD, penghawa dingin, bilik mandi bersambungan serta kemudahan sambungan Wi-Fi untuk penggunaan internet. Selain itu senireka dalaman bilik-biliknya turut menerapkan unsur minimalis dengan gaya sentuhan yang moden serta kontemporari.

Di hotel ini para tamu akan menemui beberapa tempat makan yang menarik. Salah satunya adalah Kembali Kitchen yang menawarkan hidangan antarabangsa dan juga tempatan. Biarpun hotel ini kelihatan agak ringkas, namun sajian menu Thai di sini memang lazat kerana penyediaannya yang sangat teliti. Selain itu tersedia juga Skyz Dine & Bar Rooftop untuk tamu menjamah makanan dan minuman sambil menikmati pemandangan bandar Petaling Jaya dari tingkat paling atas. Tidak lupa juga Club Lounge di Tingkat 13 buat para tamu di tingkat eksekutif.

Selain itu ia juga menyediakan sebuah kolam renang di tingkat paling atas berserta dengan sebuah gimnasium untuk tamu beriadah dan bersenam. bakal menyusul tidak lama lagi, adalah sebuah spa untuk memanjakan tamu yang datang.

Berbekalkan suasananya yang segar, seronok dan pekerja yang ramah , hotel ini pasti menjadi salah sebuah hotel yang ideal buat para pengunjung yang menjalani kehidupan harian yang aktif serta moden namun masih mementingkan keselesaan. Dengan harga yang sangat berpatutan buat mereka yang tidak mahu berbelanja terlalu banyak untuk penginapan semasa bercuti atau urusan perniagaan, hotel ini memenuhi kriteria tersebut. Jadi jika mencari hotel di kawasan Petaling Jaya singgahlah di Hotel Best Western Petaling Jaya!

Best Western Petaling Jaya Ringkas & Praktikal
oleh Shah Shamshiri

Review Hotel Best Western Petaling Jaya

Review Hotel Best Western Petaling Jaya

Review Hotel Best Western Petaling Jaya

Review Hotel Best Western Petaling Jaya

Review Hotel Best Western Petaling Jaya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Pimann Buri Luxury Pool Villas

This Is Mixology Music Volume One