in

Review Hotel Wanderlust Singapura

[dropcap]B[/dropcap]iarpun Singapura ditumbuhi ratusan hotel namun hotel-hotel butik mewah semakin mendapat tempat di kota singa itu. Ini kerana hotel-hotel butik ini masih mampu menawarkan perkhidmatan setaraf hotel-hotel lima dan empat bintang antarabangsa. Dan lebih istimewa lagi, mereka sering menyediakan ciri-ciri unik di bilik ataupun kemudahan lain bagi menarik minat para tamu.

Salah satu hotel unik yang dimaksudkan adalah Wanderlust yang terletak di kawasan Little India, di Singapura. Turut bernaung di bawah syarikat Unlisted Collection yang juga pemilik hotel New Majestic, Wanderlust menawarkan kelainan dari segi penginapan dan senireka kemudahan-kemudahan hotelnya.

[pullquote align=”right”]Semua bilik Wanderlust mempunyai perkhidmatan wi-fi percuma serta kemudahan elektronik terkini.[/pullquote]

Bermula sebagai sebuah sekolah pada tahun 1920, hotel ini telah dipulihara menjadi sebuah hotel butik mewah yang kaya dengan keunikan. Kala melangkah masuk sahaja ke perkarangan hotel, para tamu akan rasa seperti masuk ke dalam sebuah mimpi atau satu dunia ajaib. Dengan aneka warna-warni serta ajnas bentuk dan rupa, semuanya tampak pelik namun sangat menarik.

Yang menjadikannya lebih eksklusif adalah, hotel ini mempunyai 29 buah bilik sahaja namun setiap bilik mempunyai senireka dalaman serta tema tersendiri. Ia juga mempunyai sebuah restoran Perancis tradisional bernama Cocotte yang menawarkan menu enak bervariasi. Semestinya, senireka dalaman restorannya juga lain daripada restoran-restoran hotel yang lain.

Semua bilik Wanderlust mempunyai perkhidmatan wi-fi percuma serta kemudahan elektronik terkini. Ini diserikan lagi dengan kelengkapan mandian berjenama mewah Kiehl’s serta minuman tanpa alkohol yang percuma. Ia juga mempunyai sebuah jacuzzi untuk kegunaan para tamu yang ingin bersantai di kawasan luar.

Andai berpeluang ke Singapura dan ingin mencuba sesuatu yang berbeza namun masih mewah dan meriah, bermalamlah di Wanderlust! Ia pasti tak akan anda lupakan!

Artikel ‘Bermalam dalam keajaiban di Wanderlust, Singapura’ ini ditulis oleh Shah Shamshiri.

Review Hotel Wanderlust Singapura

Review Hotel Wanderlust Singapura

Review Hotel Wanderlust Singapura

Review Hotel Wanderlust Singapura

Review Hotel Wanderlust Singapura

Review Hotel Wanderlust Singapura

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia Now Flies Daily From Kuala Lumpur – Kunming

Hilton Celebrates Completion of RM50 Million Dollar Refurbishment