in ,

Review Hotel Istana Kuala Lumpur

Kalau kita sebut sahaja Kuala Lumpur, pasti kita terbayang sinaran lampu-lampu yang menerangi bandaraya gah ini setiap malam. Ibunegara Malaysia ini memang terkenal sebagai salah sebuah bandaraya yang paling pesat membangun di Asia Tenggara. Seiring arus kemodenan yang wujud di samping nilai-nilai tradisional pelbagai kaum dan bangsa, Kuala Lumpur menawarkan pelbagai tarikan menarik serta pusat-pusat komersial yang lain.

Review Hotel Istana Kuala Lumpur

Untuk menikmati tempat-tempat ini, pasti ramai pelancong yang tercari-cari penginapan di kota ini. Gara-gara pembangunannya yang pesat, KL tidak pernah lekang daripada pelbagai pilihan hotel untuk pengunjungnya. Di antara hotel yang paling menyerlah kewujudannya di pusat Kuala Lumpur adalah Hotel Istana Kuala Lumpur.

Sesuai dengan namanya yang melambangkan kemewahan, hotel berbintang lima ini merupakan salah satu daripada beberapa hotel yang sangat dikenali di seluruh Kuala Lumpur. Ia berada di pusat bandaraya KL dan menyediakan bermacam-macam kemudahan yang diperlukan oleh para tamu yang mungkin datang untuk melancong atau urusan perniagaan. Hotel ini menawarkan 515 buah bilik yang menerapkan unsur-unsur senireka dalaman dengan elemen-elemen ‘permata’ di setiap bahagian bilik. Ini termasuk bilik yang baru sahaja direka semula dengan seni hiasan kontemporari yang indah dan moden. Setiap bilik mempunyai TV layar leper serta kemudahan tercanggih masa kini dan macam-macam lagi.

Menyediakan kemudahan internet percuma di dalam bilik dan pemandangan ke arah pusat keramaian kota, hotel ini turut menyediakan bilik mesyuarat serta dewan yang dapat memuatkan sehingga 1200 orang di Grand Mahkota Ballroom di samping pusat perniagaan (business centre) untuk hal-hal lain. Hotel ini mempunyai lobi yang luas dan selesa dengan pelbagai hiasan sebagai tarikan utama. Ia turut dilengkapi dengan lounge yang diberi nama Songket Lounge yang dapat digunakan sebagai tempat berbincang dan bersantai bagi memudahkan penginapan para tamu.

Yang pasti, ia juga mempunyai sebuah restoran bernama Taman Sari Brasserie yang menawarkan sajian terbaik termasuk variasi menu Malaysia, oriental serta antarabangsa. Mereka juga mempunyai sebuah restoran bernama Urban. Tidak lengkap juga hotel ini jika tidak memiliki pusat kesihatan serta spa, dan untuk itu ada tersedia Sompoton Spa serta gimnasium untuk kegunaan para tamu yang ingin memanjakan diri dengan serangkaian perawatan dan pemulihan setelah menjalani kegiatan seharian. Terdapat juga sebuah kolam renang untuk tamu beriadah.

Dengan lokasinya yang strategik di pusat kota, para tamu yang menginap di Hotel Istana Kuala Lumpur dapat melangkah dengan mudah ke pusat membeli-belah Pavilion dan Menara Berkembar Petronas, stesen monorel Raja Chulan, dan kawasan utama perniagaan. Semuanya berada dalam lingkungan yang tidak terlalu jauh dari hotel ini. Ia sangat sesuai dan praktikal buat mereka yang mahukan tempat penginapan yang mewah bak istana, dekat dan mempunyai harga berpatutan biarpun bertaraf lima bintang.

Istana Mewah di tengah Kota Kuala Lumpur
oleh Shah Shamshiri

Review Hotel Istana Kuala Lumpur

Review Hotel Istana Kuala Lumpur

Review Hotel Istana Kuala Lumpur

Review Hotel Istana Kuala Lumpur

Review Hotel Istana Kuala Lumpur

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Sedia Pentas Peragaan Pereka Muda di KLFW RTW 2015

Nur Fathia Pegang Watak Pelacur dalam Filem Darah Panas