in

Review Hotel Gran Mahakam Jakarta

Tersergam di bandaraya Jakarta di daerah Blok M, hotel Gran Mahakam berdiri megah menghiasi kesibukan latar belakang Jakarta yang sentiasa sibuk. Hotel tempatan yang bertaraf antarabangsa ini terus menjadi tumpuan mereka yang ingin bermalam dalam suasana mewah dan selesa.

Gran Mahakam telah lama membuka pintunya di Jakarta dan merupakan pilihan terulung bagi tempat pertemuan serta penganjuran mesyuarat-mesyuarat terpenting di ibunegara Indonesia ini. Sering menjadi tumpuan komuniti elit serta para profesional antarabangsa, hotel yang mempunyai senibina Eropah ini tersenarai sebagai salah satu hotel paling popular di Jakarta.

Review Hotel Gran Mahakam Jakarta

Hotel ini mempunyai 158 buah bilik yang luas termasuk aneka bilik suite yang hebat. Kesemua bilik-biliknya diberi sentuhan gaya klasik dan kontemporari bagi memenuhi keselesaan setiap tamu yang datang. Senireka dalaman serta hiasannya juga masih menerapkan unsur-unsur warisan Eropah selain beberapa ciri moden kontemporari. Sejajar dengan tarafnya sebagai sebuah hotel lima bintang yang eksklusif, setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan teknologi tercanggih yang merangkumi sambungan khas internet wi-fi, TV LCD, dan macam-macam lagi. Kelengkapan bilik mandi juga menggunakan barangan berkualiti tinggi serta barangan berjenama mewah yang lain. Malah terdapat beberapa suite mewah yang mempunyai dua tingkat yang dikenali sebagai Gran Suite.

Bagi tujuan menjamu selera pula, Gran Mahakam menawarkan ajnas pilihan untuk bersantap. Ini termasuklah restoran Le Gran Cafe bagi tujuan sarapan, makan tengah hari dan makan malam yang menawarkan hidangan antarabangsa serta sajian Indonesia.Tersedia juga AOKI Japanese Cuisine yang menyajikan makanan Jepun terbaik. Tidak dilupakan juga adalah the Regal Bar & Lounge bagi mereka yang ingin menikmati minuman sambil bersantai dengan alunan muzik.

Selain kolam renangnya dan juga pusat kesihatan serta senaman, hotel ini turut dilengkapi dengan ruangan mesyuarat buat pelbagai kegunaan. Ia juga sering menjadi pilihan untuk penganjuran acara-acara besar seperti perkahwinan dan seumpamanya. ia juga mempunyai sebuah spa untuk mereka yang ingin memanjakan diri.

Namun yang paling istimewa dan unik di sini adalah perkhidmatan kesihatan mewah OxyLuxe. OxyLuxe merupakan sebuah kamar terapi oksigen mewah yang mampu menaikkan tingkat oksigen di dalam plasma darah termasuk organ-organ badan, membasmi jerawat, penyuburan kulit, mengurangkan tekanan depresi dan semestinya menjadikan anda berasa lebih segar dan bertenaga. Pengalaman ini sangat eksklusif kerana hanya terdapat di Gran Mahakam dan tidak ada di mana-mana tempat lain di Indonesia. Harga satu sesi juga sangat berpatutan dan ia mudah untuk diikuti. Para tamu hanya perlu duduk di dalam kamar terapi yang mirip sebuah kapal selam mewah dan berehat untuk jangka waktu tertentu.

Dengan infrastruktur terhebat dari setiap jengukan jendela, hotel ini memang sesuai menjadi tempat penginapan buat mereka yang menghargai perkhidmatan berkualiti tinggi. Sekiranya berpeluang ke Jakarta, bermalamlah di Gran Mahakam di Jakarta kerana pengalamannya tidak akan anda lupakan!

Keunikan Eksklusif Gran Mahakam Jakarta
oleh Shah Shamshiri

Review Hotel Gran Mahakam Jakarta

Review Hotel Gran Mahakam Jakarta

Review Hotel Gran Mahakam Jakarta

Review Hotel Gran Mahakam Jakarta

Review Hotel Gran Mahakam Jakarta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Perkahwinan Yazer & Ekin Rahman

Sinopsis Drama Bersiri ISTIKHARAH CINTA Lakonan Zul Ariffin