in ,

Review Hotel Amari Ocean Pattaya

Di antara pantai peranginan yang sering menjadi tumpuan di Thailand selain Phuket dan Krabi adalah Pattaya. Mungkin ramai yang kurang menyedari tentang kewujudan Pattaya walaupun ia sebenarnya terletak hanya sejam setengah dari ibukota Thailand, iaitu Bangkok. Malah sekarang terdapat penerbangan langsung dari Kuala Lumpur ke Pattaya dengan menaiki pesawat tambang rendah Air Asia. Ia terletak tidak berapa jauh Malaysia (kurang dari dua jam penerbangan dari Kuala Lumpur) dan merupakan salah satu destinasi percutian paling popular di Thailand.

Review Amari Ocean Pattaya

Biarpun pantainya tidaklah sehebat pantai-pantai di Phuket atau Krabi, namun kota ini terkenal dengan tarikan-tarikan keluarga yang lain (di samping kehidupan malamnya yang sangat popular di kalangan pelancong asing).

Jika tercari-cari tempat untuk menginap, pastikan Amari Ocean Pattayamenjadi pilihan utama anda. Hotel yang terletak di tepi pantai ini sangat sesuai untuk mereka yang masih bujang ataupun berkeluarga. Dengan pemandangan pantai serta lautan yang indah, para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik. Terletak di salah satu jalan utama dan paling popular di Pattaya iaitu Beach Road, kedudukan hotel ini sangat strategik kerana ia berada di permulaan jalan yang sangat terkenal ini.

Selain berjirankan hotel-hotel ternama yang lain, di sepanjang jalan ‘Beach Road’ ini terdapat aneka restoran, pusat membeli-belah dan berhujung di ‘Walking Street’ yang masyhur dengan ajnas pusat-pusat hiburan ternama.

Dilengkapi dengan aneka pilihan bilik-bilik selesa menghadap lautan dan taman, hotel ini juga mempunyai bilik-bilik istimewa khas buat keluarga serta suite duplex yang mempunyai dua tingkat! Kemudahan-kemudahan ini membuatkan para pengunjung bebas bersantai semahu hati masing-masing. Sekiranya tidak mahu mencecahkan kaki ke dalam lautan, apa kata berenang sahaja di kolam renang mereka yang luas tersedia sambil menikmati minuman di sebelahnya. Jika malas berenang, para tamu juga boleh berjalan-jalan di taman hotel ini yang sangat indah dan menenangkan.

Buat anda yang suka mencuba makanan yang lazat apa kata anda singgah di Essence, restoran mereka yang menghidangkan pelbagai menu tempatan serta antarabangsa yang menarik. Para tamu khas yang bermalam di tingkat eksekutif Horizon Club boleh juga menikmati sajian di Horizon Club Lounge. Para pengunjung juga boleh mencuba sajian di The Tavern by The Sea sambil diiringi nyanyian penyanyi restoran tersebut. Tersedia juga beberapa tempat makan lain seperti Restoran Mantra yang terkenal di laman sesawang Trip Advisor sebagai salah satu restoran terbaik Pattaya. Ada juga Ice Bar, Orchid Terrace dan juga Pool Bar. Mereka juga prihatin terhadap jumlah pengunjung yang beragama Islam, jadi makanan yang berunsur sayuran dan halal juga ada diasingkan di ruang makan.

Buat penganjuran majlis dan acara, terdapat juga dewan dan ruangan khas buat acara tertentu yang lain. Seperti kebanyakan tempat penginapan di pantai anda boleh beriadah di gymnasium atau mengunjungi Breeze spa mereka untuk memanjakan diri.

Tempat-tempat menarik Pattaya yang sering menjadi tumpuan pelancong juga tidak terlalu jauh dari hotel ini. Malah dari beberapa bilik tertentu, tamu mampu menikmati pemandangan sebahagian kota Pattaya dan melihat bahagian atas bangunan Sanctuary of Truth, sebuah bangunan khas yang mirip sebuah kuil Buddha yang diukir dengan kayu dan tidak menggunakan sebarang paku besi. Ia benar-benar menakjubkan dan terletak hanya beberapa minit sahaja dari Amari Ocean dengan menaiki kenderaan umum (lori tuk tuk dan sebagainya).

Pendek kata hotel ini memang sesuai buat penginapan di tepi pantai. Apalagi dengan kedudukannya yang sangat strategik sekitar 45 minit dari Lapangan Terbang U-Tapao, serta suasana tenang di persekitarannya pasti mendamaikan setiap yang berkunjung ke sini!

Amari Ocean Pattaya : Penginapan Selesa dan Lokasi Strategik di Pattaya!
oleh Shah Shamshiri

Review Amari Ocean Pattaya

Review Amari Ocean Pattaya

Review Amari Ocean Pattaya

Review Amari Ocean Pattaya

Review Amari Ocean Pattaya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Beli Samsung Galaxy Note5 Dengan Harga Separuh?

Video Berzumba Bersama di Hotel Concorde Shah Alam