in ,

Review Hotel All Seasons Jakarta Thamrin

Siapa cakap yang terbaik itu selalu mahal harganya? Zaman sekarang banyak barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan mampu diperolehi oleh ramai orang kerana tawaran harga yang sangat berpatutan. Selain penerbangan tambang murah, kita juga kini mempunyai banyak pilihan lain seperti hotel bersewa rendah dan sebagainya.

Review Hotel All Seasons Jakarta Thamrin

[dropcap]S[/dropcap]alah satu jenama hotel antarabangsa yang terkenal di negara jiran kita Indonesia, iaitu kumpulan hotel Accor turut menawarkan sewa berharga istimewa yang dimaksudkan. Terbaru di Jakarta, All Seasons Jakarta Thamrin menawarkan perkhidmatan dan bilik-bilik yang sangat praktikal dan menarik pada harga yang sangat berpatutan.

Terletak di kawasan pusat Jakarta serta berdekatan pusat membeli-belah tersohor Grand dan Plaza Indonesia, hotel ini dibina untuk memenuhi pasaran pelancong yang semakin ramai di Jakarta selain daripada tetamu yang datang bagi tujuan perniagaan luar negara. Ia menampilkan 167 buah bilik serta gimnasium mini, dan macam-macam lagi. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan internet percuma serta televisyen berlayar leper LCD.

Lebih menakjubkan juga adalah pemandangan kota Jakarta yang dapat dinikmati dari tingkat paling atas lewat Skyloft Restaurant & Bar kerana kedudukannya yang tinggi. Bayangkan menikmati sarapan dan makan sepanjang hari dengan latar belakang pusat bandar Jakarta yang indah dari tingkat teratas hotel pasti sangat memuaskan hati.

Selain daripada itu, terdapat 4 buah bilik mesyuarat di All Seasons. Ini juga menyenangkan para tamu hotel yang ingin mengadakan pertemuan profesional bagi tujuan kerja serta perniagaan.

Oleh itu, hotel ini sangat sesuai buat anda yang mahukan hotel berkualiti tinggi tetapi menawarkan harga yang sangat berpatutan dengan kemudahan serta lokasinya. Bukan sahaja bilik-biliknya cantik dilihat tetapi juga sangat selesa untuk didiami. Jadi pastikan All Seasons Jakarta Thamrin menjadi pilihan anda sekiranya berkunjung ke Jakarta!

Senangnya bersinggah ke All Seasons Jakarta Thamrin
oleh Shah Shamshiri

Review Hotel All Seasons Jakarta Thamrin

Review Hotel All Seasons Jakarta Thamrin

Review Hotel All Seasons Jakarta Thamrin

Review Hotel All Seasons Jakarta Thamrin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ashraf Muslim Sudah Bernikah Dengan Sakinah di Thailand?

Amanda Knox Murder On Trial In Italy di TV2