in

Review Finalis Top 24 Project Superstar 3 di 8TV

Finalis Top 24 Project Superstar 3 Bersedia Untuk Berentap!
Rancangan realiti popular pencarian bakat Cina baru yang dinanti-nantikan, Project Superstar kembali lagi! Rancangan popular ini akan kembali menghangatkan kaca TV anda secara langsung pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam bermula pada 9 Februari 2008.

Bakal bintang di dalam rancangan ini ialah seramai 12 orang peserta lelaki dan 12 orang peserta wanita yang telah dipilih secara rasmi untuk menyertai pertandingan musim ketiga Project Superstar selepas berjaya melepasi tiga pusingan kelayakkan di dalam sesi ujibakat di antara beribu-ribu pencuba nasib dengan mempertaruhkan kekutan vokal mereka.

3 kategori dipertandingkan dalam Project Superstar. Persaingan secara Duet (suku akhir), persaingan Terbaik Di Antara Yang Terbaik (separuh akhir) dan persaingan utama, Persaingan Antara Jantina. (akhir).

Project Superstar Malaysia 3 dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur di antara 18 hingga 28 tahun yang berkebolehan menyanyi dalam bahasa Mandarin. Kontrak rakaman adalah di antara hadiah yang bakal menanti pemenang di samping hadiah utama yang lain.

Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan di 8TV, Cik Airin Zainul berkata,

“Banyak bintang-bintang popular telah dilahirkan melaui rancangan Project Superstar musim 1 dan 2. Pemenang musim yang lepas, John dan Henley telah  pun membuktikan kepada negara tentang kebolehan mereka untuk menjadi bintang yang terkenal. Sesetengah daripada finalis pada musim sebelum ini juga telah membintangi drama-drama dan ada juga yang menjadi pengacara di rancangan-rancangan di 8TV. Untuk musim ketiga yang akan datang ini, kami hanya mensasarkan yang terbaik di antara yang terbaik kerana kami menyediakan platform dan peluang besar untuk mereka menyinar. Melalui jumlah penyertaan sebanyak lebih lima ribu orang peserta yang menyertai sesi ujibakat untuk pertandingan pada musim ini, saya amat yakin Project Superstar pada tahun ini menjanjikan  bakat-bakat  baru yang lebih menarik untuk dilihat oleh penonton.”

Gary Yap dan Cheryl Lee, sekali lagi telah dipertanggungjawabkan untuk mengemudikan rancangan ini di samping para juri seperti Jovi Theng, Kuan Chi Yuan, Christopher Lai dan Michelle Hsieh yang akan  kembali menemui para penonton. Rancangan ini akan ke udara dua kali seminggu, bermula pada 9 Februari 2008 sehingga 3 Mei 2008 (Peringkat Akhir). Pada pusingan kelayakkan, para penonton akan menyaksikan peserta perempuan bersaing pada setiap hari Sabtu (8.30 malam – 9.30 malam) dan peserta lelaki pula pada setiap hari Ahad (8.30 malam – 9.30 malam). Keputusan mingguan pula akan ke udara pada setiap hari Ahad (10.30 malam).

Penyingkiran peserta di peringkat suku/separuh akhir akan melibatkan kombinasi undian dari para juri sebanyak 30% dan penonton 8TV melalui sistem SMS sebanyak 70%.  Manakala pada pertandingan akhir nanti penjualan CD sebanyak 30% turut diambil kira selain 70% dari undian SMS penonton.

Bagi menghangatkan lagi demam Project Superstar musim ketiga ini, satu siri penjelajahan promosi bergerak telah diatur di beberapa pusat membeli-belah yang menyaksikan para peminat  berpeluang untuk melihat bintang pujaan mereka beraksi dan mendekati mereka dengan lebih rapat dalam sessi bertemu peminat serta memenangi hadiah-hadiah yang menarik daripada 8TV.

Senarai siri jelajah promosi bergerak Project Superstar 3:

19 Januari: 3  – 5 petang The Mines, Kuala Lumpur
20 Januari: 2 – 4 petang AEON Tebrau City, Johor Bahru
26 Januari: 2 – 4 petang Mahkota Parade, Melaka
26 Januari: 7 – 10 petang Seremban Parade, Seremban
27 Januari: 3 – 5 petang Ipoh Parade, Ipoh
2 Februari: 3 – 5 petang Gurney Plaza, Penang
16 Februari: 3 – 5 petang Summit Batu Pahat, Johor Bahru

[tags]Project Superstar 3, list finalis, nama pelajar af6, Gary Yap, gambar mayat sharlinie, Cheryl Lee, Jovi Theng, Kuan Chi Yuan, Christopher Lai, Michelle Hsieh, review superstar, microcontroller, puting buah dada, model nude, aishwarya rai wedding[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Ghost Lakonan Cheryl Samad Carmen Soo

Drama Manjalara Musim Kedua Lakonan Emelda Rosmila Kembali