Review Concorde Hotel Shah Alam
0Mencari yang Eksklusif di Concorde Hotel Shah Alam
oleh Shah Shamshiri
Jenama Concorde merupakan salah satu jenama hotel yang terkemuka di Malaysia. Concorde Hotel Shah Alam adalah sebuah hotel yang telah memenangi banyak anugerah. Ia terletak di tengah Bandaraya Shah Alam, serta sekitar 45 minit dari lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Hotel perniagaan mewah ini mempunyai lokasi yang strategik kerana berada tidak jauh dari Masjid Biru Shah Alam yang menjadi salah satu tarikan utama bandaraya ini. Selain itu ia juga berhampiran taman pertanian Bukit Cahaya serta kompleks sukan Shah Alam.
Dengan 381 buah bilik serta suite eksklusif, kemudahan-kemudahan yang tersedia di bilik-bilik ini setaraf hotel-hotel hebat lain. Dilengkapi bilik-bilik Superior dan Deluxe Executive yang telah dinaiktaraf, para tamu pasti akan lebih menyenangi suasana baru semasa bermalam di sini.

Selain bilik-biliknya yang cantik, hotel ini juga terkenal dengan sajian makanan yang tersedia di Melting Pot Cafe . Restoran ini menawarkan hidangan 24 jam buat mereka yang mencari hidangan terbaik. Selain itu, terdapat juga Restoran Jepun Raku buat penggemar masakan Jepun. Ini diikuti dengan Restoran Xin Cuisine yang menyediakan Dim Sum terhebat mereka.
Untuk pengetahuan anda, Concorde Hotel Shah Alam adalah satu-satunya hotel di Shah Alam yang mempunyai tiga sijil Halal buat Melting Pot Cafe, Pastry Kitchen dan Main Kitchen. Ia juga lengkap dengan kemudahan bilik-bilik mesyuarat, dewan yang boleh memuatkan 700 orang, spa, gimnasium serta kolam renang.
Secara amnya, hotel ini lengkap dari setiap aspek dan sentiasa menawarkan perkhidmatan dan kemudahan terbaik di Shah Alam! Jadi singgahlah semalam dua di hotel ini untuk menikmati kelainannya.













