in

Review A’Famosa Resort Melaka

A’Famosa Resort : Keriangan Lengkap di Sebelah Sejarah Melaka
oleh Shah Shamshiri

Kelihatan dari Lebuh Raya Utara Selatan, A’Famosa Resort terletak tidak jauh dari Bandaraya Bersejarah, Melaka. Hanya 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan sejam dengan menaiki kereta dari pusat bandaraya KL, resort ini merupakan salah satu tarikan paling popular di Melaka.

Mendapat nama daripada kota kubu Portugis yang terkenal pada abad ke-16 di Melaka, ia dikelilingi oleh bukit-bukau serta persekitaran alam semulajadi yang indah nan hijau. Dengan keluasan sebanyak 520 hektar, A’Famosa Resort merupakan perhentian lengkap buat percutian, meysuarat serta perniagaan. Ia dilengkapi dengan sebuah padang golf bertaraf antarabangsa, sebuah taman air (Water World), taman haiwan (Animal World Safari), Kota Koboi (Cowboy Town), Kelab Ekuestrian, Resort Hotel, Condotel dan juga beberapa banglo atau villa.

Review A'Famosa Resort Melaka

Kesemua pilihan penginapan di sini sangat sesuai buat mereka yang ingin bercuti dengan keluarga, rakan-rakan ataupun berbulan madu. Dengan tiga jenis konsep penginapan berbeza, iaitu Resort Hotel, Condotel dan juga Villa, para pengunjung pasti berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Apatah lagi resort ini turut menyediakan A’Famosa Clubhouse bagi mereka yang ingin mengadakan acara-acara besar serta mesyuarat-mesyuarat penting. Clubhouse ini juga sering menjadi kunjungan para tamu resort untuk menikmati sarapan, makan tengah hari serta makan malam.

Namun yang paling menjadi tumpuan di resort ini, sudah tentu taman-taman temanya. Dan taman tema paling popular adalah A’Famosa Water World yang merupakan sebuah taman tema air sebesar 20 hektar. Dengan pelbagai permainan air seperti gelongsor, kolam ombak dan macam-macam lagi, taman tema ini sering mendapat lawatan daripada pelancong asing yang datang dari pelbagai negara. Tidak lupa juga A’famosa Animal World Safari sebuah taman yang dipenuhi dengan pelbagai jenis hidupan liar. Ia sangat sesuai bagi mereka yang sukakan binatang dan haiwan liar. Dengan lebih 100 spesis haiwan, ia benar-benar persis sebuah safari. Diserikan lagi dengan pertunjukan-pertunjukan haiwan seperti burung, gajah, reptilia dan seumpamanya, pengunjung pasti tidak akan bosan di sini. Bagi mereka yang sering tertarik dengan filem-filem berkonsepkan Cowboy, pastikan singgah di Cowboy Town untuk mengalami dan menikmati sendiri suasana ala-ala filem Cowboy. Ia lengkap dengan persembahan khas para pelakon Cowboy dan Red Indian, yang diperhebatkan lagi dengan pertunjukan permainan api dan sebagainya!

Ini hanya sedikit sahaja gambaran mengenai apa yang dapat dinikmati oleh para pengunjung yang meluangkan masa di A’Famosa Resort. Terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan seperti bermain golf di Kelab Golf, menaiki kuda di Kelab Ekuestrian, berbasikal, memancing, meredah rimba (jungle trekking), membeli-belah dan banyak lagi.

Pendek kata, A’Famosa Resort benar-benar persinggahan yang sesuai untuk bercuti dan berehat kerana ia bukan sekadar penginapan bertaraf antarabangsa sahaja malah sebuah perhentian yang lengkap dengan pelbagai aktiviti serta tarikan bagi mereka yang ingin menghabiskan waktu bersama orang tersayang. Dengan lokasinya yang tidak jauh dari pusat kota serta lapangan terbang, ia sangat mudah ditujui dan harganya juga amat berpatutan. Jadi, kalau ada waktu di hujung minggu atau bercuti panjang, singgahlah ke sini untuk berekreasi!

Review A'Famosa Resort Melaka

Review A'Famosa Resort Melaka

Review A'Famosa Resort Melaka

Review A'Famosa Resort Melaka

Review A'Famosa Resort Melaka

Review A'Famosa Resort Melaka

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amanda Imani Gondol Dua Anugerah Di Sepanyol

Sinopsis Drama Fatihah Untuk Abah