Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Restoran Cheng Ho Amy Search Perkenal Menu Baru



Dulu, masih ingat lagi dengan kunjungan pertama Budiey di Restoran Cheng Ho milik Otai Rock kita, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi A. Rahman bersama isterinya, NorHasniza Hassan ini. Masa tu, restoran yang dibuka dengan rasminya pada April 2008 tidak dikenali ramai. Namun, sekarang orang berebut-rebut nak merasai masakan yang berkonsepkan Chinese Islamik di restoran yang terletak di Block 3b-15-17g, Belakang Pasaraya Carefour, Seksyen 4, Wangsa Maju ini. Restoran ini dimiliki sepenuhnya oleh syarikat Amy Search iaitu Iconhill Holdings Sdn Bhd.

Budiey rasa, mengapa orang ramai duk berebut-rebut nak rasa masakan di sini adalah kerana tarikan dan kekuatan nama Amy Search dan keunikan menu menarik yang disediakan. Cheng Ho boleh disifatkan destinasi paling ideal buat pengunjung terutamanya beragama Islam untuk menikmati hidangan seafood ala chinese style yang halal. Tapi Budiey tak dapat makan banyak sangat sebab alergik dan resdung. Makan sikit je udang, terus gatal-gatal muka.

Couple romantik yang bikin bisnes makanan

Sepanjang kira-kira sembilan bulan restoran itu beroperasi, sambutan diterima cukup baik. Justeru, mereka memutuskan untuk memperkenalkan beberapa lagi hidangan baru untuk pilihan pengunjung.

Hidangan baru itu ialah Ikan Goreng gaya Zheng He, Ikan Kukus Phet Sat, Udang Susu Segar, Kerabu Sotong gaya Cheng Ho, Cendawan Hitam bersama Perut Ikan, Sup Tofu Daging Ketam dan Ikan Kukus dengan Herba. Diperkenalkan oleh chef iaitu Chef Mohd Hanif Bin Zakaria, Chef Fairuz dan Chef jaffar.

Budiey dah rasa semua menu baru ni… kira boleh tahan gak la. Sedap sehingga menjilat jari. Harganya pun berpatutan gak la… hehehe

“Sempena Tahun Baru Cina, kami akan memperkenalkan pakej tahun baru iaitu Yee Sang dengan harga RM25 seorang (5-6 orang), RM50 seorang (1–20 orang) yang biasanya disediakan secara berkumpulan. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat hidangan itu seperti minyak zaitun kami dapatkan dari Palestin yang secara tidak langsung dapat membantu meringankan kesengsaraan dihadapi penduduk negara itu, manakala madu pula diperoleh dari Yaman,” katanya.

Untuk masa depan, Amy Search merancang untuk menyediakan Dim Sum untuk para pengemar Dim Sum dan dijamin halal. Untuk menghargai para pengunjung yang memberi sokongan selama ini, Restoran Cheng Ho mengeluarkan sendiri produk cenderahati khusus untuk pengunjung dan peminat-peminat beliau. Semua cenderahati ini seperti mug, t-shirt, payung, topi dan sebagainya.

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan tentang menu baru Restoran Cheng Ho, korang boleh hubungi 03-41496094.

Ketam Masak Cina ni best

Ikan Kukus Phet Sat

Desert

Kerabu Squid Cheng Ho Style

Soup

Stim Chicken With Herbs

Crab Meat Tofu Soup

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Amy Search Bertemu Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
  • Amy Search Buka Restoran Cheng Ho di Wangsa Maju
  • Gambar Mawi & Ekin Tak Duduk Semeja?
  • Gambar Amy Search Berbaju Melayu di Aidilfitri
  • Senarai Pemenang Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru
  • David Teo & Tips Marketing Restourant
  • Gambar Amy Search di Anugerah Industri Muzik 1998
  • Resepi Pelik Tapi Sedap Zamzarina & Zaibo
  • Amy Search Pengetua Akademi Fantasia 9
  • One In A Million Musim Baru Kembali Lagi



    • http://www.uttsb.uum.edu.my Jom Cuti-Cuti Malaysia

      mmmmm… sedapnya lauk pauk ni… bestnya budiey dapat makan kat restoren amy search ni kan.. xpe nanti kitaorang lak p serbu ya..

    • botolsusu

      lapau lak perutku tgk pg2 ni.. mesti best ni.. yumyumyummm…

    • june

      alahaiii ketam tu memangil mangil ler..

    • dark

      wah…bestnyer…

      rasa lapo la pulak

    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      looks delicious!!

    • singa

      sedaaaaaapnya….. kalau p KL nak trylah, tapi taktau jalan :)

    • zahirul

      salam,
      bagusnyer tambah lagi menu hari tu ader gi sekali sedap kali nie nak try yee sang kalau sorang jer boleh ..
      kalau nak dim sum punya supplier halal boleh ler check website jakim kat situ ader jer company dim sum halal (nutri frozen dulu saya keje situ)….tapi kalau nak company lain ader gak…

      ok cha yok…buat amy search..

    • anna

      Tahniah.

      mmmm saya tidak akan memperhambakan tekak dengan makan mee rm25 sekali makan. Orang lain boleh kot…tpi saya tidak.

    • leen

      rm 25 bukan untuk seorang makan sahaja tetapi untuk satu dish. masyarakat cina mempunyai culture untuk share dan makan sama2.. makan besar.. 25 tu berbaloi..

    • erz

      menu tu best2 la….
      tahniah..moga business success.

    • Reena Shah

      oooooooo bestnye. dah lapa la pulak tgk dishes ni semo. anyway congrats Amy. Will meet u again soon !

    • orenchew

      i dah cube masakan kat sini emmmmmmmmmmmmm hingga menjilat jari

    • syahadah

      gua salute otai rock sowang nih….pikir masa depan!
      Gua ngan family doakan Amy sentiasa suksesss dan bahagia di samping family!

    • syuk

      hohohoho… hmmm x best…. masakan die x brape kene lar actually…. dah lar kat c2 slalu kene complain sebab pelayan die tumpahkan order…

    • shin chanz

      bl r agaknye dpt mkn kt c2?hmmmm

    • Anna

      Nak bg suggestion kat Otai Amy, why not restoran ni buat proper website for a better commercial purpose…taruk harga skali pon cantik gak.. bleh buat bajet, nak plak kalo nak dtg makan beramai2 dgn kawan dan famili.. bajet jgn terover wooo.. ingat nak dtg try nih.. bleh pakai credit card tak kalo tak cukup cash? huhuhu…

      macih!

    • SYAM BTR

      Gua doakan moga brader amy sukses dlm kehidupan seharian. ikon rock sejati yg harus dicontohi oleh semua. Search ttp no 1 dihati gua. Pheeeuwiittttt……

    • Sharin

      Tuan/puan, perluke kami booking awal2 nak datang makan lebih 15 orang. Berikan no. tel restoren.
      Semua dok kate sedap ni, mesti nak cube jugak.
      TQ

    • eina

      xsbar rs nyer nk mkn kt cheng ho,kiter tgk lauk2 die mnarik betul,mesti sdap smpai menjilat jari…..hehehehe

    • Pak Uda

      alhamdulillah, satu satunya artis Melayu yang tahu menilaikan hasil seninya

    • syikin

      syabas buat amy search yg memberanikan diri dgn membuka satu restoran ala chinese yg pastinya halal.bkn sahaja utk kaum melayu malah utk pelbagai kaum dan agama juga boleh turut merasa.dan saya pasti terutama kaum melayu…ramai yg menginginkan citarasa ala chinese dgn berstatuskan halal.maka tertubuhlah restoran cheng ho..yg sememangnya halal,bersih dan berkhasiat.

    • syikin

      Di sini saya ingin memberikan sedikit pendapat.jikalau boleh waktu berniaga di lanjutkan sehingga ke pukul 1 pg.kerana terdpt beberapa pelanggan yg bekerja mlm dan mgkn ingin berkunjung ke sana selepas waktu bekerja.contohnya seperti saya..kadangkala saya dan beberapa org kwn ingin menikmati hidangan lewat mlm.dan restoran cheng ho salah satu restoran pilihan.

    • Misz…

      Salam…saya sendiri dah lebih 15 kali naik kl dr mlk semata-mata nk makan kt sini…pertama….sebab restoran ni milik artis kesayangan saya dr kecik sampai la ni,sy dibesarkan dgn lagu-lagu kump.ini oleh semua bapa saudara sy yg minat gler teramat…kedua….restoran ini ada menu yg pelbagai smpai tk tau nk order ape…………..ketiga………harga yg dicaj amat berpatutan dengan kualiti hidangan tersebut….keempat……..layanan dari staff semua yg peramah …………kelima………..sebab restoran ni milik otai rock negara…..rugi beb tk g cuba …ape2pun pada pendapat sy mengenai restoran ini adalah…………PHEEEEWIIIIITTTTT…………………..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK