in ,

Resepi Juadah Berbuka Puasa di Bulan Ramadan

[dropcap]K[/dropcap]etibaan bulan Ramadan pada saban tahun membawa sinaran yang menyerikan kehidupan umat Islam. Sebagai penghulu segala bulan, syafaat dan berkat yang dibawa oleh bulan Ramadan tidak terbanding tinggi nilainya berbanding bulan-bulan biasa. Oleh itu, program-program masakan dilihat membantu masyarakat menyediakan sajian berbuka puasa yang seimbang untuk amalan di bulan Ramadan di samping mempunyai kepelbagaian citarasa untuk dicuba oleh penonton.

Justeru, TV3 menyajikan 5 program masakan istimewa SELERA, SARAPAN, MOREH, DAPUR PANAS dan INI CARANYA sepanjang Ramadan bermula 13 Julai hingga 5 Ogos 2013. Jangan lupa untuk membuat temu janji anda bersama TV3 menerusi program-program menarik ini!

‘SELERA’ – Setiap Sabtu, 13 Julai – 3 Ogos 2013, jam 9.00 pagi

Sempena kehadiran Ramadan kali ini, program ‘Selera’ tidak ketinggalan memaparkan pelbagai menu yang mudah disediakan kepada para penonton setianya. Lya Uzir yang tampil sebagai pengacara bakal berkongsi resipi dan tip dalam menyediakan juadah khas sempena Ramadan serta Aidilfitri nanti, antaranya, manisan dan juga biskut. Jangan lepaskan peluang mencuba resipi menarik daripada program Selera seperti Magical Melty Cheese Nachos, Lemon & Blueberry Duets, Magic Wishing Wands, Crispy Almond Cookies dan banyak lagi.

‘SARAPAN’ – Setiap Ahad, 14 Julai – 4 Ogos 2013, jam 9.00 pagi

Hisham Hamzah selaku hos akan membawa penonton melihat demo makanan dan gaya hidup pada bulan puasa. Untuk memberi lebih pengetahuan dan pengalaman menarik kepada penonton, aktiviti-aktviti menarik seperti menangkap ikan menggunakan jaring hanyut, cara pemprosesan buah kopi, tip membuat sarung cempedak turut dipaparkan dalam program 30 minit ini.

Ketika menjelajah ke Perlis, Hisham berpeluang mempelajari salah satu resipi tradisional yang cukup popular di kalangan penduduk di sana iaitu ‘Peknga’ atau nama lainnya roti kesot. Lebih menarik ketika di Kampung Kuala Mai, Pahang, apabila Hisham berpeluang mempelajari cara menyediakan masakan gulai asam rom yang mempunyai keenakan yang tidak dapat digambarkan.

‘MOREH’ – Setiap Ahad, 14 Julai – 4 Ogos 2013, jam 5.00 petang

Menyusul sebuah program masakan yang akan dipersembahkan secara santai dan bersahaja, ‘Moreh’ menampilkan hos Danny Anwa di mana dia akan membawa penonton meninjau hidangan kuih-muih yang menepati pelbagai selera dari negeri-negeri berbilang budaya di Malaysia. Di samping itu penonton juga akan diketengahkan dengan aktviti-aktviti tradisional dan keunikan masyarakat yang boleh didapati pada bulan Ramadan. Uniknya, tukang masak dalam program ini terdiri daripada masyarakat di kampung yang mahir dalam masakan kuih tradisional.

Ketika menjelajah ke Terengganu, Danny Anwa dan kru penerbitan berpeluang menikmati kuih Semang, kuih Tepung Talam Berperisa dan Bubur Lambuk Ikan yang sememangnya terkenal di negeri Terengganu. Di Perak, mereka diperkenalkan dengan Gulai Kawah Umbut Pisang di mana resepinya masih dikekalkan lagi dari zaman ke zaman.

Dapur Panas (2)

‘DAPUR PANAS’ – Setiap Ahad, 14 Julai – 4 Ogos 2013, jam 6.30 petang

TV3 turut membawakan program yang menyediakan masakan untuk berbuka puasa kepada prajurit tanah air seperti Tentera Darat Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia yang bertugas di bulan Ramadan. Bersama-sama pengacara popular, Neelofa dan Chef Nik Michael, resipi untuk hidangan pembuka selera, sajian utama dan pencuci mulut akan turut dimuatkan mengikut tema dan lokasi yang mereka lawati. Dengan mengetengahkan 3 jenis hidangan yang enak dan mudah untuk dipelajari, penonton juga diajar petua memasak menggunakan bahan masakan mengikut kesesuaian dalam masakan.

Menariknya, hos akan tampil dengan uniform mengikut lokasi yang mereka lawati. Saksikan celoteh dan riuh-rendah Neelofa dan Chef Nik Michael mengintai persiapan berbuka bersama parajurit-parajurit tanah air menerusi program ‘Dapur Panas’.

‘INI CARANYA’ – Setiap Isnin, 15 Julai – 5 Ogos 2013, jam 5.00 petang

INI CARANYA yang dihoskan oleh chef terkenal tanah air, Chef Ismail ini tampil dengan kelainan di mana konsep yang cuba diketengahkan adalah ‘Take Home Chef’. Chef Ismail akan memilih orang awam secara spontan untuk bersama-sama menyumbang idea memasak dan resipi di dapur rumah individu tersebut. Menariknya, salah satu segmen program ini turut diselitkan tip-tip pemilihan bahan makanan yang baik dan sihat oleh Chef Ismail bersama tetamunya sebelum memulakan demo masakan. Menerusi salah satu episod yang dipaparkan oleh pihak produksi INI CARANYA, penonton bakal menyaksikan Chef Ismail memilih seorang anak sebagai tetamunya bagi menyediakan juadah istimewa berbuka puasa sempena membuat kejutan buat ibunya.

Dapur Panas (1) Hos Nik Michael dan Neelofa sedang berkongsi tip masakan

Dapur Panas (3) Chef Nik Michael berkongsi tip masakan di dalam salah satu episod Dapur Panas

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabila Huda Nafi Serik Bercinta

Dermalogica® Perkenal 10 Produk Terlaris