in

Rentak Juara Suku Akhir Jesselton Kembali Bertanding

RENTAK JUARA SUKU AKHIR 2 : UNDIAN SMS PALING TINGGI BUAT JESSELTON UNTUK KEMBALI BERTANDING

Penyingkiran kumpulan Jessolton pada konsert Suku Akhir yang pertama pada minggu lalu memberi peluang buat kumpulan Jessolton untuk kembali bertanding ke peringkat separuh akhir Rentak Juara. Pengumuman SMS tersebut dibuat sewaktu Konsert Suku Akhir 2 yang diadakan pada hari Sabtu lepas iaitu 8 Mei 2010 yang bersiaran secara langsung menerusi saluran TV2.

Jesselton yang bertanding pada episod pertama dalam Konsert Suku Akhir 1 pada 1 Mei (Sabtu) yang lalu, menerima kritikan hebat dari para juri. Penglibatan mereka dalam pertandingan ini benar-benar menguji usaha mereka dalam penyampaian muzik serta vokal nyanyian mereka.

Kebetulan tema pada konsert itu adalah Retro dan Jesselton memilih untuk mempersembahkan lagu bertajuk Basikal Tua nyanyian asal Allahyarham Sudirman. Mungkin ada kebenaran dengan kritikan dari Roslan Aziz mengatakan gabungan dari alat muzik dan persembahan vokal gagal mengeluarkan molody yang baik dan teratur. Ini kerana kelantangan suara Ika (Vokalis) menyembunyikan alunan muzik Gitar menerusi lagu Basikal Tua.

Kumpulan Jesselton berasal dari Kuala Lumpur dan dianggotai oleh Wan (Gitar – Ketua Kumpulan), Zimy (Vokal), Ika (Vokal), Famie (Gitar), Fairuz (Bass) dan TJ (Drum). Zimy yang merupakan ahli kumpulan Sofaz tentunya banyak menimba pengalaman dalam bidang muzik sebelum menubuhkan Jesselton. Berkonsepkan muzik “Modern Rock” mereka mahu kumpulan yang ditubuhkan ini memiliki konsep muzik yang berdasarkan kebersihan dari segi penyampaian muzik,lagu yang senang didengari dan mudah difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Namun, penglibatan mereka bukanlah semata-mata untuk meraih populariti tetapi ingin mencari pengalaman serta menonjolkan bakat mereka dalam bidang band muzik. Bagi mereka program Rentak Juara ini amat bagus dan menarik kerana memberi peluang kepada golongan muda tidak kira dari golongan profesional dan amatur untuk mencungkil bakat dalam bidang muzik.

Itu antara luahan dari kumpulan Jesselton yang layak bertanding ke konsert seterusnya iaitu Peringkat SMS Suku Akhir menerusi episod ke 7 nanti.

Walaubagaimanapun, mereka amat mengharapkan sokongan dan doa dari para peminat terutama dari rakan-rakan yang mengenali Jesselton untuk menyokongnya dan tidak sabar untuk menunggu konsert SMS Suku Akhir pada 12 Jun nanti.

Tahniah buat kumpulan Jesselton kerana berjaya layak memasuki semula bertanding dan kembali menerajui persembahan bersama kumpulan yang lain dalam Pertandingan Rentak Juara 2010.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ramli Sarip di Konsert Tafsiran Alam: Wisdom of Nature

Johan Raja Lawak Bergaduh Dengan Pengarah Drama